•27

10 3 2
                                    

Reen dan Rie akhirnya sampai ke wad Reen.

"Assalamua- HAPP" belum sempat menghabiskan salam, wajah Rie telah dibaling dengan bantal.

"Eh pahal kau ni?!" Tanya Rie sambil memarahi Shila. Ye Shila yang membaling bantal itu tepat di muka Rie. Dia geram kerana abangnya membawa Reen keluar dari wad.

"Kau tu ha?! Bawa lari anak dara orang kenapa?! Dah hilang akal ke?! Kita ni sekolah lagi lah!!!!" Marah Shila. Dia tak sanggup kawannya dibuang kerana nafsu abangnya sendiri. Itulah yang difikirkan Shila.

"Eh burung unta, aku ni masih ada iman lagi lah, tak ada masa aku nak apa-apakan dia ni. Bukan taste aku. " Ucap Rie menjeling Reen.

"Aku jalan-jalan kat taman je Ila, aku tak pergi mana pun. Aku jumpa si senget ni pun waktu nak balik dari taman." Ucap Reen memandang sinis pada Rie.

Seakan dapat membaca minda, Rie tahu bahawa Reen menyuruh dia untuk merahsiakan perkara tadi.

"Haah, dah alang-alang tu aku temanlah dia.  Mana tahu ada orang gila datang cengkam tangan and nak tarik dia ke suatu tempat. " Ucap Rie tersenyum sinis sambil menaik turunkan keningnya pada Reen.

Reen menjeling Rie.

"Tak payah risau, aku kenal Reen. Dia pandai silat, mesti dia belasah orang tu nanti." Ucap Shila. Reen tersenyum lega.

Syukur orang tidak berfikir pelik dengan apa yang Rie cakapkan.















Bersambung..

*Lamanya tak update 😭 btw thanks untuk 1k view, love you guys.🤍

RIEREENWhere stories live. Discover now