Bab3-Home

55 2 2
                                    

Insyirah melangkah masuk ke Hearthrow Airport,London dengan hati yang berat.'betul ke keputusan aku ni?' desis hatinya.Insyirah mengenakan kemeja T labuh ke paras lutut dipadankan dengan skinny jeans jenis acid wash.Insyirah sangat bijak bergaya apabila dia juga mengenakan sepasang sport shoes putih dari Sketchers kemudian rambutnya dibiar ikat jenis bun-head.Ditariknya juga bagasi jenama Louis Vuitton milik kesayangannya menuju ke ruang menunggu depature.Insyirah mengambil tempat duduknya lalu dia termenung memandang kad pasportnya dengan pandangan yang berat.Betulkah keputusan yang dibuatnya?Betul ke jalan ini yang dipilih?Betul ke dia sudah bersedia untuk pulang ke Malaysia?Insyirah melepaskan lelah yang berat."Miss Insyirah" tiba tiba namanya dipanggil membuatkan dia tersentak daripada alam fikirannya.Segera dia bangun dan menarik bagasinya berjalan menuju ke pintu kapal terbang MAS.Dalam perjalanan Insyirah berniat untuk pulang ke Malaysia betemu dengan mama dan adiknya sahaja.Ya!Itulah!

________________________________________________________________________

"Umi!Umi!Umi!"jerit Datin Mariah keriangan mencari ibu mertuanya di bilik perpustakaan rumahnya."Insyirah dah sampai KLIA,jadi saya nak jemput dia sekejap lepastu......"ujar Datin Mariah dengan nada yang gembira tetapi percakapannya dipotong oleh Datin Besah."Tak payah,umi dah arahkan driver pergi jemput dia" tegas Datin Besah membalas permintaan Datin Mariah.Dia juga sedar akan perubahan riak wajah menantu kesayangannya itu lalu Datin Besah menanggalkan kaca matanya "kalau umi benarkan Mariah menjemput Insyirah umi mungkin tak akan dapat berjumpa dengannya.Umi pasti dia akan mengajak kamu tinggal di rumah kondominium dari rumah ini.Sedangkan umi ada hal nak bercakap dengannya"tutur Datin Besah dengan tegasnya.Datin Mariah berasa kesal tetapi tindakan ibu mertuanya sangat tepat barangkali Insyirah akan berkeras untuk tidak tinggal di rumah keluarga ini lagi.Harapan Datin Mariah agar Insyirah faham dgn situasinya.

____________________________________________________________________

18 jam perjalanan cukup membuatkan Insyirah berasa urat pinggangnya bersimpul.Kapal terbang sudah pun selamat mendarat di KLIA.Insyirah berdiri dan mengemas barang barang apa yang patut sebelum dia keluar.Para pramugari yang cantik melemparkan senyuman yang plastik kepada Insyirah tanda mengucap terima kasih.Sejurus keluar daripada kapal terbang dia meghela nafas yang lega.Akhirnya sampai!Insyirah memakai shades hitam dari Kate Spade bagi mengelakkan bertemu dengan orang yang dikenalinya.Al maklumlah dulu lain sekarang dah lain.Insyirah meneruskan langkahnya ke pintu utama KLIA untuk dijemput.Dia sangat berhati hati dalam setiap langkah takut terjumpa dengan kawan kawan lamanya.Setibanya Insyirah di pintu utama KLIA matanya tercari cari kelibat ibunya,Datin Mariah tetapi hampa sekali apabila matanya terhenti ke arah seorang lelaki tua.Pak Hassan!Driver setia keluarga Datin Besah.
"Assalamualaikum,cik Syira"
Insyirah hanya melemparkan senyuman yang pahit mengenangkan ibunya tidak ada menjemputnya."Mari saya tolong angkatkam beg Cik Syira"tawar Pak Hassan sekadar menjalankan tugasnya sebagai pemandu."Eh,takpe takpe saya boleh angkat sendiri.Pak Hassan hidupkan enjin kereta terus"ujar Insyirah menolak pertolongan Pak Hassan.Tak mungkin dia membenarkan Pak Hassan yang tua untuk mengangkat bagasi bapak gajahnya itu.Selesai mengisi begnya di boot Insyirah masuk ke dalam kereta dan menghidupkan Iphone6s mililnya.Ternyata 15 missed call daripada Datin Mariah,ibunya.Sepanjang perjalanan masing masing melayan perasaan lalu Pak Hassan memulakan perbualan
"Macam mana dengan kehidupan di London,Cik Syira?"

