•25

28 5 0
                                    

"siapa lelaki tadi?" Tanya doktor Faiz. Reen terpinga-pinga. "Lelaki mana yang doktor Faiz maksud ni?" Tanya Reen. Doktor Faiz memandang Reen dengan tatapan tajam.

"Jangan main-main Reen, tadi saya nampak awak berborak dengan seorang lelaki dekat lobi hospital!" Tengking doktor Faiz. Reen tersentak dan mengundur selangkah ke belakang.

"Huftt....Sorry Reen saya tak sengaja." Ucap doktor Faiz dan berjalan ke arah Reen. " Saya bukan tak suka awak cakap dengan orang lain cuma saya cemburu." Ucap doktor Faiz lagi sambil mengusap kepala Reen dengan lembut. Reen diam membeku.

"Awak fahamkan?" Tanya doktor Faiz. Reen tersedar dari lamunan ketika jari kelingking doktor Faiz menyentuh pipinya. Dia mengundur ke belakang lagi. Untungnya mereka di dalam bilik rawatan doktor Faiz.
Reen kebetulan lalu di depan bilik ini dan doktor Faiz menyuruh dia masuk ke dalam.

"Maaf doktor, saya balik wad dulu." Ucap Reen. Dengan cepat dia melangkah keluar dari bilik rawatan itu. Doktor Faiz yang melihat tingkah Reen tergelak kecil.

'cute.' ucap doktor Faiz pelan sambil menghidu tapak tangannya yang digunakan untuk mengusap kepala Reen. 'hm wangi hehe.' ucap doktor Faiz lagi dengan gelak kecil.

-
-
-
-
-

Reen berlari dari bilik rawatan doktor Faiz ke wadnya. Entah kenapa dia rasa perangai doktor Faiz sangat pelik. Sedang dia berlari tiba-tiba dia terlanggar seseorang sehinggakan dia dan orang itu terjatuh.

"aduhh, woi kau as- eh kau, Rie?!" Ucap Reen. Rie yang dipanggil pun bangun dari duduknya dan membersihkan baju bahagian belakang. Dia memerhatikan Reen.

"Eh cuba lain kali tengok jalan dulu, kau tahu tak yang kau dah kacau mood berlari aku? Aku ni susah nak lari tau!" Ucap Reen sambil marah.
Rie masih menghiraukan ucapan Reen. Dia memandang gadis itu lama.

"Apa hal kau ni hah?!" Jerit Rie. Semua orang yang ada di koridor hospital memandang ke arah mereka berdua. Reen terkejut lagi. Semenjak masuk hospital, dia sudah banyak terkejut.

"Sini kau." Ucap Rie sambil menarik pergelangan tangan. Reen yang ditarik secara paksa mula panik. " Eh kau ni dah kenapa?! Lepaslah!" Jerit Reen. Rie diam. Dia mencengkam kuat tangan Reen. Mereka akhirnya berhenti di kerusi kosong. Di kerusi itu terdapat beg kertas dan beg tangan perempuan.

"Duduk." Ucap Rie dengan dingin. Reen diamkan diri. Dia ingin menangis kerana Rie mencengkam tangannya begitu kuat.

"I said,sit down." Ucap Rie sambil memandang Reen. Reen duduk di kerusi itu. Ketika Rie ingin duduk di sebelah Reen, gadis itu menjarakkan diri mereka.

"Ck. Tak payahlah jauh-jauh, sini tangan kau." Ucap Rie sambil menarik tangan kanan Reen. Reen diam tak bergerak. Dia nampak Rie mengeluarkan tisu, ubat luka dan pembalut dari beg kertas. Reen pelik dan memandang tangannya.

Tangan Reen yang mempunyai jarum mengeluarkan darah yang banyak. Darah itu keluar ketika Reen berlari ke arah wadnya. Reen pun tak perasan darah itu mengalir di tangannya.

"Aku minta maaf sebab kasar tadi. Sebenarnya memang tengah marah, tapi kau pula kena tempias. Aku minta maaf sangat. Mesti kau takutkan?" Ucap Rie sambil membersihkan darah di tangan Reen dengan lembut dan berhati-hati.

