"Inilah bilik saya." Ucap Dean seraya membuka pintu biliknya.
Eryna melangkah masuk ke dalam bilik. "Saya nak tidur bawah. Saya lagi rela tidur dekat bawah daripada tidur dengan awak." Katanya.
"Okey, dah itu yang awak nak." Dean terus menuju ke arah katil. Badannya di hempas kan ke atas katil. "Penat hari ini."
Eryna hanya terdiam sahaja. Dia sudah redha kerana tidak tahu mahu buat apa lagi. Dia sudah beritahu ayahnya bahawa dia tidak mencintai Dean, tetapi ayahnya tidak setuju. Eryna duduk di atas lantai.
Dean bangun semula. Wajah Eryna dipandang. "Betul ke awak nak tidur dekat bawah tu? Tak sejuk ke?" Soal Dean.
"Tak." Jawab Eryna ringkas sahaja.
"Okey." Dean membaringkan badannya semula.
JAM sudah menunjukkan pukul 5:30 pagi. Dean terbangun. Lantas, dia duduk di atas katilnya . Muka Eryna ditenung.
Comel juga perempuan ini. Gumam Dean di dalam hati. Dia terus bangun dari katil seraya menuju ke arah bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk.
Usai mandi dan mangambil wuduk, Dean keluar dari bilik air. Baju dalam almari diambil lalu dipakai. Langkahnya dituju ke arah Eryna yang sedang terbaring di atas lantai. Lantas dia baring di sebelah Eryna sambil menongkat dagu. Kepalanya di dekatkan ke telinga Eryna. "Bangun, Eryna sayang." Kata Dean.
Sengaja dia mahu mengejut Eryna dengan panggilan 'sayang'.
Eryna terbangun. Dia lantas memusingkan kepalanya ke sebelah kanan memandang Dean. "Dean?" Soal Eryna.
"Ya saya. Kenapa?" Jawab Dean sambil tersenyum sinis.
Eryna terus duduk sambil ke belakang sedikit. "Arghh! Apa awak buat kat saya hah?! "
"Tak inginlah saya nak buat apa-apa dekat awak. Dah jom solat subuh."
"Kalau nak kejutkan saya pun janganlah baring dekat sebelah saya! Dan, jangan sekali pun awak sebut nama saya dengan panggilan 'sayang' Saya tak selesa awak tahu tak?!" Eryna terus bangun lalu bergerak menuju ke arah bilik air dengan perasaan yang marah.
Setelah beberapa minit Eryna mandi dan mengambil wuduk, dia keluar dari bilik air. Telekung yang terlipat elok di dalam almari itu di ambil lalu dipakai.
" Kita solat sekali nak?" Soal Dean.
"Hmm. Apa-apa aje lah." Jawab Eryna. Lantas, dia mengambil sejadah yang berada di dalam almari lalu dia meletakkan di sebelah sejadah milik Dean.
Usai solat. Dean mendekatkan dirinya dengan Eryna. Dahi isterinya itu di kucup. "Salam la tangan suami awak ni." Ucap Dean.
"Hm." Jawab Eryna acuh tak acuh. Dia mengangkat tangan Dean ke dahi. Dia tidak mencium tangan Dean.
Dean tersenyum. "Good girl."
Eryna buka telekungnya lalu dia terus menuju ke arah katil. Badannya dihempaskan ke katil. "Dah lah, nak sambung tidur."
"Tak boleh. Awak perlu ikut saya." Ucap Dean seraya melipat sejadah masuk ke dalam almari.
"Nak ikut pergi mana?" Soal Eryna.
"Ikut saya pergi mengendalikan kuda."
Hah, kuda?! Ohh lupa ini kan Novel fantasy. Memanglah ada naik kuda ini. Guman Eryna di dalam hati.
"Hmm, malaslah. Awak pergilah berlatih sendiri. Saya nak sambung tidur."
"Awak kan isteri saya. Isteri perlulah ikut suami dia kan?" Kata Dean.
"Eh saya kahwin dengan awak pun mengejut tau. Kalau tak, saya tak inginlah nak kahwin dengan awak."
"Nak buat macam mana. Dah terlepas." Ucap Dean.
"Saya tak nak ikut,saya penat."
