Suasana di meja makan sunyi. Hanya kedengaran sudu dan garpu berlaga. Suara Alev tiada kerana dia telah tidur di biliknya.
Eelys mengerling Hiro sebelum beralih ke Zev yang turut melihat Hiro dengan riak bengisnya. Dia menggeleng kepala sebelum melihat Alora. Tapi tak tertelan air liurnya bila Alora sudah terlebih dahulu melihatnya dengan tajam. Mulut Alora bergerak mengatakan sesuatu.
'Ni semua salah kau! I'll kill you!'
Eelys tersenyum palsu. Dia kembali menunduk menyambung acara makannya. Seram!
"Ehemm! Hiro dah lama ke dekat Itali ni?" Suara Mr Adams membuang suasana sunyi.
Hiro meletakkan sudu dan garpunya. Dia mengangguk. "Almost 6 years."
Mata Zev dan Eelys terbuntang. Maknanya sudah lama dia memerhati Alora?! Sejak mereka tiba di Itali ni?!
Alora berdecit. Sudah dia agak! Dia menjeling Hiro yang sudah merenungnya bersama senyuman senget.
Mr Adams mengangguk. "Tapi kenapa sebelum ni tak jumpa Alora terus?"
Hiro berdehem. "I'm busy. You know how my work is."
Mr Adams mengangguk lagi. "So sekarang apa kamu nak buat? Nak bawa Alora sekali ke?"
Laju Alora melihat Mr Adams selepas pertanyaan itu keluar dari bibir tuanya.
"Grandpa!" Zev menyampuk. Mr Adams hanya menghiraukan cucunya.
Hiro mengangguk. "Yes. Aku akan bawa isteri dan anak Aku sekali."
Pakk!
Kasar Alora menghentak sudu dan garpunya. Dia berdiri dan merenung Hiro tajam.
"Who's the heck your wife?! And he's my son! Not your!" Bentak Alora.
Hiro hanya tenang melihat kemarahan Alora.
"Alora manner!" Tegas Mr Adams.
Alora mendengus kasar. Dia menunjuk Hiro dengan jadi telunjuknya.
"You! Ikut I!" Pesan Alora sebelum meninggalkan meja makan.
Hiro berdiri. "Aku pergi dulu." Pamitnya sebelum mengikuti langkah Alora.
Zev dan Eelys berbalas pandang. Eelys mengangkat bahunya. Zev mengeluh.
...
Alora menolak bahu Hiro kasar. "I tahulah you Yakuza! But you tiada hak untuk sesuka hati bawa I ikut you!"
"Aku ada hak. Aku ayah kepada anak kau. Kau lupa?" Tenang Hiro menyoal.
"Alev bukan anak you! Dia anak I!" Tegas Alora.
Hiro memeluk tubuhnya. "Perlu Aku ingatkan kau hari sperma Aku masuk ke dalam rahim kau? Kalau kau nak Aku boleh beritahu tarikh, masa, dan tempat dia." Selamba Hiro.
"You! Erghh!!" Ingin sahaja dia tumbuk wajah tenang Hiro. Sungguh menjengkelkan!
"Kau kena juga ikut aku. Aku tahu alamat seluruh keluarga kau. Jangan sampai aku bunuh seluruh keturunan kau. Jadi kau nak ke taknak?" Dingin Hiro.
Alora menggenggam penumbuknya. "You jangan main family I lah!"
Hiro mengangkat bahunya. "Itu pilihan kau. Kalau kau ikut aku, aku tak kacau mereka. Kalau kau tetap berdegil, yeah mereka mati. Senang."
"You setan bertopengkan manusia!" Bengang Alora.
"Yes I am. Did you forget about who I am? I am Hiro Ryuu Mitsuo. Satu-satunya Yakuza yang berkuasa di dunia. Jadi takkan aku malaikat pula? Kalau ya pun malaikat maut." Sinis Hiro dengan wajah tenangnya.
YOU ARE READING
𝐘𝐚𝐤𝐮𝐳𝐚'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
عاطفية'𝐓𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐧𝐨 𝐚𝐜𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐛𝐞𝐭𝐰𝐞𝐞𝐧 𝐬𝐨𝐮𝐥𝐬' 𝐀𝐥𝐨𝐫𝐚 𝐑𝐮𝐛𝐲 𝐉𝐚𝐝𝐞 𝐇𝐢𝐫𝐨 𝐑𝐲𝐮𝐮 𝐌𝐢𝐭𝐬𝐮𝐨 Terlanjur 'one night stand' dengan Yakuza yang berbahaya, hidup Alora berubah seratus peratus. Dia...