T.P. (Bab 14) | B O N U S

61 4 7
                                    


BAB 14

BEEEPPP!!!

Tiba-tiba tubuh Yolanda dan Luhan terbaring longlai. Keadaan jadi hening serta-merta. Puspa juga tergamam sesaat dua, sebelum dia bergegas mendapatkan rakannya. Kepala Yolanda diangkat lalu dia baringkan di atas ribaannya.

"Da. Yolanda. Bangunlah." Puspa tepuk-tepuk bahu dan pipi Yolanda. Dia lihat, Luhan sudah sedarkan diri dan kini dibantu Nathan untuk duduk bersila. Puspa panggil rakannya sekali lagi. "Da..."

Barulah Yolanda mencelik. Mata berpinar lalu Yolanda memejamkan mata semula. Selang beberapa saat, penglihatan Yolanda kembali cerah.

"Pelik." Sepatah perkataan Gita menarik semua mata ke arahnya. "Dia orang cuma kena karan sekali aje. Tak sama macam sebelum-sebelum ni."

Yolanda menghembuskan nafasnya panjang. Walaupun cuma sekali, ia sudah cukup menyakitkan.

"Kalau tadi tu hukuman sebab dia orang gagal... Kenapa lain pula hukumannya?" Gita masih memerah akal untuk berfikir.

"Kau mengharapkan dia orang kena karan berkali-kali?" selar Uqasha.

"Taklah. Aku cuma pelik. Mesti ada sebab..."

"Sebab apa? Eh, Gita. Tak payah beria sangat nak faham otak dialah. Dari awal lagi, tak ada apa yang logik pun kat sini," potong Che Di. Tahulah Gita itu budak bijak dan selalu work by the book tapi buat masa sekarang, segalanya tak lagi sejelas black and white. Terpaksa Che Di akui kata-kata Puspa beberapa jam lepas, benar.

"Tapi..."

Terjeda bicara Gita tatkala bunyi nyaring memenuhi dewan.

"Permainan Lompat Tikus ini merupakan pusingan bonus. Tiada spy, tiada pemenang dan tiada sesiapa yang gagal. Tahniah! Kalian semua berjaya mara ke permainan seterusnya."

"Bonus?" Satu perkataan itu diulang sebut oleh beberapa orang.

"Maksudnya, tadi tu sia-sialah?" Winter menyoal dengan riak tak puas hati.

"Aku dah agak," kata Ijol pula.

"Semua jujur sekarang! Kertas apa yang kau orang pilih tadi? Semua dapat player?" Meninggi suara Kalai sewaktu dia memandang Puspa, Yolanda, Gita, Nathan dan Luhan. Dalam masa yang sama, Kalai tunjuk kertas yang dipilihnya tadi.

Terpampang perkataan 'player' di situ.

Barangkali kelima-lima rakannya juga penasaran, maka cepat-cepat mereka tunjuk kertas pilihan masing-masing.

Benarlah apa yang dikata. Hanya ada 'player' yang tertulis. Tiada seorang pun yang menjadi spy di dalam permainan tadi.

"Dia permainkan kita!" Kalai menghamburkan cacian tanpa tapisan. Dia benar-benar berang.

"Permainan seterusnya akan bermula dalam masa sejam lagi. Semua pemain diberikan peluang untuk berehat. Arahan baharu akan diberikan pada permainan seterusnya. Selamat berehat dan selamat maju jaya."

Keadaan kembali hening.

Nampaknya, ada lagi yang menanti mereka selepas ini.

Puspa yakin akan sesuatu.

Apapun permainan seterusnya, ia pasti lebih berbahaya berbanding Teng Teng dan Lompat Tikus. Dan...

"Kau orang sedar tak? Sebenarnya, bukan kita players utama semua permainan ni. Tapi, dia. The Player. Dia enjoy bermain menggunakan kita, dan dia permainkan kita semua," kata Puspa sambil memandang ke kawasan pembesar suara.

"The Player..." Nathan ulang frasa nama itu, sebelum dia mengangguk bersetuju.

Betullah.

Pemain utama adalah The Player. Bukan mereka.


So... the title is hereee.

THE PLAYER

Agak-agak siapa yang menang? Siapa yang akan bertahan? Atau, tak ada sesiapa yang akan selamat?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Agak-agak siapa yang menang? Siapa yang akan bertahan? Atau, tak ada sesiapa yang akan selamat?

Oh ya. Ini merupakan bab terakhir THE PLAYER di sini. Insya Allah lepasni boleh baca kisah Puspa & The Player dalam buku. Insya Allah preorder akan dibuka dalam masa terdekat. Jangan lupa dapatkan yaa!

Again, ini kali pertama saya buat cerita seperti ini, jadi saya pun tak tahulah apa hasilnya. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja. Aminnn.

Terima kasih yang setia baca, dan yang rajin tinggalkan komen! May Allah bless you, forever. Amin 💙

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

T.P.Where stories live. Discover now