Bab 7

71 12 0
                                    


Pagi itu, Eryna menggeliat perlahan di atas tilam yang diletakkan di lantai, manakala Dean pula masih tidur di atas katil. Kedengaran dengkuran halus dari Dean, yang masih dibuai mimpi. Eryna tersenyum kecil.

"Dia ni betul-betul tidur macam batu." gumam Eryna kepada dirinya sendiri. Dia memandang Dean yang kelihatan sungguh selesa di atas katil, sedangkan dia perlu tidur di lantai. Walaupun tak selesa, dia berasa lebih tenang selepas melalui banyak peristiwa sejak tiba di dunia novel ini.

Dean bergerak perlahan di atas katil dan membuka matanya, memandang Eryna dengan senyuman separuh mengantuk. "Awalnya awak bangun, Eryna."

Eryna menjeling Dean. "Awal apa? Matahari dah nak naik! Lagipun, saya tak boleh tidur lama-lama kat atas lantai ni. Awak tidur kat katil sedap la."

Dean ketawa kecil dan bangun untuk duduk, menggosok matanya. "Kalau macam tu, malam ni kita boleh tukar tempat. Saya tidur bawah, awak tidur atas katil. Baru adil." Jawab Dean dengan nada bergurau.

Kening Eryna terangkat. "Huh, tak payahlah. Saya selesa kat bawah ni. Lagipun, kalau saya tidur kat atas, awak mesti nak tidur atas katil balik, sebab awak tak selesa tidur kat bawah."

Dean ketawa lebih kuat kali ini. "Awak dah kenal sangat saya ni."

Dean bangun dari katilnya dan mendekati almari yang tak terletak jauh dari katil. Almari di buka. "Jadi, apa rancangan kita hari ni? Kita nak ke mana?" soal Dean, dia memandang Eryna buat seketika.

"Apa kata kita pergi pasar lagi hari ni? Semalam seronok. Dan dengar cerita, hari ni ada pertandingan memasak dan tarian."

Dean mengangkat kening dengan wajah penuh minat. "Pertandingan memasak? Awak nak masuk? Saya rasa awak mesti kalah!"

Eryna tergelak kecil sambil mengangkat bahu. "Kita tengok nanti, siapa yang akan kalah! Lagipun, saya dah lama tak menari. Jom kita menari dulu, baru pergi pertandingan memasak."


SESAMPAI sahaja di pasar, suasana pagi itu meriah. Warna-warni gerai makanan dan barangan menghiasi setiap sudut, dan aroma makanan tradisional memenuhi udara, membuatkan perut Eryna terasa lapar. Dia memandang sekeliling dengan mata teruja, merasakan  suasana pasar yang menyambut mereka.

"Awak rasa, pertandingan tarian tu akan bermula bila?" tanya Eryna sambil memandang pentas yang berada di tengah-tengah pasar.

Dean memasukkan tangannya ke dalam poketnya sambil tersenyum. "Tak lama lagi kot. Tapi kalau awak nak masuk pertandingan masak, saya harap awak dah bersedia untuk kalah."

Eryna menjeling Dean dengan senyuman sinis. "Kita tengok nanti siapa yang kalah. Tapi sebelum tu, jom kita tengok apa yang menarik kat sini."

Mereka berdua berjalan  melalui pasar. Di salah satu gerai, seorang peniaga yang dikenali Eryna dari semalam melambai ke arah mereka. "Wah, Eryna! Macam mana dengan makanan yang awak cuba semalam? Sedap tak? " soal peniaga itu sambil tersenyum.

"Sedap sangat! Saya nak cuba lagi hari ni," balas Eryna. Dia berasa semakin rapat dengan peniaga di pasar itu selepas pertemuan pertama mereka.

Tiba-tiba, pengacara di pentas utama mengumumkan permulaan pertandingan tarian. Eryna memandang Dean dengan tajam. "Awak berani ke nak menari atas pentas ni?"

Dean tertawa kecil. "Kenapa tak? Tapi kalau awak kalah, jangan salahkan saya."

Mereka berdua berjalan ke arah pentas, dan apabila mereka sampai, Eryna tiba-tiba mengajak peniaga yang rapat dengannya untuk menari bersama. "Jom la, awak semua pun boleh menari sekali! Lagi ramai lagi meriah!" ujar Eryna dengan penuh semangat.

Beberapa peniaga tersenyum dan mengangguk, menyertai dengan mereka di atas pentas. Muzik tradisional mula dimainkan, dan suasana menjadi lebih meriah. Eryna dan Dean menari dengan bebas, sambil ketawa dan bergurau. Mereka turut mengikut rentak Eryna.

Dean cuba meniru gerakan Eryna, tetapi gagal dengan kelakar. "Okay, okay. Saya tak pandai menari. Saya mengaku." Dean mengangkat tangan tanda menyerah, dan semua orang ketawa besar melihat gelagatnya yang mencuba.

Selepas tarian berakhir, pertandingan memasak dimulakan. "Sekarang, pertandingan memasak akan bermula! Siapa yang berani mencabar raja masak pasar kita hari ini?" jerit pengacara dengan semangat.

Dean tersenyum sambil memandang Eryna. "Dah tiba masanya. Awak dah sedia ke untuk kalah?"

"Saya dilahirkan untuk menang, Dean." Ucap Eryna dengan yakinnya.

Pertandingan bermula dengan riuh rendah. Setiap peserta diberi bahan-bahan asas, dan mereka perlu mencipta hidangan paling kreatif dalam masa yang ditetapkan. Dean mula memasak dengan penuh tumpuan, tetapi Eryna lebih tenang dan cekap dalam gerak-gerinya.

Dean cuba menyiapkan hidangan yang kelihatan rumit, tetapi ketika hampir selesai, dia tersalah langkah, menumpahkan  sos ke dalam periuknya. "Haish! Kenapa benda ni tak ikut arahan?" gumam Dean, yang mula panik. Eryna dari sebelah hanya memandang sambil tersenyum sinis.

Akhirnya, setelah masa tamat, juri datang untuk mencuba hidangan mereka. Eryna dengan bangga menghidangkan masakannya yang ringkas tetapi sedap. Dean kelihatan sedikit cemas, memandang hidangannya yang tidak berapa jadi.

Selepas menjamah kedua-dua hidangan, juri mengumumkan keputusan. "Pemenangnya... Eryna! Masakan dia seimbang dari segi rasa dan kreativiti."

Dean memandang Eryna dengan mulut ternganga. "Apa? Saya kalah? Tak mungkin!" Dia berusaha untuk tidak ketawa, tetapi akhirnya ketawa bersama yang lain.

Eryna hanya mengangkat bahu sambil tersenyum. "Saya dah kata, saya takkan kalah. Awak yang terlalu yakin."

Dean menjeling Eryna, tetapi hanya main-main. "Awak memang selalu buat saya terkejut, Eryna. Tapi jangan risau, saya akan balas dendam di pertandingan lain nanti."

Eryna ketawa kecil. "Kalau awak boleh menanglah."

Mereka berdua ketawa bersama, menikmati suasana meriah di pasar hari itu. Kadang-kadang mereka sambung menari, juga mereka berdua sambung gelak ketawa, dan berbual-bual. Eryna berasa sangat seronok hari ini. Namun, dia tetap terfikir bagaimana dia mahu keluar dari dunia ini.

______________________________________

Terima kasih sebab baca!

Sorry kalau bab ni sikit sangat, ayat berterabur, dan terlalu laju. Maaf juga kalau saya ada kesalahan dalam penulisan, ayat dan tatabahasa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Another World | OGWhere stories live. Discover now