Bab6-Hati dan perasaan

66 5 0
                                    

Insyirah menekup mulutnya sambil berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik.Air mata berjurai jurai membasahi pipinya yang putih ke merah merahan itu.Dia menutup pintu biliknya sekuat hati.Bang!Insyirah bersandar pada pintu biliknya dan dia terduduk meratapi nasibnya malam ini.'Ya Allah....'rintih hatinya.'Apa semua ni?Begini sekali kebencian mereka terhadap aku?Nenek cuba berlaku adil dengan menaruh masa depan aku hati aku dan perasaan aku dalam masalah ini?Kenapa mama dan Inayah tak mempertahankan aku?Kenapa mereka berdiam sahaja?Ya Allah....'rintihnya lagi.Sedang Insyirah menangis semahu mahunya matanya terpaku pada sebuah naskah Al-quran di atas rak buku miliknya suatu ketika dahulu.Pandanganya sangat menenangkan perlahan lahan Insyirah bangun dan mengangkat air sembahyang lalu mencapai Al-quran tersebut.Hatinya sungguh terharu dan setiap titisan air matanya tak dapat dibendung lagi.Sudah lama Insyirah tidak mengalunkan bacaan Al-quran dan dia sangat rindu untuk membaca kalam Allah.Sewaktu di sekolah dahulu Insyirah merupakan qariah tilawah Al-quran peringkat kebangsaan.Segala bacaan dan taranum Insyirah sangat tepat dan betul sekali gus merangkul gelaran juara 3 kali berturut turut.Dibukanya naskah yang indah itu dan dia memilih untuk membaca surah kegemarannya iaitu "Al-Insyiroh" bermaksud kelapangan sama juga dengan namanya.Sekali lagi Insyirah mengalirkan matanya kerana dapat merasai ketenangan yang nyaman dalam jiwanya.Alhamdulillah.

_________________________________________

Menjelang subuh,Inayah memasuki kamar kakak kesayangannya itu.Dia melihat Insyirah terbaring tidur memeluk al quran dan waktu itu tidak dapat digambarkan perasaannya.Rasa begitu tersentuh sehingga Inayah tak sanggup untuk mengejut kakaknya."Kakak,bangun kita solat subuh sama-sama.Semua dah tunggu di bawah"kejut Inayah dengan ketidak sampaian hatinya."Aaaaa?Allah Subuh dah ke maaflah akak tak perasan"Insyirah bangun dalam keadaan mamai sambil mengesat kedua dua belah matanya."Takpelah,adik turun dulu nanti kakak turun.Kakak nak bersihkan diri dan nak ambil wudhu"ujar Insyirah sambil melemparkan senyuman kasih sayangnya.Inayah akur dan terus melangkah meninggalkan kamar kakaknya.
___________________________________________

Selesai solat subuh berjemaah bersama keluarga Insyirah hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bergerak semasa masing masing bergerak balik ke bilik untuk menyambung semula tidur mereka.Insyirah menunggu sahaja bilik sembahyang itu kosong tanpa ada orang.Dia inginkan ketenangan dan waktu yang khusyuk bersama Allah.Dia mencapai Al quran di atas rak kemudian memilih surah untuk dibaca.Memandangkan hari itu ialah hari Jumaat maka dia memilih untuk membaca Surah Al-kahfi.Seingat dia membaca surah tersebut dapat mengelakkan dirinya dari difitnah dajjal.Insyirah meneruskan pembacaannya sehingga matahari menjelang.
______________________________________
"Sayang"ujar Datin Mariah."Ye mama"balas Insyirah dengan senyuman yang cuba dibuat buat.Insyirah berada di Garden Villa belakang rumahnya yang dianggap port lepaknya ketika bosan atau sedih.Dia suka melihat pokok pokok tumbuh menghijau kerana ia sangat menenangkan jiwanya yang bergelora."Mama ada hal nak cakap dengan sayang"ujar Datin Mariah lagi.
"Sayang,mama tak kisah kalau syira dapat atau tak dapat harta nenek.Sayang tak perlu untuk menggadai maruah semata mata untuk itu.Andai kata Syira menolak mama masih mampu untuk menyara anak anak mama.Apa yang mama dengan arwah papa usahkan selama ini semua untuk Inayah dan Insyirah.Mama tak rela melihat anak mama sedih"perlahan lahan suara Datin Mariah berubah kepada nada yang sebak.Setulus hatinya memang dia tidak sanggup kehilangam Insyirah lagi.Dia tidak mahu Insyirah terus dilanda kesedihan dan membawa diri.Insyirah hanya diam dan mengalihkan pandangannya ke arah bunga ros merah.Dia juga tidak suka melihat ibunya mengalirkan air mata kerana dirinya.'Mama dah korbankan banyak perkara untuk Syira.Maafkan Syira I just can't" Insyirah hanya menjawab di dalam hati. Dia ingin sekali memeluk ibunya tetapi dia memilih untuk tidak melakukannya.Insyirah gagal mengawal dirinya jika dia melihat Datin Mariah berendam dengan air mata.Datin Mariah yang faham dengan keadaan anaknya itu terus memegang tangan Insyirah."Just think about your father"kemudian dia berlalu pergi.Insyirah tergamam dengan kata kata Datin Mariah.Dia terfikirkan sesuatu.Sesuatu yang membuatkan dia terduduk dan menangis buat sekian kalinya.Insyirah memegang kepalanya yang terasa sakit itu dan terus terusan membiarkan air matanya mengalir deras membasahi pipi.Dalam hatinya dia tidak menyangka hidupnya akan serumit ini.Namun janji Allah itu pasti.

P/s:dear my readest saya memohon maaf atas kecacatan cara penulisan saya as I am still newbie baru berjinak jinak dalam berkarya.Segala komen yang membina amat saya terima dengan terbuka.Keep reading and voting!Muah XOXO!

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Jul 29, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Roman CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang