Datin Mariah mengusap usap frame gambar Insyirah dan Inayah sewaktu kecil.Satu satunya harta yang bernilai peninggalan Datuk Rasydan,arwah suaminya yang juga bapa kepada dua orang puterinya.Sungguh dia sangat merindui arwah suaminya tapi rindu lagi Datin Mariah kepada Insyirah puteri sulungnya.Kali terakhir Insyirah pulang saat suaminya telah meninggal dunia.Kepulangannya sangat mengejutkan seluruh ahli keluarga dengan imej Insyirah yang terbaru telah mengundang kemarahan ahli keluarga terutama neneknya,Datin Habsah.Insyirah berasal dari keturunan yang berada sejak turun temurun.Kiranya kalau dia nak beli satu butik Chanel kat London tu tak akan jadi masalah.Tetapi mereka dididik dengan ilmu agama yang mantap dan sentiasa diajar untuk merendah diri.Tidak ada seorang pun ahli keluarganya tidak mengikut ajaran Islam kecuali Insyirah sendiri yang terkandas.
"Mariah,umi nak cakap sikit boleh?"sapa Datin Habsah.
"Boleh.Kenapa Umi?"Datin Mariah lekas mengesat air matanya dan meletakkan frame itu ke tempat asalnya.
"Umi bukan apa,ini bukan untuk sesiapa untuk masa depan cucu umi juga.Umi sayang kepada cucu umi dan umi tak nak dia terus terpesong.Tak lama lagi dia akan mewarisi harta umi,"ujar Datin Besah dengan riak wajah kerisauan.
Datin Mariah tertawa "Umi cakap pasal cucu yang mana satu ni?Umi ada 12 cucu"
"Insyirah"jawab Datin Besah sambil memandang ke luar tingkap.
"Umi nak bercakap sendiri dengan Insyirah.Boleh Mariah uruskan?"tanya Datin Besah dengan nada yang tegas.Insyirah merupakan cucu kesayangan Datin Besah kerana kredibiliti dan kebijaksanaan Insyirah terserlah berbanding cucu cucunya lain yang hanya mengharapkan harta keluarga tanpa melanjutkan pelajaran.Tetapi Datin Besah tak mampu menahan marah dan rasa kecewa apabila melihat Insyirah berubah sebegitu rupa.Takkan mungkin dia akan membiarkan Insyirah memimpin perniagaannya.
"Baiklah umi nanti saya uruskan,"jawab Datin Mariah.Datin Besah menolak kerusi rodanya keluar daripada bilik perbincangan keluarga.1001 persoalan bermain di minda Datin Mariah bagaimana kalau Insyirah tak nak balik?macam mana kalau Insyirah tak nak jawab telefon?macam mana kalau Insyirah tidak mahu bercakap dengannya?Ya Allah.....
__________________________________________________________
Runut bunyi lagu I'm not the only one-Sam Smith berkumandang.Insyirah yang sedang lena dibuai mimpi setelah menangis teruk mengimbau memori lampau terjaga.Dia mencari iphone6s merata rata di bawah sofa.Yeah jumpa akhirnya. 'Mama' nama yang tertera pada screen iphone miliknya.
'Mama call?'
'Nak jawab ke tak nak?'desus Insyirah dalam hatinya.Disaat dia sangat rindukan Datin Mariah dan Inayah patutkah dia tidak menjawabnya atau menjawabnya?Ditenung screen dalam dalam menunggu keputusan luar kawal yang ditentukan oleh sistem medulla oblaganta.Oleh sebab terlalu lama untuk membuat keputusan runut bunyi terhenti.Sekali lagi Insyirah dihempap rasa kecewa dan bersalah.Ini bukan kali pertama dia tidak menjawab panggilan Datin Mariah tapi dah beratus ratus kali sejak 5 tahun yang lalu selepas pertengkaran yang besar dengan ahli keluarganya.Insyirah mengambil keputusan untuk terus berada di London sehingga dia bersedia untuk pulang ke Malaysia.Dia tidak mahu ibunya rasa terbeban dan malu dengan dirinya yang sekarang.Begitu juga dengan Inayah yang cuba membuat panggilan beberapa kali tapi hanya berjaya sekali sahaja dijawab Walaubagaimanapun Insyirah hanya berdiam diri dalam talian itupun kerana dia sangat sangat rindu akan Inayah tapi tak mampu untuk berkata apa apa.Kalau diikutkan Inayah perwatakannya lebih kasar daripada Insyirah dan sebenarnya ada sedikit manja walaupun nampak macam tomboy.Satu perkara yang perlu diberi pujian kepada Inayah atas keimanannya teguh walauapa cabaran sekalipun berbanding Insyirah yang baru dijentik sedukit sudah bertaburan imannya menghempap tanah.Runut bunyi berdering sekali lagi.Kali ini Insyirah tidak akan melepaskan peluang untuk bercakap dengan Datin Mariah.Dia menekan 'answer call' diiringi dengan doa bismillahirrahmanirrahim.
"Assalamualaikum,hello sayang ada dekat situ ke?"Datin Mariah memulakan perbualan.Insyirah memang dipanggil sayang oleh Datin Mariah sejak awal kelahirannya.
"Wa.....waalaikumussalam
mama"Insyirah menjawab dengan suara yang gementar
"Sayang apa khabar?Lama tak telefon mama"giliran Datin Mariah pula menahan suara menangisnya.
"Khabar baik sihat je.Mama?Inayah?macam mana sihat tak?"Insyirah bertanya dalam nada yang sedu sedan tak dapat menahan air mata yang mengalir deras membasahi pipinya.
"Sihat je sayang Inayah rindu sangat dekat kakak dia.Inayah dah besar dah sekarang dah pandai bawa kereta bawa mama jalan jalan bawa nenek....,"Datin Mariah terhenti di situ dia lupa Insyirah tidak baik dengan neneknya sejak kejadian itu.
"Sayang,tak nak balik Malaysia ke?Kalau tak nak jumpa orang lain jumpa mama pun jadilah,"ujar Datin Mariah sambil mengesat air mata di pipinya dengan tisu.
"Insyallah mama,tengoklah macam mana"jawab Insyirah.Datin Mariah sempat mengucapkan 'bye take care love you' sebelum mematikan talian.
KAMU SEDANG MEMBACA
Roman Cinta
RomantikInsyirah yakni termaktub dalam kalam Allah bererti kelapangan.Namun,lapangkah Insyirah dengan maksud namanya itu?Dipaksa hidup bermadu dan bersuamikan entah siapa siapa dari mana pula. Dua kali impian dan masa depannya dirampas dan direntap dengan m...