"Biasa saja Pak Hassan"balas Insyirah dengan senyuman mesra.

"Besar sudah Cik Syira dulu Pak Hassan ingat lagi selalu bergaduh dengan Inayah sebelum pergi sekolah.Selalu berebut nak duduk sebelah Pak Hassan ni ha"cerita Pak Hassan menggamit memori lama.Insyirah hanya mampu ketawa mengingat kembali cerita lamanya dengan Inayah. Adiknya itu selalu menang kalau berebut dengan Insyirah kerana perwatakan Inayah yang garang dan kasar itulah selalu memenangkan dirinya sendiri.Insyirah memandang keluar tingkap keretanya lama cuma untuk memastikan jalan yang dibawa Pak Hassan ni betul atau salah."Errr...Pak Hassan saya rasa kita dah salah jalan ni sepatutnya Pak Hassan kena masuk kiri untuk ke kondominium saya"ujar Insyirah dengan dahinya yang berkerut."Setahu Pak Hassan Datin Besah arahkan saya bawa balik Cik Syira ke teratak Bonda"balas Pak Hassan.'Apa teratak bonda?ugh ini mesti nenek yang suruh' omel Insyirah di dalam hatinya.Teratak Bonda,dalam fikiran insyirah,dia akan menempah maut manakan tidak Teratak Bondak yang bagaikan istana itu rumah keluarganya.Seluruh kaum kerabat mendirikan rumah di tanah yang sama dan hidup berjiran.Diharapkan kepulangannya itu akan menjadi rahsia tetapi sepertinya tidak lagi.Insyirah akur dan redha saja dengan apa yang berlaku walaupun hatinya meronta ronta tidak mahu pulang ke rumah itu lagi.

___________________________________________________________________

Datin Mariah yang tidak sabar menunggu kepulangan Insyirah akhirnya berakhir apabila dia mendengar deruman enjin kereta Mercedes di perkarangan rumah.Datin Mariah berlari lari mendapatkan anaknya.Dia melihat Insyirah keluar daripada kereta terus dia kucup dan peluk erat Insyirah.
"Mama miss you,sayang.Sayang apa khabar?"soal Datin Mariah sambil mengesat ngesat air matanya."Me too.Im good mama"jawab Insyirah."okay kita masuk dalam dulu letak barang"Datin Mariah membawa anaknya masuk ke dalam rumah bak istana itu.Insyirah cuba menahan air matanya daripada tumpah sehingga dia terasa tebal dan panas pada mukanya apabila melihat ibunya sangat bersungguh sungguh menyediakan keperluannya.Memang itu Insyirah rindukan selama 10 tahun merajuk mendiamkan diri di London.
"Mama tahu sayang penat.Mama pun tak nak ganggu jadi sayang rehatlah dulu malam nanti mama jemput sayang turun kita makan bersama sama.Nenek ada buat jamuan makan besar dengan keluarga malam ni"beritahu Datin Mariah.Insyirah mengangguk tanda faham.Datin Mariah mengucup sekali lagi dahi anak sulungnya itu lalu keluar daripada bilik Insyirah dan menutup pintu.Hari pun sudah senja,Insyirah masih lagi dihimpit rasa risau untuk bertemu dengan ahli keluarganya.'Ugh' Insyirah mendengus dan menutup mukanya dengan bantal.Dia tidak bersedia untuk semua ini.Bukan ini tujuannya untuk pulang ke Malaysia.Semakin dia berfikir semakin lena Insyirah dibuai mimpi dalam waktu senja.Ish Ish Ish

Roman CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang