Bab 4

177 41 5
                                    


ERYNA dan Dean melangkah masuk ke dalam istana. Tiba-tiba, ada seorang pembantu istana yang datang ke mereka.

"Maaf mengganggu. Tetapi Tengku Dayyan suruh ke biliknya sekarang." Ucap pembantu istana.

"Baiklah. Kami akan segera ke sana." Jawab Dean.

Mereka berdua terus berjalan ke bilik Tengku Dayyan. Pintu bilik diketuk lalu dibuka.

"Ada apa, ayahanda?" Soal Dean yang berada di hadapan Tengku Dayyan.

"Malam ini, kamu berdua akan ada majlis menari."

Hah?! Apa pula sekarang ni! Majlis menari? Memang tidaklah! Sudahlah saya ni tak pandai menari. Lepas satu, satu. Kata Eryna di dalam hati.

"Ayahanda akan suruh pembantu istana menyiapkan kamu berdua." Sambungnya lagi.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal?" Soal Dean. Dia juga terkejut.

"Ayahanda pun baru tahu sekarang. Baru sahaja pembantu ayahanda beritahu."

"Siapa yang menjemput?" Soal Dean lagi.

"Puteri Rania Amelia."

"Baiklah, kami akan segera bersiap." Pamit Dean dan Eryna.

USAI bersiap, Eryna keluar dari biliknya. Dia sedang mamakai gaun yang sangat cantik. Tetapi lengannya semua tertutup. Rambutnya diikat dengan kemas. Mukanya di solek dengan cantik. Sungguh, dia tampak begitu cantik sekarang. Sangat sempurna!

Seorang pembantu datang ke Eryna. "Tuan puteri, Tengku Dean sudah menunggu di luar. Tuan puteri boleh ke sana sekarang." Kata pembantu itu sedikit menunduk.

"Baiklah, saya akan ke sana sekarang."

Eryna berjalan menuju ke arah luar istana. Dean tidak perasan keberadaan Eryna sehinggalah Eryna memanggilnya.

"Awak..saya dah siap. " Kata Eryna.

Dean berpusing memandang Eryna. Dia agak terkejut sedikit. Masya Allah, begitu cantiknya isterinya hari ini.

"Awak... Cantik sangat hari ini." Jawab Dean sambil tersenyum.

Eryna terkesima. Betulkah? Dean Arian, memujinya cantik?

"T.. Terima kasih." Jawab Eryna.

Pantas, Dean menghulurkan tangannya ke Eryna.

"Silakan masuk, My sunny." Pelawa Dean sambil tersenyum manis.

Dup dap!

Jantung Eryna bekerja dengan laju sekarang ini. Kenapa tiba-tiba sahaja? Muncul perasaan aneh yang tidak pernah dia merasai sebelum ini.

Kenapa sweet sangat Dean hari ini? Mungkin dia mahu berlakon kerana ada pembantu dan pengawal.

Eryna menyambut tangan Dean lalu pasangan itu bergerak masuk ke dalam kereta. Kereta itu terus bergerak ke Istana Relidya.

Sesampai sahaja di Istana Relidya, mereka berdua keluar dari kereta. Lantas, mereka bergerak masuk ke dalam Istana.

Mata Eryna membulat. Sungguh cantiknya istana ini! Kelihatan ramai orang yang berpangkat tinggi dan berpangkat diraja sedang berbual mesra antara satu sama lain.

Semasa Eryna sedang berjalan, Dean hilang di sisinya. Mana pula lelaki ini pergi? Anak mata melilau mencari kelibat Dean. Ish! Sudahlah dia tidak tahu jalan di Istana Yang besar ini! Macam itu sahaja Dean tinggalkan dia?

Ada seorang gadis yang cantik, agak tinggi mukanya di solek cantik datang ke Eryna.

"Hai! Awak buat apa dekat sini? Awak Eryna kan?" Soal gadis itu.

Another World | OGWhere stories live. Discover now