'lembut juga dia ni bila dengan perempuan. Tak macam doktor Faiz..' ucap Reen dalam hati. Dia memandang wajah Rie yang sibuk mencuci darah.

"Sebelum aku balut tangan kau, aku nak tanya." Ucap Rie sambil memandang Reen. Dengan cepat Reen memandang ke arah lain. "Ha kau nak tanya apa?" Tanya Reen tanpa memandang Rie.

"Tangan kau rasa pedih tak? Darah kau ni keluar sebab jarum tergesel dekat kulit. Yang kau, darah kat tangan pun tak perasan." Ucap Rie.

"Sakit tu tak sangat, pedih sikit je." Ucap Reen. Rie menghembuskan nafas. Dia merapatkan mukanya ke tapak tangan Reen lalu meniup dengan perlahan. Reen yang diperlakukan seperti itu terkedu. Mukanya merah seperti tomato.

"Aku balut ye." Ucap Rie sambil membalut tangan Reen. Tak sia-sia Shila masuk PBSM, adiknya banyak ajar cara rawat orang kalau terluka kecil.

"Ha dah." Ucap Rie sambil memandang Reen. " Terima kasih." Ucap Reen, mukanya masih merah. Rie tersenyum." sama-sama kasih" balas Rie.

"Eherm." Seseorang datang lalu berdehem. Reen dan Rie memandang orang yang berada di depan mereka.
"Doktor Faiz..." Ucap Reen sambil menunduk. Dia masih teringat peristiwa tadi.

"Awak buat apa kat sini Reen? Tadi awak kata nak balik wad kan? Sekarang awak balik wad ye, saya hantar awak." Ucap doktor Faiz sambil mendekati Reen.

"Tak apa doktor, saya boleh balik sendiri." Ucap Reen dengan senyum dibuat-buat. Doktor Faiz mengangguk. "Tak apa biar saya teman, jom." Ucap doktor Faiz sambil menarik tangan kiri Reen. Baru sahaja ingin berjalan, tapi langkah mereka terhenti.

"Dia dah katakan yang dia tak nak, kenapa doktor masih nak paksa? Doktor siapa?" Tanya Rie dengan muka dingin. Dia menahan Reen dengan memegang tangan kanan gadis itu.

Posisi Reen kini berada ditengah-tengah dimana tangan kiri digenggam oleh doktor Faiz dan tangan kanan digenggam oleh Rie.

"Maaf, awak siapa ye nak sibuk hal orang?" Tanya doktor Faiz dengan senyum manisnya. Rie memandang doktor Faiz dengan tajam.
"Saya Rie, senior sekolah Reen dan abang kawan Reen. So bermakna kat sini saya rapat dengan Reen. Boleh doktor lepaskan dia?" Tanya Rie dengan senyum sinisnya.

"Rapat? Oh awak belum kenal saya. Saya doktor Faiz, Reen dulu panggil saya abang iz, kata dia nama manja haha. Kitorang ni dah kenal dari Reen darjah 2 tau, so siapa yang dapat Reen sekarang? Awak atau saya?" Tanya doktor Faiz sambil menarik turunkan keningnya.

"Jom Reen kita balik wad." Ajak Doktor Faiz sambil menarik tangan Reen. " Reen akan balik wad dia dengan saya!" Tengking Rie sambil menarik Reen ke arahnya dengan kuat. Tangan kiri Reen yang digenggam doktor Faiz hampir terlepas.

"Boleh tak awak jangan sibuk? Baik awak urus diri sendiri. Kawan Reen adik awak kan? Pergilah urus adik awak tu, jangan masuk campur urusan Reen." Ucap doktor Faiz dengan senyum meremehkan Rie.

"Urusan Reen..." Ucap Rie sambil mengeratkan genggamannya. "Urusan aku juga!" Jerit Rie sambil menarik Reen sekuat hati hingga terlepas dari genggaman doktor Faiz. Reen ditarik ke belakang badan Rie.

"Kau dah uji kesabaran aku."









































Bersambung

Walawooo.. amacam new chapter? Good or bad? Sorry if lama tak post, ilham tak laa😔
Hope korang suka Yee, jangan lupa vote... Muah cikit





RIEREENWhere stories live. Discover now