•24

23 4 0
                                    

"haih manalah si Ila ni." Ucap Rie seorang diri. Dia kini di hospital bersama adiknya, Shila. Rie menemani Shila ke hospital untuk melawat kawan baiknya. Qaisarah, Allyssa dan Amira tidak ikut kerana ada urusan.

Rie berjalan mundar mandir menunggu adiknya. Pergi tandas ke buat tandas?

Sedang dia mundar mandir, ada seorang gadis yang tidak sengaja melanggar bahu Rie.

"Sorry saya tak.... Eh kau?!" Ucap Reen. Ye dia lah gadis yang terlanggar Rie itu. Rie memandang Reen. Entah kenapa, hatinya berdegup kencang. Sudah lama mereka tidak bertemu.

"Eh bocil, kau sihat? Lama betul kau dekat hospital eh." Ucap Rie. Reen menajamkan matanya.

" Eh kerek, boleh tak kau jangan panggil aku bocil?" Tanya Reen sambil menyilangkan tangan di dada.

"Tak adillah kalau kau panggil aku kerek, tapi aku panggil kau Reen. Hidup ni kena ada keadilan." Ucap Rie dengan senyuman anehnya.

"Mana Shila?" Tanya Reen cuba mengalihkan topik. " Buat apa cari Shila? Dengan aku jelah!" Ucap Rie mengusik Reen.

Reen menyampah. Reen nak putarkan masa sewaktu dia tahu Rie ialah abang Shila.

Flashback...



Dua minggu sebelum cuti raya, Shila mengajak Reen, Alyssa, Qaisarah dan Amira untuk membuat kerja di rumahnya. Padahal nak main.

Sewaktu bermain bersama, Reen nampak Rie yang datang dengan menunggang motosikal.

" Eh kenapa senior sekolah kita ni ada kat sini?" Tanya Reen. " Eh kau tak tau? Ini lah abang ila." Ucap Amira. Reen terkejut. Fikir abang Shila orang yang baik bahkan sopan rupanya senior terpaling kerek.

" Ha bang mana aiskrim yang aku kirim?" Tanya Shila. Rie menghulurkan plastik berisi aiskrim pada Shila. Dia menoleh ke belakang adiknya dan melihat Reen.

Mereka berdua memandang satu sama lain.

" Itu siapa?" Tanya Rie pada Shila. Shila menoleh ke arah Reen. " Kawan akulah! Cantik memang, dia ikut muka aku, sebab tu cantik!" Ucap Shila dengan bangganya. Rie menonjol kepala adiknya.

"Lain yang aku tanya, lain yang kau jawab." Ucap Rie. Dia berjalan ke arah Reen. " Kau ni budak yang tanya aku mana dewan lepas tu jeling aku kan? Orang dah tolong nak menjeling pulak." Ucap Rie menyilangkan tangan di dada.

" Eh tolong sikit eh, aku jeling sebab kau tunjuk dewan dengan cara tak ikhlas, muka kerek!" Marah Reen.

"Taknak kalah eh kau bocil." Ucap Rie. Reen memandang Reen tajam. " Suka hati kau je panggil aku bocil, nama aku Reen!" Ucap Reen marah. Entah kenapa Rie buat dia naik angin padahal baru jumpa.

"Aku Rie. Dan ya suka hati aku nak panggil kau apa. Kau boleh panggil aku kerek takkan aku tak boleh." Ucap Rie ingin kemenangan. Reen menghembuskan nafas kasar. Rie tersenyum lalu masuk ke dalam rumah.


Flashback end...

Sejak dari itu, Rie sentiasa mengganggu Reen. Tapi ketika depan ramai orang, Rie akan menjadi sombong dan menjengkelkan bila dengan Reen.

Reen pun tak faham apa masalah abang Shila ni. Sakit agaknya.














Bersambung...



* Chapter baru. Sape dah baca cerita Amai lagi satu, amacam best tak? Ha best huhu amai tau🤭 hehe dah la, mcm biasa jgn lupa vote. Byeee


RIEREENWhere stories live. Discover now