14 Jaga diri

102 7 0
                                    

Author POV

"Weh, Sai. Si Isya tu taken ke?" Sedang mereka mengulangkaji mata pelajaran Sains, Dina melontarkan soalan.

"Entah mana aku tau. Yang kau tanya pasal apa?" Nuzhah membelek buku rujukan Sains untuk mencari jawapan.

"Alaaa, ye lah. Korang dah rapat semacam." Dina yang duduk di tempat Isya sejak naik rehat tadi.

Setelah tamat waktu rehat, Isya terus bergerak ke library untuk mencari lebih banyak bahan rujukan.

"Mestilah rapat. Memberkan."

Nuzhah melepaskan pen di tangannya, dan capai bungkusan plastik nasi goreng yang tidak habis waktu rehat tadi. Dia makan sambil menghadap ke arah Dina disebelahnya.

"Tak de. Dia lawa. Sebab tu aku tanya"

"Entah. Tu. Kau tanya empunya badan" Nuzhah memuncungkan mulutnya ke arah pintu masuk. Isya sedang berjalan menuju ke tempatnya.

"Eh, Sya. Kejap eh. Kasi saya kemas jap" Dina jadi gelabah.

"Eh tak pe tak pe duduklah"

"Kalau awak nak duduk, duduk tempat saya sekejap. Saya nak bincang dengan Nuzhah jap"

"Eh tak nak la. Segan."

"Oh kalau camtu, awak tarik je kerusi tu ke sini" Cadang Dina lagi.

"Ish kau ni. Kau yang amik tempat dia. Dia pulak yang kena buat macam macam"

"Okok. Last option yang Sya ada duduk atas dia." Dina tunding ke Nuzhah.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tanpa disangka persahabatan Isya dan Nuzhah semakin rapat. Mereka saling melengkapi.

Kalau Nuzhah terrer math, Isya lemah math. Kalau Isya suka BI, Nuzhah benci BI. Kalau Nuzhah pendiam, Isya ramah orangnya. Kalau Isya orangnya tenang, Nuzhah orangnya panas baran. Kalau Isya suka buku novel, Nuzhah pula suka drama dan komik.

Mereka sering stay up di sekolah kerana mengulangkaji bersama. Kadangkala, Isya sampai datang ke asrama untuk belajar bersama Nuzhah. Bukan dengan tangan kosong, Isya datang bersama lauk masakan nya sendiri.

Katanya, hobi Isya memang suka memasak. Sedar tak sedar, ujian PT3 sudah pon selesai. Pelajar bersuka riang, kerana bebas dari ujian yang dinantikan tahun ini.

"Saya nak mintak kamu berempat bantu saya untuk menjayakan program ni." Kata guru kaunseling kepada Nuzhah, Keisha, Dina dan Afnan.

"Saya dah ada kertas kerjanya. Saya nak awak punya idea untuk aktiviti 3H2M di xxxxxxx"

"Hmmm kita buat ni la cikgu.." mereka mula memberi idea untuk aktiviti pelajar PT3.

"Tapi cikgu kitorang jeke. Ajk lain macam mane?" -Afnan.

"Oh pasal tu. Saya nak awak cari ajk awak sendiri. Ni senarai ajk yang diperlukan. Awak cari la ye? Program ni will be held in two weeks. So, decide your ajk in 3 days so I can submits to the principle by that day"

Gurunya memberi sehelai kertas.

Program xxxxxxxxx

Expected participants : 150 amongs form 3 students

9 Years BackWhere stories live. Discover now