Victory
Cuaca harini sangat terik membuatkan Kayla yang baru sahaja selesai appointment untuk kandungan yang dah masuk 35 minggu , berasa kering tekak.
"Oh God , panas gila . Dah pasang aircond pun tak jalan ..." ujar Kayla yang sedang mengipas diri sendiri di tempat duduk belakang.
"Kita singgah kedai aiskrim Mixue kat depan tu . Panas macam ni , rasa nak makan aiskrim pula .." arah Kayla pada dua orang bodyguard yang menemani dia harini.
Khalish tak dapat teman Kayla untuk appointment harini . Dia ada meeting dengan klien besar . Jadi dengan berat hati , dia terpaksa biarkan Kayla pergi sendiri sambil dipantau mereka berdua.
"Baik puan .."
Mereka pun menuju ke sana dan menunaikan permintaan puan mereka . Setelah selesai , mereka terus pulang ke mansion Aariz .
Namun tiba-tiba saat mereka dalam perjalanan pulang .....
"Puan , kita diekori dua buah kereta dibelakang.." ujar salah seorang bodyguard Kayla sambil dia mengerling ke cermin sisi.
Justru itu , membuatkan Kayla yang sedang menikmati aiskrim turut menoleh kebelakang. "David .." nada suara Kayla berubah apabila dia sangat kenal dengan lambang di kereta itu.
"Speed off , now!" arah Kayla kepada mereka tegas . Tanpa berlengah , mereka terus memecut laju cuba untuk hilangkan jejak dari diekori .
Mereka memandu laju tetapi begitu juga dengan musuh yang laju mengekori rapat dibelakang. Kayla mencapai telefon pintar di dalam beg sebelum mendail nombor Khalish.
"Pickup , pickup abang . Please pickup .."
Panggilan tidak bersambung . Kayla heran . Apabila dia melihat signal line di telefon , kosong!
"Fucking damn it!!! diorang sekat komunikasi kita !" Kayla mengenggam erat telefon itu , geram! Kayla menoleh kebelakang , mereka masih diekori.
"You guys , have a gun ?" soal Kayla .
"Ada puan , tapi nak b..."
"Give it to me now! takda masa nak explain!" Kayla menghulur tangan meminta pistol dari mereka. Salah seorang bodyguard rasa ragu nak beri pistol pada Kayla tetapi keadaan mereka sekarang darurat !
Dia bagi pada Kayla. "Be careful .."
Kayla pantas mengambil sebelum tingkap diturunkan. "Jadi pemandu berhemah sikit , i'm gonna try shoot them .." pesan Kayla sebelum dengan sedikit kepayahan , dia keluarkan sebahagian tubuh dia .
"Aduhh! gila . Ini tuan tahu , mati kita puan!"
"Jangan bagitahu , kita-kita je tahu .." Kayla mengenyitkan mata pada mereka sebelum dia kembali fokus menarget tayar kereta musuh.
Bantal diletakkan pada tepi pintu menjadi batasan antara perut dan pintu kereta.
Mata dipejamkan sebelah sebelum....
"Say hello to the hell .."
Bang! Bang! Bang!
Satu tembakan tepat mengenai tayar dan lagi dua tepat mengenai pemandu dan seorang di sebelahnya melalui cermin hadapan.
Kereta musuh serta merta hilang kawalan setelah menerima beberapa tembakan sebelum berakhir jatuh ke dalam gaung .
"Yezhaaa! Caiyaa lah puan !" puji mereka .

YOU ARE READING
Mia Moglie (in editing new storyline)
AçãoSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...