Malam selepas majlis menari, Eryna duduk di balkoni biliknya. Hembusan angin malam yang sejuk tidak dapat menenangkan hatinya yang resah. Kata-kata Puteri Amelia bermain di fikirannya."Dean itu aku punya, tiada siapa yang boleh ambil dia daripada aku."
Eryna menghela nafas berat. Dia bukan watak utama dalam dunia ini. Dean sepatutnya bersama Puteri Amelia, bukan dia. Dia cuma, watak sampingan yang tersesat di dunia ini.
Kedengaran bunyi pintu balkoni di buka. Dean melangkah keluar dari bilik lalu dia mendekati Eryna.
"Awak tak tidur lagi?" Soal Dean sambil bersandar di tepi pintu balkoni.
Eryna menggeleng. "Tak boleh tidur."
"Kenapa pula?"
Eryna teragak-agak seketika, memandang Dean sebelum memalingkan wajahnya kembali ke depan. "Awak dengan Puteri Amelia... awak ada hubungan dengan dia?"
Dean terkejut mendengar soalan itu. Dia memandang Eryna.
Dean menoleh, wajahnya penuh kebimbangan. "Mana ada. Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Kan saya dah berkahwin dengan awak, tak akan saya nak ada hubungan dengan dia pula. "
"Semalam, Amelia kata, 'Dean itu aku punya, tiada siapa yang boleh mengambil dia dariapada aku.' kalau tak ada kenapa dia cakap macam tu?"
Dean ketawa kecil. "Awak jangan percaya cakap dia, dia memang suka bergurau macam tu. Jangan ambil serius sangat. Kami tak ada hubungan apa-apa pun. Awak isteri saya."
'Awak isteri saya'. Ya,tiga perkataan itu buatkan Eryna terpana buat seketika. Sekali lagi dia merasakan perasaan yang aneh itu.
"Eryna?" Soal Dean. Eryna masih termenung.
"Saya masuk bilik dulu, ya?" pamit Eryna.
Sebelum Dean sempat berkata apa-apa, Eryna terus berjalan masuk ke dalam bilik, meninggalkan Dean terpinga-pinga di balkoni.
ERYNA tidak dapat tidur. Dia terjaga di tengah sepertiga malam. Eryna bangun lalu duduk, jam yang berada di dinding di sebelahnya di kerling. Baru pukul 3:40. Eryna termenung. Dia masih terfikir, kenapa hati ini berdegup kencang setiap kali dia melihat Dean? Mengapa perasaan itu semakin hari semakin susah untuk dikawal?
Dia tidak boleh membiarkan perasaan itu kuasai dirinya. Eryna tahu dia tidak sepatutnya berada di dunia ini. Ini hanya dunia dalam buku sahaja. Dan sekarang, dia perlu cari jalan untuk keluar dari dunia ini.
Eryna bangun dari tempatnya lalu dia keluar dari bilik itu, meninggalkan Dean seorang di dalam bilik. Istana ini, mungkin ada petunjuk untuk dia keluar dari dunia ini.
Perpustakaan Istana ialah tempat yang di pilih untuk mencari buku yang mungkin mengandungi petunjuk tentang cara untuk keluar dari dunia ini. Dengan langkah berjaga-jaga, Eryna menuju ke bilik perpustakaan.
Apabila Eryna tiba di hadapan pintu perpustakaan, dia membuka pintu perlahan-lahan. Bunyi pintu yang agak kuat sedikit membuatkan dia terkejut, tetapi dia tetap lajukan langkah. Perpustakaan ini luas, ada banyak rak buku tinggi dan besar. Jiwa pencinta bukunya menjerit. Kalau dia ialah dirinya yang dulu(Sara) mesti dia sudah menjerit. Eryna terkejut, tetapi dia perlu diam kerana takut nanti pengawal istana dengar.
Eryna mula mencari buku di rak-rak buku yang penuh dengan novel-novel dan buku lama. Dia mencari-cari buku yang mungkin dapat memberi petunjuk untuk dia keluar dari dunia ini. Setiap buku, dia baca dengan teliti. Tapi dia tetap tidak dapat lagi petunjuk untuk dia pulang ke dunia asalnya.
Ketika dia sampai ke satu rak yang paling tinggi. Di situ ada buku yang menarik minatnya. Lantas, dia mengambil kerusi yang berdekatan lalu dia memanjat kerusi itu untuk mencapai buku di rak yang tinggi itu. Kedengaran pintu bilik perpustakaan di buka. Namun Eryna tidak mendengar dan teruskan mengambil.
