🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤
"Aku cakap turun!"
"S-satu , d-dua , t-tiga ," badan bergetar menahan diri untuk terus bertahan dalam push up . Bukan seorang atau dua orang tetapi 30 orang sedang push up atas arahan commando mereka iaitu Kayla ataupun lebih digemari dengan panggilan Black Eagle .
"LEMAH!" bentak Kayla apabila salah seorang prebet terkapar tidak sedarkan diri . Kayla mengangkat tangan sebagai isyarat untuk medic masuk dan membawa mereka yang gagal untuk diusung keluar .
"Kalau macam ni lah korang punya stamina , confirm korang balik hantar mayat sesama sendiri je lah ," kritik Kayla . Matanya menyipit tajam memandang satu persatu mereka yang di bawah latihannya .
"Cakap je lebih , silap-silap dia jadi commando sebabkan dia bekas anak commando dulu je ," tiba-tiba dia mendengar umpatan seorang lelaki tentang nya .
Penumbuk dikepal erat . Rahang mengeras menahan api yang membara dalam hati dia dengan ayat budak hingusan itu.
"Calm down , calm down Kayla . He just a boy ," Kayla berbisik pada diri sendiri untuk cuba bertenang dan tidak terlalu mengikut perasaan nya .
Dia menoleh dengan senyuman misteri nya . Mereka semua tersentak sebelum pandangan dikalihkan ke arah lain.
"Hey big boy , come here ," panggil Kayla pada prebet yang mengutuk dia tadi .
"S-saya ?"
"Did i point to anyone else ?" Alis nya terangkat sebelah sebelum dia menyeringai lebar .
Budak itu menggeleng pantas . Dia mengigit bibir nya , rasa takut terlukis di wajah budak itu . Perlahan langkah berat dibawa dekati Kayla .
"Serang aku and kalau kau menang , aku akui apa yang kau cakap tadi ," Kayla bersilang tangan sambil merenung wajah yang makin memucat ketakutan berdepan diri nya .
"T-tapi serang rakan sepasukan tu kan salah . Saya taknak kena panggil dengan atasan ," budak lelaki itu cuba berdalih . Sedangkan diri dia dah separuh nyawa menggigil . Yelah berdepan dengan pengawai seperti Black Eagle ibarat menempah maut sendiri .
"Waktu kau kutuk aku tadi , takda pula fikir kena tindakan displin dari atasan hm?" sindir Kayla seraya mengelilingi budak itu dan memandang atas bawah .
"M-maafkan saya puan ," budak itu menunduk berkali-kali . Mulut yang tak lepas dari perkataan maaf . Namun Kayla hanya melihat budak itu dengan pandangan kosong tanpa sedikit pun senyuman terukir .
"Pusing padang 100 kali , yang lain 50 kali ," arah Kayla sebelum melangkah beredar pergi .
"Alaaaa,"
Langkah nya terhenti saat mendengar keluhan panjang dari mereka semua .
"Tambah 10 pusingan ,"
"Apa ni p.."
"10 lagi ,"
Baru sahaja lagi seorang ingin membantah , rakan nya terlebih dahulu menutup mulut dia .
"Shhh! Kau nak kena tambah lagi ke ?" Tekan rakan nya . Lagi mereka mengeluh atau merungut makin bertambah pusingan denda mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/367753124-288-k28432.jpg)
YOU ARE READING
Mia Moglie (in editing new storyline)
AkcjaSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...