"Kalau awak tak nak, terpaksalah saya buat ini" Kata Dean. Dia mendekati Eryna. Lalu, badan kecil Eryna yang terbaring di atas katil di angkat.
Eryna terkesima. "Eh? Apa awak buat ni?!"
"Ikut ajelah." Kata Dean.
"Turunkan saya sekarang! Janganlah, saya nak sambung tidur! Penatlah!" Eryna menggoyang-goyangkan kakinya. Dia cuba untuk melepaskan diri, namun gagal.
"Tak boleh. Tak akan saya nak biarkan isteri saya seorang sahaja dekat dalam bilik ini." Ujar Dean sambil berjalan untuk keluar.
"Biarlah! Awak ingat saya ini budak-budak lagi ke? Saya boleh jaga diri saya sendirilah!" Eryna tumbuk belakang badan Dean. Tetapi, Dean tidak berasa sakit langsung semasa Eryna menumbuk belakangnya.
Pembantu-pembantu yang sedang membuat kerja itu hanya melihat. Kalau nak bersweet-sweet pun janganlah di hadapan mereka. Hormat la sikit orang single ini!
Sweet ke tu? Macam tak aje.
Tubuh Eryna diturunkan pabilla sampai di tempat latihan kuda. Eryna menjeling Dean tajam.
"Saya duduk sini pun nak buat apa? Tengok aje?" Soal Eryna. Tak puas hati.
"Jom, saya nak tunjukkan cara mengendalikan kuda dengan betul." Ucap Dean.
"Hah?! Memang tidak lah! Saya tak pandai langsung! Saya cuma tahu naik kuda sahaja!"
"Kalau macam tu, saya boleh ajar awak. Awak ikut aje arahan saya.
" Okey, fine! Tapi jangan expect saya pandai terus. "
" Okey, pertama sekali, pegang tali ini dan tariknya supaya kuda bergerak. "
Eryna menarik tali dengan kuat."Macam ni....ARGHHH!" kuda itu bergerak dengan sangat laju.
"Eryna!" Dean mengejar kuda itu dari tepi. Apabila dia sudah dekat dengan kuda itu, dia cuba untuk menenangkan kuda itu.
Eryna terjatuh, lalu Dean mengangkatnya.
"Arghh! Macam mana ni?! Saya tak nak lah naik dah!" rungut Eryna.
"Cuba lagi sekali, okey?" Kata Dean.
"Iyalah!"
Eryna menaiki kuda itu. Kali ini Dean juga ikut menaiki kuda di belakang Eryna.
"Jangan risau, saya dekat sini."
Eryna terasa Dean berada di belakangnya. "Awak jangan risau sangatlah! Saya boleh buat ni!" kata Eryna sambil cuba menenangkan dirinya.
"Kalau awk jatuh, saya akan tangkap awak. Jadi, jangan risau. Sekarang, cuba awak tarik tali tu. Tapi kali ni awak tarik perlahan sahaja."
"Baiklah," Eryna menarik tali kuda itu dengan lebih berhati-hati. Kuda itu sudah mula bergerak.
"Goodgirl."
"Yay, tengok! Saya dah boleh!" Eryna memberhentikan kuda.
"Bagus, sekarang awak cuma perlu buat tanpa ada saya." Ucap Dean seraya turun dari kuda.
"Baiklah, saya cuba," Eryna dengan sedikit kuat. "Tengok, saya dah boleh buat tanpa awak!"
Eryna memberhentikan kuda. "Terima kasih, saya rasa lebih yakin sekarang!"
"Tak perlu berterima kasih."
Eryna tersenyum kecil. "Baiklah, kita balik ke Istana. Saya nak rehat."
Dean menangguk. "Jom."
Mereka berdua berjalan bersama untuk pulang ke Istana.
______________________________________
Saya minta maaf kalau saya ada tersalah dalam penulisan, ejaan dan tatabahasa. Dan juga, saya minta maaf kalau bab ni terlampau pendek jalan ceritanya.
YOU ARE READING
Another World | OG
FantasyTengku Dean Arian x Eryna Natasya Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Sara Inara termasuk dalam Novel yang pernah dia baca yang bertajuk Princess Rania Amelia selepas kemalangan. Tetapi Sara ini hanya menjadi watak sampinga...