T.P. (Prolog) | L A R I

298 36 11
                                    

If anyone is reading this-

Assalamualaikum & hai!

Setelah sekian lama wattpad saya berhabuk, I'm back with a new story. Cerita kali ni berbeza sikit daripada sebelum-sebelum ni, tapi saya harap korang suka.

Happy reading!


― 



PROLOG

DALAM keadaan tercungap-cungap, dia berlari. Dapat dia dengar derapan di belakang.

Insan itu masih mengejar dia!

"Tengah lari lagi? Kau nak ke mana?"

Tiba-tiba insan itu bersuara dengan kuat. Sengaja, agar dia dengar dan dirusuh ketakutan.

Ya, insan itu berjaya.

Sememangnya dia sedang menggeletar hebat tika ini. Berkali-kali kakinya jadi lembik tapi dia tetap mengheretnya.

Fokusnya kini, bukan cuma untuk melarikan diri. Dia juga mahu menuju ke suatu tempat. Dia mahu musnahkan tempat itu. Hanya dengan cara itu, semua kegilaan ini akan berakhir!

"Kau..." Sekali lagi insan itu menyeru. "Celaka. Kau bukannya lari untuk menyorok daripada aku. Kau memang nak ke sana, untuk rosakkan rancangan aku!"

Mendengarkan itu, matanya sontak membulat. Rancangannya sudah ketahuan! Insan itu dapat baca fikirannya!

Tanpa berlengah, dia berlari dengan lebih laju. Nampak saja pintu di depan sana, hatinya memekar dengan harapan. Tangan mula memanjang untuk menolak daun pintu tersebut, tapi...

"Ah!"

― 

Boleh sambung baca bab-bab seterusnya!

T.P.Where stories live. Discover now