Bab5-Unpredictable

55 2 0
                                    

"Mariah,mari sini sekejap"Datin Habsah memanggil menantu kesayangannya yang sedang melayan sanak saudara sibuk membakar ayam."Tasha,tolong bakarkan ayam ni untuk Mama Mariah,mama nak pergi jumpa nenek sekejap"ujar Datin Mariah dan anak saudaranya,Tasha hanya mengangguk tanda setuju.
"Kenapa umi?"tanya Datin Mariah sejurus dia sampai ke pangkuan ibu mertuanya itu.
"Umi dah sedia.Inilah masanya.Apa pendapat Mariah?"Datin Habsah menyatakan hasratnya tetapi menantunya itu tertanya tanya apakah yang dimaksudkan Datin Habsah?Kemudian baru dia teringat lantas dia menjawab "Terserah kepada umi saya ikut sahaja"ujar Datin Mariah."Mari,bawa umi masuk ke dalam panggil semua anak anak menantu cucu cucu umi masuk sekali.Ada perkara umi nak sampaikan"arah Datin Habsah sambil menolak kerusi rodanya masuk ke dalam rumah.Melihat kesusahan wanita tua itu Datin Mariah menghulur bantuan tetapi ditolak tegas oleh Datin Habsah "Takpe,tak payah tolong umi pergi panggilkan semua orang masuk ke dalam".Datin Mariah hanya akur dan mula memanggil ahli kaum kerabatnya masuk ke dalam.

__________________________________________________________

Mama Zakiah cuba membalas kenyataan pedas Insyirah yang sangat mencabar kesabarannya.Baru sahaja dia ingin membuka mulut Datin Habsah sudah memunculkan diri dengan kerusi rodanya.Terbatal niat Mama Zakiah untuk menyakitkan hati Insyirah lagi.Dia harus kekal konsisten dengan lakonannya kerana Insyirah bagaikan puteri di dalam rumah itu.Semua pembantu rumah dan termasuk Pak Hassan,driver setia sangat melindungi Insyirah daripada kejahatan mereka.Salah sikit sahaja perkara ini akan diadukan kepada Datin Habsah dan alamatnya mereka yang akan menerima padah.

__________________________________________________________

Sebaik sahaja ahli keluarga telah berkumpul Datin Habsah memulakan perbicaraannya.Insyirah sedar banyak mata mata yang sedang memerhatikannya.'Kenapalah nenek ni buat perjumpaan dekat sini pulak.Tak sempat aku nak lari'omel Insyirah dalam hatinya.Kecantikan Insyirah dan kemulusan kulitnya telah menambat hati kebanyakkan sepupu lelakinya yang seramai 6 orang itu.Masing masing menumpukan mata kepada Insyirah terutama Iskandar anak Mama Ziha ibu saudaranya yang bongsu.Insyirah tidak pernah menegur mana mana ahli keluarganya pun sejak dia sampai ke sini.Dia saja ingin berperwatakan sombong supaya dia tidak perlu bercakap dengan mereka.

