🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
Dinda : masdoSinaran pagi yang cerah menembusi langsir bilik Kayla yang masih dalam mimpi indah nya. Berasa sedikit terganggu dengan cahaya itu , Kayla bangun dan duduk dari baringnya dengan mata yang separuh tutup serta sedikit kusut .
"Hmm , sakitnya badan aku . Rasa macam baru lepas sparring je ," rungut Kayla yang menumbuk kecil beberapa kali di bahagian tubuh dia yang terasa sengal dan lenguh .
"Pukul berapa dah eh ?" telefon di sisi nya digapai dengan malas sebelum dia on kan .
"7 pagi? Awal nya aku bangun hmmm ," Kayla merebahkan badan dia kembali terlentang di atas katil . Mata dipejam seketika .
"Inferno ! (Alamak!) aku lupa . Aku dah jadi isteri orang . Tak boleh sambung tidur , tak boleh . Macam mana pun tanggungjawab isteri aku kena laksanakan juga ," Kayla terus bangun dan berlari kecil ke dalam bilik air untuk bersiap-siap.
'Skip selesai bersiap'
"Agak-agak dia dah bangun ke?" langkah dia bertukar mendekati bilik Khalish yang pintu tertutup rapat .
"Nak ketuk ke tak?" soal Kayla bersendirian sambil tangan yang sudah bersedia di tombol pintu .
"Aku siapkan breakfast dulu lah , baru kejut ," tangan tadi yang ingin memulas tombol pintu di jauhkan . Dia terus melangkah turun bawah menuju ke arah dapur .
"Takda?".
"Kosong?!".
"Sini pun?!".
"Oh god ! Apa yang ada kat rumah mamat ni selain maggi atau ramen?" keluh Kayla bercekak pinggang sambil memicit hujung pangkal hidung nya pening.
"Hmm terpaksa lah aku keluar beli breakfast ," dengan malas Kayla berjalan ke tempat kunci digantung sebelum dia mengambil kunci motor Khalish . Motor dia masih di rumah dia belum sempat ambil bawa ke sini .
"Haih satu apa pun takda . Macam mana aku nak masak?" gumam Kayla berdengus geram . T-shirt baggy berwarna putih dan seluar berkotak hitam putih lansung tidak membuat Kayla ingin menukar pakaian dia sebelum pergi keluar . Bagi dia ini biasa ."Eh kejap ."
Saat Kayla sudah menghidupkan enjin motor dan memakai helmet , dia baru teringat dia mesti kena bagitahu Khalish sebelum dia keluar .
'Whatsapp'
"Aku keluar jap beli breakfast . Aku bukan jenis breakfast maggi atau ramen 😒" - mesej dihantar .
Selesai itu , Kayla menyimpan telefon di dalam beg dan mula memulas pergi keluar dari kawasan perumahan Khalish.
'Pov Khalish'
"Hmm wuarghhhhhh."
Khalish yang baru sahaja nampak dunia menggeliat di atas katil sebelum dia bangun dan pergi bersihkan diri dia .
'Skip selesai mandi'
"Hmm macam ada yang kurang tapi apa erk ?" Khalish berfikir sambil menggosok rambut basah nya dengan tuala kecil . Badan yang tegap sedikit basah dan kain tuala separas pinggang dililit Khalish cuba berfikir apa yang kurang .
"Oh shit ! I have a wife right now . Selamba aku bangun lambat , aduh apa dia buat agak nya ," Khalish berlari kecil ke arah almari pakaian dengan tergesa-gesa dia memakai baju t-shirt hitam dan seluar track kelabu.

YOU ARE READING
Mia Moglie (in editing new storyline)
ActionSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...