Insyirah terasa badannya dipeluk dengan seseorang.Pelukannya sangat erat membuatkan dia badan Insyirah terasa berat.Dia cuba untuk membuka mata dan menggerakkan badannya sedikit lalu terdengar ada suara perempuan mengilai seperti hantu.Insyirah terhenti matanya membulat kata orang tua tua kalau tidur waktu maghrib ni hantu memang suka kacau sebab kita tak sembahyang so dia pun join la sekali.Sekali lagi dia mendengar suara itu malah rangkulan pelukan tadi semakin kuat.Oleh sebab terlalu takut Insyirah menjerit dan meronta ronta untuk dilepaskan.
"Aaaaaaaaaaaaa lepas lepas lepas lepaskan aku!!!" Jerit Insyirah.Segera pelukan itu di lepas kan.
"Ehhh hahahah mengigau ke apa?Orang melawak je.Balasan untuk orang yang tidur waktu maghrib hahahaha"jawab suara yang seperti dikenali Insyirah.Ni mesti........kan dah agak it's Inayah!!
"Kakak!I miss you!!"Inayah memeluk erat kakaknya setelah Insyirah memaling ke belakang."Adik!!"Insyirah membalas pelukan itu dengan mencium pipi Inayah."Adik kenapa buat kakak macam tu?Sampai hati terkejut kakak tau,"ujar Insyirah dalam nada merajuk."Hahaha dah kakak tu tidur waktu maghrib.Sekarang pukul 8.30 malam nak masuk waktu Isyak dah."jawab Inayah yang sedang dalam berpakaian telekung.Insyirah berasa malu kerana dia banyak meninggalkan solat semasa di London."Nenek ada buat solat jemaah dekat surau rumah.Semua orang dah ada tapi nenek suruh tunggu kakak baru boleh sembahyang jemaah sekali.Tapi lama sangat tunggu so nenek teruskan je lah,"ujar Inayah."Kakak jetlag lah"jawab Insyirah sekadar alasan bagi menutup kesalahannya.Inayah cuba untuk katakan sesuatu tetapi dia tidak mahu merosakkan keadaan.Dia baru je berjumpa dengan kakaknya setelah sekian lama.Jadi dia batalkan sahaja niat untuk menegur kakaknya itu.Bunyi azan Isyak sudah berkumandang "kakak,cepat pergi ambil air sembahyang kita pergi sembahyang jemaah sama-sama"suruh Inayah.Insyirah bergerak bangun dari katil dan mengambil wuduk.Dia berasa gembira kerana sudah lama dia tidak membuat solat jemaah.Pahalanya sangat berlipat ganda.__________________________________________________________
"ASSALAMUALAIKUM"ucap Inayah sambil Insyirah mengikut dari belakang.Dia sedar semua mata sedang menumpu ke arahnya.Insyirah mula rasa jelek dengan keadaan ini lalu dia terus ke arah Datin Mariah."Sayang pergi salam nenek dulu"arah Datin Mariah dalam membisik sebelum Insyirah duduk di sebelahnya.Insyirah menggeleng tanda tak mahu tapi apakan daya kelihatan biadab sekali kalau tidak bersalam dengan neneknya.Baru sahaja dia ingin bersalam dengan neneknya imam telah suruh untuk merapatkan saf.Insyirah menarik semula tangannya lalu dia berpusing ke belakang menuju ke arah Datin Mariah.Lantas,tangannya ditarik oleh Datin Habsah "sembahyang sebelah nenek"arah Datin Habsah.Timbul rasa cemburu di kalangan kaum kerabat sebelah wanita.Belum pernah lagi umi mereka mengajak cucu cucunya solat di sebelahnya.Tetapi Insyirah bukan main lagi.Huh.Insyirah tahu ada mata yang memandangnya dengan tajam.Semakin tajam pandangan itu semakin Insyirah suka malah kelakuannya lebih mengada ngada apabila dia menyuruh Mama Zakiah,ibu saudaranya supaya tepi sedikit supaya memuatkan Insyirah solat di sebelah neneknya.
