Bab 27

1.1K 56 10
                                    

Kita cuba update panjang ye part kalini....

Kali ini : Cherpen Band

          2 minggu kini berlalu dengan begitu pantas . Kayla dibenarkan pulang ke rumah setelah dia dinyatakan semakin pulih . Cuma perlu berpantang di rumah .

           Enjin kereta dimatikan , Khalish bergegas keluar dan pergi ke sebelah penumpang . Pintu dibuka sebelum perlahan dia membantu Kayla keluar dari kereta.

           "Careful , careful . Jangan laju-laju sangat jalan .." ujar Khalish sambil menuntun Kayla masuk ke dalam rumah .

           "Abang ...Kayla okey lah ..."

           "Jangan jadi parti pembangkang eh . Dengar je , apa abang suruh  ..." mata menyipit tajam ke arah Kayla. Nada suara dia sedikit tegas .

            "Ish , yelah . Posesif betul ..." kutuk Kayla dalam diam . Mata diputarkan malas dan hanya menurut sahaja .

            Mata Kayla melihat sekeliling . Banyak nya kereta . Ada beberapa buah kereta yang dia tak kenal terparking elok di kawasan perkarangan rumah mertua dia .

           "Abang ..kereta siapa ni ? ada tetamu ke ?" soal Kayla heran . Mata tertumpu pada wajah suami dia di sebelah.

           "Ouhh, ini tak silap abang kereta family adik daddy . Abang rasa diorang dah balik dari Paris lah tu ..." jawab Khalish dengan secalit senyuman di bibir dia .

            "Ouh, mak lang ke ?"

           Khalish anggukan kepala . Mereka terus menapak masuk ke dalam rumah .

          Disebabkan Khalish selepas ini akan makin sibuk uruskan company , dia membuat keputusan untuk Kayla berpantang di rumah orang tua dia . Sekurang-kurangnya ada yang tolong jagakan Kayla bila dia sibuk nanti.

          Terdengar bunyi riuh dan gelak tawa memenuhi ruang tamu . Kayla hanya diam dan gugup sebab ini kali pertama dia akan jumpa mak lang Khalish . Dia belum pernah jumpa mana-mana saudara mara Khalish yang lain.

          "Assalamualaikum ...." Khalish memberi salam saat tiba di ruang tamu. Serta merta semua mata tertumpu pada mereka .

        "Waalaikumussalam . Sampai pun korang .." jawab Datin Khalisha sebelum dia bangun dan mendekati anak dan menantu dia .

        "Mummy .." sapa Kayla tersenyum walaupun wajah dia sedikit pucat dan lemau .

          Datin Khalish memeluk tubuh Kayla sebelum tangan naik mengusap belakang tubuh menantu dia. "Kayla macam mana ? makin sihat ? masih ada sakit -sakit lagi ke ?"

        Kayla menggeleng . Senyuman masih terpasang di wajah nya. "Kurang sikit mummy . Cuma cepat penat .."

          "Jom sini duduk dulu , mummy kenalkan kamu dekat mak lang .." Datin Khalisha menarik Kayla perlahan sebelum mereka berdua duduk bersebelahan .

          "Happy to see your beautiful face again , my daughter .." ungkap Dato' Mustafa mengusap rambut Kayla yang duduk di tengah antara dia dan isterinya.

           "Hai daddy .." sapa Kayla tersenyum lesu .

           "So , ini ke isteri abang Khalish?"

           Terdengar suara seseorang bertanya tentang diri dia . Kayla melihat ada seorang perempuan yang baru keluar dari dapur bersama seorang bayi comel di dukungan dia .

Mia Moglie  (in editing new storyline)Where stories live. Discover now