Tok tok!
"Miss, Tuan Zev dah sampai." Beritahu Lex kepada Alora yang sudah setia menunggu di dalam library.
"Suruh dia masuk." Arah Alora.
Lex mengangguk sebelum dia memberi ruang kepada Zev. Zev terus meluru masuk dan memeluk Alora pantas. Lex yang melihat membulatkan matanya. Dadanya diusap.
'Mati mati'
Alora tersenyum canggung. Cctv yang berada di penjuru library dia pandang. Mulutnya bergerak mengatakan sesuatu.
'Calm down, hun.'
Alora menolak tubuh Zev dari terus memeluknya. "Kita duduk dulu."
Zev melabuhkan duduk di sebelah Alora. Bahu Alora digenggam.
"Kau pergi mana Al?! Kau tahu tak aku ni macam orang gila duk cari kau. Kau ni selalu buat aku risau." Bebel Zev.
Alora tersenyum kecil. "Sorry. Aku lupa nombor telefon kau, niatnya memang nak bagitahu kau aku dekat mana tapi itulah."
Zev mengeluh. "Kali ni aku maafkan kau, lain kali kau jangan buat lagi!"
Alora tergelak. "Ya aku janji. Ok stop! Aku panggil kau ni bukan nak berbincang hal aku yang hilang tanpa kabar. Tapi ada benda yang lagi penting aku nak discuss dengan kau, Zevien Anderson."
Zev hairan. Kalau Alora dah mula memanggil nama panjangnya bermakna kali ni Alora betul-betul serius. Tapi fasal apa?
"Sampai bila kau nak bergaduh dengan El? Kenapa kau perlu salahkan El atas semua yang terjadi?" Soal Alora serius.
Riak wajah Zev terus bertukar bila disoal Alora. Wajahnya ketat tanpa senyuman.
Alora mengeluh. "Aku tahu Zev. Kau marah dekat El bukan sebab aku tapi sebab lain kan?"
Zev terdiam. Dia langsung tidak melihat ke arah Alora.
"Kau jangan diam je. Sampai bila kau nak keadaan terus berlarutan macam ni? Kau boleh beritahu aku apa sebabnya. Aku janji aku takkan beritahu El. I will keep your secret and I will help you. Just tell me. If you need time, I'll wait." Pujuk Alora.
Zev mengeluh. "I'll tell you."
"I love her." Mula Zev.
Alora mengangguk. Itu memang dia sudah dapat agak. Malah sudah lama dia dapat mengetahui tentang perasaan kedua rakannya ini. Tapi dia hanya diam dan memilih untuk tidak masuk campur.
"Aku tak benci El tapi aku sakit hati. Yang dia tahu hanya berseronok dengan lelaki yang entah dari mana. Setiap minggu selalu tukar lelaki. Semakin lama perangai dia semakin liar dan aku benci hal tu. Dia buat kan aku rasa jijik untuk menyimpan perasaan dekat perempuan yang hidup macam pela-" bicara Zev terhenti.
"Stop Zev!" Marah Alora. Baginya kata-kata Zev terlalu melampau.
"Apa yang kau fikir sampai sanggup untuk kutuk perempuan yang kau cintai macam tu? Sebelum kau cakap kau cintakan dia, aku rasa baik kau balik rumah dan renungkan dulu perasaan kau tu." Tegas Alora.
Zev terdiam. Baru kali Alora betul-betul naik angin.
"Kalau betul kau cintakan dia, kau takkan pernah fikir macam tu. Aku rasalah kan, ex El tu lebih bagus dari kau. Aku tak kiralah kau kawan aku ke abang aku ke tapi kali ni kau betul-betul melampau. Apa hak kau untuk kata El pelacur? Kau ada bukti?" Soal Alora geram. Nak saja dicili mulut Zev ni.
Zev tersenyum sinis. "Eh aku tahu lah! Dia selalu keluar masuk hotel dengan jantan, kalau bukan menjual diri habis apa lagi? Kau tak payah nak backup pelacur tu, entah-entah yang pasal kau kena rogol tu pun sebab dia-"
Pang!
