«
Peringatan mesra;
Penulis ialah seorang delulu tegar.Prepare your heart for
some cringiness. ☠️
..
Memandangkan episod Tricky House yang sedang mereka jalani pengambaran kali ini akan ditayangkan pada 11 November , maka di akhir episod itu disertakan bonus game ;
Pepero Game !
Muka setiap ahli sudah mula berubah, memaparkan dengan jelas bahawa mereka tidak rela.
Ada juga yang memprotes dan menjerit geli.
Setelah pelbagai teriakan, komen serta komplen yang telah mereka suarakan, permainan dimulakan.
Disebabkan masing-masing tidak mahu, hanya ada dua pasangan sahaja yang akam menjayakan permainan tersebut.
Hyunwoo berdiri di hadapan yang lain, memilih Junghoon menjadi pasangannya.
" Arrghhh, tak sanggup tengok.
Dengar saja pun dah geli-geli rasa. ", ujar Sumin.
" Tapi selagi bukan aku yang kena, tak mengapalah, let's just enjoy the show. ", monolognya sendiri.
Pada awalnya, semuanya normal sahaja.
Hyunwoolah yang menggigit hujung pepero menuju ke arah Junghoon manakala Junghoon hanya berdiam diri.
Namun ketika pepero itu hanya tinggal sekitar 6.5cm, Junghoon bingkas memegang baki biskut itu,
dipatah-patahkannya menjadi beberapa cebisan kemudian disuapkan semuanya secara kasar ke dalam mulut Hyunwoo.
Bukan setakat members, para staf yang berada di situ juga dibuat terkekeh dengan kelucuan Junghoon.
Jinsik yang telah terduduk di lantai memegang perutnya sambil menyingkirkan air matanya kerana tertawa begitu kuat.
Hyunwoo pula menutup mulutnya, turut menahan tawa.
Seterusnya, tibalah giliran Seeun dan Yujun.
Mereka berdua telah berdiri menghadap antara satu sama lain.
Belum sempat permainan dimulakan, Yujun sudah beberapa kali berundur ke belakang sambil menolak-nolak tubuh Seeun yang semakin dekat dengannya.
Sehinggalah Yechan berdiri di belakang Yujun— menahannya daripada terus bergerak ke belakang.
Seeun tahu, Yujun masih tidak berada dalam terma yang baik dengannya.
Banyak perkara yang Yujun kesali dengan dirinya, namun Seeun tak memaksa.
Dia juga terpaksa berada di sini, terpaksa bermain permainan kuno yang sekian lama telah dilupakan oleh para K-Idol.
" Yujun, duduk diam-diam. ", tegur Junmin.
" Hyunglah yang main, saya tak mahulah. ", balas Yujun.
" Jangan banyak cakap.
Okay, hana, deul, set..
시작 sijak (mula) ! ", arahnya tiba-tiba.
Mendengarkan itu, Yujun menstatikkan dirinya.
Tak tahu dia mahu berbuat apa.
Seeun mula menghakis jarak antara mereka.
Bunyi-bunyi, sorakan serta entah apalah yang boleh dipanggil lagi, suara yang nyaring, bising serta riuh memenuhi studio tersebut.
YOU ARE READING
[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)
Fanfictionbxb fluff & Malay | Bahasa Melayu These might be silly drabbles/shorts/one-shot ff but wwehe, saya suka. ✉