Sesekali Insyirah memandang jam dinding bilik kuliahnya,'aduhh lambat lagi ke?Bosannya'dengus Insyirah dalam hatinya.Dia mula menggigit gigit pen biru kerana itu memang habitnya ketika bosan.Tepat jam 12 Professor Weasley menamatkan kelasnya dan Insyirah mula berasa lega.Dengan pantasnya dia mengemas apa yang patut untuk dimasukkan ke dalam beg dan merupakan orang pertama yang melangkah keluar dari kuliahnya.Sedangkan pelajar berkulit putih yang lain berpusu pusu bertanya soalan kepada pensyarah mereka.Insyirah melepaskan rambutnya yang ala ala white blonde melepasi bahu lalu melepaskan lelah yang berat.
_________________________
_________________________Insyirah berjalan kaki menuju ke taman permainan yang berada di tengah kota London.Kadang dia mengambil seteguk green latte Starbucks yang baru dibeli sebelum menuju ke taman permainan.Dia mengambil tempat duduk menghadap ke arah kanak kanak yang sedang bermain.Dia memandang sepatu Chanel yang baru dibelinya dengan duit separuh dari biasiswanya dan separuh lagi dari wang pekerjaannya di butik Chanel itu sendiri.Tiba-tiba sebiji bola mengenai kepalanya ''ouchh!" Insyirah mengerang kesakitan.Kanak kanak tersebut meminta maaf lalu mengambil bola mereka dan beredar.Insyirah tertawa kecil melihat kecomelan anak anak orang putih itu memohon maaf dengan segera kerana takut dimarahi olehnya.Telatah mereka telah mengingatkan Insyirah kepada adiknya Inayah yang mungkin sekarang sudah berumur 20 tahun.Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu Inayah berumur 12 tahun.Sesungguhnya,Insyirah sangat merindui keluarga dan penyakit 'homesick' nya semakin membuak kebelakangan ini.Tapi dia sedar dia tak mampu melakukannya.
____________________________
____________________________Insyirah pulang ke rumah sewanya tajaan Bank Negara buat pelajar cemerlang di London.Kerinduan terhadap ibu bapanya tak dapat dibendung lagi.Insyirah menghempaskan badan ke atas sofa dan menekup muka dengan bantal.Air mata mula mengalir mengingatkan kembali memori pahitnya 8 tahun yang lalu.Hubungan cinta yang kononnya utuh dengan pemuda tampan bernama Taufiq yang banyak memberi pengajaran.Taufiq merupakan antara pelajar Malaysia yang SESAT JIWA.
_______________________
_______________________"Insyirah,I nak you jadi isteri I"
"Umm..Taufiq,you tak rasa ke awal sangat?I baru 19 tahun"
"Insyirah,umur bukan penghalang untuk kita membina mahligai"Taufiq memegang tangan Insyirah.
"Eh,Taufiq apa ni jangan pegang tangan I"
"Takpe sayangku Insyirah tak haram pun sebab takde orang tengok kalau ada orang nampak baru hukumnya jatuh haram"
"Taufiq,mana you belajar ni?Boleh percaya ke?"
"You tak percaya ke?Nanti I bawa you jumpa tok guru I.Boleh kita belajar sama sama"
Kerana cinta dan sayang Insyirah merelakan segala galanya untuk Taufiq.Imej bertudung labuh tidak lagi Insyirah pedulikan.Kepercayaan yang teguh untuk Taufiq selaku "abang usrah" kepada Insyirah dahulu masih tetap utuh dengan ikatan cinta yang membelenggu diri mereka.Insyirah sudah hilang daripada kehidupan yang sebenar dan dia tidak sabar menunggu detik detik bahagia menjadi isteri kepada Taufiq.
Janji Taufiq untuk membawa Insyirah berjumpa dengan Tok Guru ditepati.Sebaik sahaja sampai,Taufiq memperkenalkan Insyirah kepada Tok Gurunya.Kelihatan ramai orang berpakaian serba putih dan berserban duduk dan berzikir."Subahanallah"detik hati Insyirah memikirkan sungguh bagus Taufiq membawa ke tempat yang banyak mengingatkannya kepada Tuhan.Dia melihat sebuah singgahsana yang sangat indah di tengah tengah ruang tamu.Segalanya serba putih dilengkapi dengan tasbih dan gambar tok gurunya.Insyirah tertanya tanya untuk siapakah singgahsana itu?
"Insyirah,you duduk dulu.Upacara dah nak start ni"sapa Taufiq yang mengejutkan Insyirah.
"Oh,okay!Tapi upacara apa?You tak bagitahu I pun,"tanya Insyirah dalam perasaan ragu ragu.
"Upacara keberkatan,takpelah you just wait and see ok?"ujar Taufiq.
Insyirah tertanya tanya lagi "upacara keberkatan?,"
"upacara keberkatan?,mungkin majlis cukur jambul anak tok guru kut"Insyirah berkata kata dalam hati.Dia mengambil tempat duduk di antara wanita yang berpakaian serba putih disitu.Kemudian semua orang mengeluarkan tasbih dan berzikir mengikut tok gurunya.Tapi apakah zikir yang mereka baca?Tak pernah dengar pun?Macam baca mentera pun ada.Insyirah cuba untuk bertanya tapi hasratnya terbatal melihat kesungguhan mereka berzikir.Tiba-tiba tok guru mereka menunjuk ke arah Insyirah dan dua orang wanita bergegas mendapatkan Insyirah."Eh,kenapa ni?"Insyirah semakin keliru dan tertanya tanya.
"Ikut kami.Tok guru nak bagi keberkatan"dua orang wanita tersebut menarik Insyirah dan membawanya ke tingkat atas.
Insyirah berasa takut melihat tok guru sudah berada di dalam bilik itu.Dia memegang tangan Insyirah dengan pandangan yang bernafsu.Mujur Insyirah cepat sedar lalu menendang tok guru pada bahagian perutnya dan berlari keluar daripada bilik itu mencari Taufiq.Dia menuruni anak tangga dengan air mata yang merembes laju.
"Taufiq!I percaya dekat you.I ingat you waras tapi you ikut ajaran sesat ni!You penipu!I hate you!,"Insyirah menghamburkan amarahnya di khalayak ramai yang sedang berzikir.Air matanya tidak berhenti henti mengalir sambil semua orang menumpukan mata mereka kepada Insyirah.
"Selama ni dengan pegang tangan kononya halal!Tu semua tipu kan?I bodoh sebab percaya orang yang sesat macam you ni!You gila!"Insyirah berlari keluar dari rumah ajaran sesat itu dengan perasaan yang hancur dan musnah lagi berantakan.Adapun datang untuk membaikinya tidak akan seperti dulu lagi.Dia terasa dirinya kotor sekotor kotornya tidak layak lagi menyarung kain labuh.Perlahan lahan Insyirah berubah menjadi dia yang sekarang.Semuanya kerana Taufiq yang merosakkan segalanya!
KAMU SEDANG MEMBACA
Roman Cinta
RomanceInsyirah yakni termaktub dalam kalam Allah bererti kelapangan.Namun,lapangkah Insyirah dengan maksud namanya itu?Dipaksa hidup bermadu dan bersuamikan entah siapa siapa dari mana pula. Dua kali impian dan masa depannya dirampas dan direntap dengan m...