Dean, yang kebetulan sedang mencari Eryna yang tiba-tiba hilang semasa dia sedang tidur tadi ternampak Eryna sedang memanjat kerusi di dalam perpustakaan. Dean mengeruhkan dahinya. Apa yang perempuan tu buat?
"Eryna?" Ujar Dean memecahkan kesunyian.
Eryna terkejut, kerusi itu terundur sedikit lalu dia terjatuh ke belakang. Dean pentas berlari dan menangkap ya sebelum dia jatuh ke atas lantai. Jantung Eryna berdegup kencang. Bukan hanya kerana dia sudah mahu terjatuh, tapi kerana kenapa Dean tiba-tiba berada di sini?
"Awak okey ke, Eryna?" Soal Dean. Dean menurunkan semula Eryna ke bawah.
"Saya nak cari sesuatu." Jawab Eryna sambil mengambil semula buku yang terjatuh tadi.
"Cari apa?" Soal Dean lagi.
"Buku. Saya bosanlah. Saya tak boleh tidur, jadi saya nak baca buku untuk mengisi masa." Tipu Eryna.
"Awak suka baca buku?"
"Ya, saya suka sangat!" Jawab Eryna dengan teruja. "Awak?" sambung Eryna.
"Ya, saya pun. Saya tak tau pula awak suka baca buku. Tapi saya rasa lebih baik awak tidur dulu. Esok pagi nanti baru lah awak sambung baca buku. Tak elok terjaga malam-malam boleh sakit tau tak?" Ujar Dean. Serius.
Eryna mengangguk perlahan. "Baiklah." merasa sedikit lega dengan keputusan Dean. Mereka berdua berjalan keluar dari perpustakaan dan Eryna merasakan walaupun dia belum bersedia untuk mendedahkan semuanya, langkah kecil ini mungkin membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang dia benar-benar mahu.
Di sepanjang perjalanan, Dean dapat melihat Eryna seperti tidak tenang. Dia cuba untuk menenangkan Eryna.
"Awak tahu, kalau kita terlalu fikirkan sesuatu, ianya boleh menjadi masalah yang sangat berat." Kata Dean. Cuba menenangkan Eryna. "Lebih baik awak luahkan tentang apa yang mengganggu fikiran awak sebelum masalah itu akan menjadi lebih besar."
Eryna memandang Dean lalu tersenyum. Dalam perangai lelaki yang menjengkelkan itu ada baiknya juga.
Mereka berdua sudah sampai di bilik mereka. Pintu bilik dibuka lalu mereka berdua masuk ke dalam bilik. Dean melabuhkan punggungnya di atas katil.
"Kalau awak nak luahkan apa-apa, boleh bagi tahu saya. Kadang-kadang, meluahkan boleh meringankan masalah. Jangan pendam lama-lama."
Eryna tersenyum. "Terima kasih, Dean. Saya akan bagitau awak bila saya dah sedia nanti."
"Awak nak tidur atas katil pula? Biar saya pula yang tidur dekat bawah." Soal Dean.
"Betul ni?" Jawab Eryna. Dia pula yang menyoal. Sejujur nya, badan dia sudah sakit tidur di atas lantai. Dia ingin tidur di atas katil pula.
"Ya. Ataupun awak nak tidur bersama saya?" Jawab Dean. Terukit senyuman nakal di bibirnya.
Eryna terkejut. Mukanya sudah memerah menahan malu. Memang tidaklah! "T.. Tak nak saya! Kalau macam tu saya lagi rela tidur dekat bawah!"
Dean ketawa kecil. "Saya bergurau je lah. Saya faham kalau awak tak selesa. Biar saya tidur bawah. Awak tidur dekat atas katil."
Eryna menjeling Dean lalu dia bangun dan duduk di atas katil. Dean pula baring di atas lantai.
Dalam kegelapan biliknya, Eryna menutup matanya, berharap bahawa tidur akan membawa ketenangan dan membantu dia memikirkan jalan penyelesaian untuk cabaran yang dihadapi nya. Walaupun dia tau dia berada di tempat yang asing baginya, dia juga tahu bahawa setiap langkah yang diambilnya harus memastikan dia sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi apa sahaja yang datang. Mungkin satu hari nanti, dia akan ada ujian yang lebih berat.
______________________________________
Sorry sebab dah lama tak update. Dan maaf juga kalau saya ada tersalab dalam penulisan, ejaan, tatabahasa dan banyak lagi.
YOU ARE READING
Another World | OG
FantasyTengku Dean Arian x Eryna Natasya Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Sara Inara termasuk dalam Novel yang pernah dia baca yang bertajuk Princess Rania Amelia selepas kemalangan. Tetapi Sara ini hanya menjadi watak sampinga...