"Umi pun bukannya lama lagi atas muka bumi ini.Kalau Allah katakan kun faya kun umi akan pergi juga Malaikat maut akan menjemput umi bila bila masa sahaja.Jadi di kesempatan ini umi nak selesaikan semua harta pusaka umi kepada kalian"ujar Datin Habsah dengan nada yang lemah.Dia sudah tidak berdaya lagi.Umur telah mencecah 89 tahun sudah cukup untuk dia berundur diri daripada dunia perniagaan.Tibalah giliran anak cucunya pula menjalankan empayar keluarga.
"Umi telah membahagikan sebanyak 20% daripada harta Umi untuk diinfakkan pada rumah tahfiz kita di Tanjung Lumpur,Kuantan.20% lagi akan diagihkan kepada semua anak cucu dan menantu Umi kecuali Insyirah."terang Datin Habsah.Kelihatan semua saudara mereka tergamam seperti 'Insyirah takde dalam list ke?' Mama Zakiah pula hanya senyum puas memandang Insyirah.Datin Mariah dan Inayah berpandangan sesama sendiri mereka memikirkan perkara yang sama.Tidak mungkin neneknya marah begitu sekali terhadap Insyirah sehinggakan tiada langsung harta buat pemegang Ijazah Ekonomi lulusan University of London itu.Insyirah hanya memandang skrin pada Iphone6s miliknya.'Why?why is everybody looking at me?Teruk sangat ke tak dapat harta?Aku tak heranlah.Aku tak tamak macam korang."omel Insyirah dalam hatinya.Dia sangat sakit hati apabila ada yang memandangnya ada juga mencuri curi untuk memandangnya seperti sebuah kejayaan bagi mereka apabila Insyirah tidak dapat apa apa.Sangkaan mereka tujuan Insyirah pulang ke Malaysia untuk membolot semua harta Datin Habsah.

"Sebahagian besar daripada harta umi sebanyak 60% meliputi syarikat petroleum dan minyak akan umi pertanggungjawabkan kepada Insyirah"kenyataan Datin Besah sangat memeranjatkan seluruh ahli keluarganya.Ruang tamu yang sebesar Istana itu mula kecoh dengan suara suara tidak puas hatinya.
"Umi,tak adil macam tu.Kami ada 20 orang termasuk cucu cucu umi dan kami hanya terima 20% sahaja.Mana cukup"akhirnya Mama Ziha bersuara."Insyirah seorang sahaja dah 60% macam mana dengan nasib anak anak kami?Umi ingat cucu umi bukan Insyirah seorang sahaja"kini Mama Zakiah pula menegakkan kebenarannya.

"Apa yang tak adil Ziha?Zakiah?Umi bukan suka suka rambang mata sahaja membuat keputusan.Insyirah layak memang layak dia peroleh Ijazah dari London.Kalian ada?Anak kalian ada?Zakiah kenapa kamu perlu bersuara?Zulin bukan cucu umi dia hanya cucu angkat sahaja kalau ikutkan satu sen pun dia tak layak.Selama ini umi dah bagi peluang yang besar untuk kalian buktikan kredibiliti sebagai pemimpin kepada umi.Ada di antara kamu yang sibuk sibuk di syarikat?Kalau tak arwah Rashdan yang selalu membantu di syarikat.Umi sudah cuba tidak memberi peluang kepada Insyirah dengan memberi peluang kepada kamu semua.Ada kamu sedar?"tegas Datin Habsah meluahkan segala isi hatinya.Insyirah kelihatan seperti mahu menangis di situ apabila semua ahli keluarga membantah.Dia juga sangat terkejut dan tidak menyangka kerana dia tidak pernah membayangkan semua itu.

"Tetapi dengan satu syarat sebelum Insyirah mewarisi saham terbesar dia harus berkahwin dengan pilihan umi.Kalau Insyirah menolak semua aset akan dibahagi sama rata kpd kamu semua"ujar Datin Habsah.Dia tahu dia sedang menghancurkan masa depan Insyirah demi berlaku adil kepada semua anak dan cucunya.Insyirah tersentak lagi sekali.Apakah ini semua?Kenapa semua menjadi haru biru?Kenapa aku?Insyirah memandang wajah neneknya dalam dalam.Air matanya mula mengalir membasahi pipinya.Malu di hadapan semua ahli keluarga tidak dipedulikan lagi.Dia berasa sangat hampa dengan keluarganya.Kaya macam mana pun mereka Teratak Bonda ini memang takkan bahagia.Datin Habsah mengalihkan pandangannya ke arah lain tidak sanggup dia melihat Insyiraj dengan deraian air mata sucinya itu.Insyirah berdiri lalu meninggalkan perbincangan itu.'Ya Allah ampunilah dosa kami yang menyakitkan hati Insyirah'bisik hati kecil Datin Habsah.

Roman CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang