T.P. (Bab 8) | K A T A K

40 9 0
                                    


BAB 8

SEJAM. Mereka ada sejam untuk berehat, sebelum permainan seterusnya bermula. Tetapi mereka duduk berasingan di dalam dewan ini, tanpa merehatkan badan, jauh sekali melakukan sebarang perbincangan.

Ijol duduk seorang diri sambil menggigit kuku.

Winter menangis sementara Uqasha mengusap lembut belakangnya.

Che Di mengongoi mengenangkan kematian Xander yang agak tragis. Di sebelahnya, Gita sekadar menemani tanpa suara.

Luhan duduk bersendirian tetapi kepalanya bingit memikirkan apa yang telah terjadi kepada mereka.

Puspa, Nathan dan Yolanda duduk di barisan yang sama. Tetapi Yolanda hanya termenung kosong manakala tubuh Puspa masih menggeletar. Nathan yang sedari tadi memerhati Puspa, perlahan-lahan menyentuh buku jemari wanita itu.

Bahu Puspa terenjut dek terkejut. Laju dia berpaling ke kanan. Ketika Nathan menggenggam jemarinya, Puspa relakan saja. Malah kini, dia membalas genggaman Nathan dengan lebih kejap. Sungguh, dia perlukan ketenangan Nathan detik ini.

Kalai yang berdiri di hadapan pintu, tiba-tiba hilang akal. Dia sepak-sepak pintu dewan sambil menghamburkan hamunan demi hamunan.

Tak ada hatta seorang yang berani menegur mahupun melarang Kalai.

Luhan bagi isyarat mata kepada Nathan. Sesungguhnya, hanya Nathan seorang yang boleh bersemuka dengan Kalai kerana fizikal mereka lebih kurang sama, dan Nathan juga gagah seperti Kalai. Namun, Nathan menggeleng sahaja. Biarlah Kalai lepaskan perasaan dulu.

Selang beberapa minit, tiba-tiba Kalai meluru ke arah Puspa. Dia berdiri tepat di hadapan wanita itu, kemudian kedua-dua tangan Kalai berpaut pada kepala kerusi yang diduduki Puspa. Tajam sepasang mata Kalai.

"Kau nak apa? Tepilah!" Nathan tepis tangan Kalai tapi Kalai kembali memenjara Puspa di tempatnya. Mahu menolak Kalai tapi Nathan lihat, mata Puspa juga galak. Langsung tidak menampakkan rasa takutnya di hadapan Kalai. Malah kini, Puspa berpeluk tubuh.

Sudahnya, Nathan membiarkan sahaja. Dia yakin Puspa cukup berani untuk bersemuka dengan Kalai.

"Terus terang dengan kita orang, Puspa. Apa semua ni? Siapa yang mulakan game bodoh ni? Macam mana kau boleh tahu beberapa syarat dan hukuman dalam game tu?" Kalai menyoal. Dia tahu semua mata tertumpu kepada mereka.

Biarkan saja.

Kalai yakin, mereka juga mahu mendapatkan jawapan yang sama.

"Berapa kali aku nak ulang? Aku pun tak tahu. Aku cuma rasa deja vu. Itu aje." Jujur Puspa memberi jawapan. Ekor mata nampak air muka Nathan berkocak sedikit.

Alih-alih, Gita pula yang bertanya.

"Deja vu berlaku kalau kita rasa kita pernah lalui situasi tu. Tapi, kita tak pernah main game tu semua. Apa yang membuatkan kau rasa deja vu pula? Ada apa-apa yang trigger kau?"

"Tahu pun. Kita membesar bersama. Segala apa yang aku main, semestinya kau orang ikut serta atau tengok aku main. Pernah ke, kita main Teng Teng? Ada sesiapa pernah nampak aku main Teng Teng, atau bercakap pasal Teng Teng? Tak pernah, kan?" Puspa harap, jawapannya mampu memadam segala prasangka mereka. Sejujurnya, Puspa juga letih mahu menjawab isu yang sama berkali-kali.

"Betul juga. Lagipun, Puspa tak pernah tipu kita. Aku percayakan dia," kata Ijol seraya tersengguk-sengguk mengiakan.

Semakin kuat Kalai mencengkam kepala kerusi. Nak marah, tapi dia tak boleh lepaskan amarahnya tanpa sebab. Sementelah, kata-kata Puspa dan Ijol ada benarnya.

T.P.Where stories live. Discover now