Terbuntang mata Zev bila Alora menamparnya buat pertama kali.
"You! A little piece of shit! Kau gila ke?! Dia kawan kitalah bodoh! Dari kecil lagi! Sanggup kau fitnah dia sejauh tu? Hey jantan! Eelys Sabrina jadi macam tu pun sebab kau! Walaupun kau yang buatkan dia hilang dara pun dia tak pernah benci kau! Tapi ini balasan kau?"
Zev terkedu. "A-apa kau mengarut ni? Bi-bila masa aku pernah sentuh El?"
Alora tergelak sinis. Wah kesabarannya dah hujung-hujung.
"Kau tak ingat? 5 tahun lepas! Kau mabuk macam orang gila last-last El yang jadi mangsa! Dan kalau kau nak tahu, El memang selalu pergi hotel dengan ramai lelaki tapi setiap kali dia nak buat mesti dia terfikirkan kau dan end up dia tak buat pun benda tu. Jadi yang pernah sentuh dia cuma kau. Cuma kau Zevien Anderson! Kau sedar tak?!" Tengking Alora sambil menunjal bahu Zev.
Zev terkaku. Mulutnya seperti terkunci dan otaknya mula memutar kembali kejadian hari itu.
"Kenapa kau diam? Baru sedar? Selepas bertahun-tahun kau seksa mental dan hati El? Kau puas? Kau dah puas sekarang?" Soal Alora bertalu-talu. Tanpa sedar air matanya mengalir.
Jujur dia katakan, dia pun rasa bersalah dan menyesal kerana hanya diam bertahun-tahun dan menyebabkan Eelys menderita. Dia tak mahu Eelys terus disakiti Zev tapi dalam pada masa yang sama dia pun tak mahu hubungan persahabatan yang mereka bina selama hampir 15 tahun hancur begitu saja. Ditambah lagi Eelys merayu supaya merahsiakan tentang ini kerana takut Zev akhirnya akan meninggalkannya. Tapi sekarang Alora dah tak mampu untuk diam. Dia perlu juga selesaikan kesalahfahaman ini.
"Al, kau tipu kan? Cakap dekat aku yang kau bohong je!" Zev menggoyang-goyangkan tangan Alora. Mata lelaki itu merah.
Alora menepis tangan Zev. "Aku rasa kau pun dah ingat semua tu. Jadi kau sendiri dapat fikir yang aku ni bohong ke tak."
Zev lemah. Dia jatuh melutut. Tangannya digenggam erat. "Apa yang Aku dah buat?"
Alora menatap Zev sepi. "Takde gunanya kau nak menyesal sekarang. Kalau kau betul-betul sayangkan El, pandai-pandailah kau ubah diri kau dan buat El percayakan kau semula. Kali ni Aku dah taknak tolong kau, tapi Aku nak bagitahu satu hal. Muka kau sekarang pun dah buatkan El meluat nak tengok. Jadi kau tahu kan seberapa bencinya dia dekat jantan tak guna macam kau ni. Jangan sampai ex dia ambil langkah dulu dan kau akan hilang El selamanya. Kalau dah sampai tahap tu, kau pun bukan lagi kawan aku."
Usai berkata Alora terus melangkah keluar dari library. "Aku bagi kau kebenaran untuk datang sini bila-bila masa kau nak. Gunakan peluang tu sebaik mungkin. Tapi hari ni aku mohon jangan ganggu El dulu."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
. TbcNk El end up dngn Zev ke Evan?
YOU ARE READING
𝐘𝐚𝐤𝐮𝐳𝐚'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romance'𝐓𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐧𝐨 𝐚𝐜𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐛𝐞𝐭𝐰𝐞𝐞𝐧 𝐬𝐨𝐮𝐥𝐬' 𝐀𝐥𝐨𝐫𝐚 𝐑𝐮𝐛𝐲 𝐉𝐚𝐝𝐞 𝐇𝐢𝐫𝐨 𝐑𝐲𝐮𝐮 𝐌𝐢𝐭𝐬𝐮𝐨 Terlanjur 'one night stand' dengan Yakuza yang berbahaya, hidup Alora berubah seratus peratus. Dia...