__________________________________________________________
SELESAI solat jemaah semua kaum kerabat Datin Habsah berkumpul di rumahnya untuk sesi BBQ dan jamuan makan.Insyirah masih berada di dalam bilik untuk menyimpan telekung dan sejadah.Kalau boleh dia malas nak turun menghadap muka makcik dan sepupunya terutama sekali Mama Zakiah dan anaknya Zulin.Mama Zakiah merupakan kakak kepada arwah papa Insyirah manakala Zulin hanyalah sekadar anak angkat kepada ibu saudaranya.Tetapi pasangan duo ini sangat meletup apabila bergabung mana tidaknya apa yang Insyirah dapat pasti ada sahaja yang ingin dipertikaikan.Begitu juga dengan saudaranya yang lain mereka sebenarnya sangat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku cuma perlakuan mereka tidak ketara. Insyirah hanya membiarkan sahaja mereka dengan perasaan cemburu itu baginya tak perlu buang masa untuk memuaskan hati semua orang.Oleh sebab itulah sewaktu Insyirah pulang ke Malaysia semasa kematian papa mereka lah paling banyak mencucuk neneknya dengan penampilan baru Insyirah sehingga pergaduhan besar timbul antara Insyirah dan Datin Habsah.Insyirah sangat malas untuk menyemakkan fikirannya dengan orang orang tamak dan bodoh.Lantas dia membuka zip bagasi Louis Vuitton miliknya mencari sepasang baju yang sesuai untuk dipakai.Dia mengambil sehelai seluar jeans jenis straight cut dan sehelai tshirt berwarna hitam.Seperti biasa ikatan rambut favourite ialah jenis bun-head.
Knock!Knock! Datin Mariab masuk ke dalam bilik Insyirah.Dia dapat melihat Insyirah sedang bersiap siap untuk bersama keluarga.
"Mama,ok tak pakai macam ni je?"tanya Insyirah.
Datin Mariah hanya berdiam diri seolah olah tidak mendengar pertanyaan anaknya itu.Tiba tiba Inayah masuk ke bilik dengan mengejut."Lamanya kakak ni bersiap jomlah cepat semua dah ada dekat bawah.Mama jom cepat"Inayah segera menarik tangan ibu dan kakaknya meninggalkan bilik tidur Insyirah.__________________________________________________________
Insyirah langsung tidak bersosial dengan ahli keluarganya di halaman rumah sambil berBBQ.Dia banyak menghabiskan masanya menonton televisyen di ruang tamu dan lama kelamaan dia terasa bosan.Tiba-tiba datanglah pulak Mama Zakiah menegurnya dengan senyuman yang plastik itu.
"Syira kenapa tak join dekat luar tu?Ramai orang tengah berseronok"ujar Mama Zakiah.
"Malas"jawab Insyirah sepatah.
"Oh yela lupa Syira mana baik sangat dengan diaorang kan?"balas Mama Zakiah dengan nada memerli.Insyirah mengunci mulutnya daripada mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya."Dengar cerita mereka tak suka sangat Syira balik ke rumah ni.Yela mana tak terasa masa hari papa meninggal Syira tengking tengking dan marah semua orang...."Mama Zakiah cuba untuk mementalkan Insyirah sehingga percakapannya dipotong.
"Mestilah semua orang dalam rumah ni tak suka saya sebab saya ni cucu kesayangan nenek.Tengking tengking?Marah marah?cubalah ingat balik siapa yang sebenarnya perangai melebih lebih macam tu kalau tak orang yang berdiri depan saya ni.Puh-liss la saya ni pemegang Ijazah jurusan Ekonomi dan Perniagaan dari University Of London dan juga antara pemegang biasiswa PELAJAR CEMERLANG tajaan Bank Negara takkanlah otak secerdik saya ni nak bergaduh macam budak kecil.Lainlah kalau orang tu Spm pun tak lepas.Bodoh benor.Upss mohon jangan terasa,"panjang lebar Insyirah kenakan ibu saudaranya dalam halus.Riak wajah Mama Zakiah sudah berubah merah padam."kurang ajar punya budak"desis hatinya.
Memang betul kebanyakkan ahli keluarga Insyirah tidak menghabiskan pelajaran paling paling pun sampai SPM sahaja kerana mereka tahu harta keluarga sampai tujuh keturunan pun tak habis.Mereka sangat pasti tak jawab SPM pun akan dapat beberapa peratus daripada harta Datin Habsah.Lain pula dengan Insyirah dan Inayah mereka memang di didik untuk mengutamakan pelajaran oleh ibu mereka sendiri.Datin Mariah berasal dari keluarga yang susah dan tidak berharta sehinggalah dia berkahwin dengan arwah suaminya,Datuk Rasydan.Oleh sebab itu Datin Mariah selalu berpesan dengan ilmu yang banyak di dada sahaja dapat mengubah hidup seseorang.
Kesimpulannya Insyirah berasa sangat bosan dengan jamuan makan malam itu tetapi puas dapat men'smash' Mama Zakiah dengan statement yang pedas sekali.
KAMU SEDANG MEMBACA
Roman Cinta
RomanceInsyirah yakni termaktub dalam kalam Allah bererti kelapangan.Namun,lapangkah Insyirah dengan maksud namanya itu?Dipaksa hidup bermadu dan bersuamikan entah siapa siapa dari mana pula. Dua kali impian dan masa depannya dirampas dan direntap dengan m...