𝚂𝚎𝚗𝚢𝚞𝚖𝚊𝚗 𝚃𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛

373 14 0
                                    

Petang Suffiya keluar untuk membeli barang meskipun tadi Daiyan menawarkan diri untuk menemani atas kerisauan terhadap Suffiya namun di tolak berkali - kali risau jika ibu akan berleter lagi seperti semalam bukan dia tidak dengar ia jelas dan padat apa yang di katakan oleh kedua ibubapa nya . Basikalnya di kayuh menuju ke kedai tidak jauh daripada rumah mereka. 

" Mana budak tak guna tu? " soal En. Rozaimie melihat sekeliling mencari kelibat Suffiya. Daiyan hanya melepaskan keluhan berat .

" Ada pergi kedai beli barang. " jawab Daiyan sekadar basa - basi . Dia sangat tidak gemar dengan sikap ayah dan ibu nya itu .

" Patut lah . Petang ni kita pergi rumah Haji Aziz. " kata En.Rozaimie kepada anak sulungnya itu . Daiyan hanya angguk sahaja .

Suffiya mengayuh basikal sambil dia menikmati pemandangan sawah padi di kiri dan kanan nya. Dia jarang keluar daripada rumah itu jadi tak dapat dia menikmati ciptaan Tuhan. Mercedes AMG GT BLACK SERIES di pandu oleh Fayyad sempat dia mengerling ke arah sekeliling rasa lama dia tidak pulang ke kampung Baba nya itu .
Sedang dia melihat sekeliling secara tidak sengaja dia seperti terlanggar sesuatu!

" Aduh .... Kereta mahal tapi tak pandai bawak . " bebel Dara sempat dia kerling ke arah kereta Mercedes AMG itu .

Fayyad keluar daripada kereta mendapati dia tidak sengaja melanggar seorang gadis atas bawah dia memandang wajah Suffiya namun cepat - cepat dia tersedar lalu mengangkat basikal milik gadis itu.

" Aku minta maaf sebab terlanggar kau . " ujar Fayyad memandang ke arah Suffiya yang sudah memasam mencuka .

" Lain kali ..... "

" Ye aku tahu yang aku salah . Lagipun aku jarang balik kampung jadi masa aku drive  jadi jakun lah kejap maklumlah lama tak balik sini . Sekali lagi aku minta maaf . " pintas Fayyad dia tak mahu dengar gadis ini sembur dia . Perempuan kan tak pernah salah .

" Awak .... ni .... hishh!! Dasar orang kaya . " bidas Suffiya berlalu pergi bersama basikal nya itu . Fayyad mengerutkan dahi nya lalu tertawa kecil melihat gadis itu . Comel .

Tanpa berlengah Fayyad masuk semula ke dalam kereta nya menuju ke rumah datuk dan nenek nya itu . Setiba dia di sana memang di sambut meriah! Maklumlah cucu paling susah balik kampung.

" Assalamualaikum Atok , Nek . Sihat ? " soal Fayyad sambil bersalaman dengan Nek Timah dan Atok Aziz. 

" Waalaikumussalam. Kami berdua ni sihat je Yad " jawab Atok Aziz sambil menepuk bahu cucu nya itu .

" Ha along , masuk lah berehat dulu nanti baru tolong kami. " kata Uwais dengan wajah selamba sahaja , Fayyad menjeling kan mata sahaja tahu sangat perangai adik nya itu. 

" Itulah apa kata along rehat dulu ? Kalau kami suruh sekarang takut kena ligan dengan senapang atok! " giliran Umair pula membuatkan Tan Sri Amzar ketawa . Ada saja kedua anak nya itu .

" Akal korang ni boleh tahan panjang, dari kecil sampai besar . " Fayyad geleng kepala sahaja lalu mengatur langkah menuju ke bilik tidur untuk rehat sebentar petang kejap lagi lah dia tolong mereka .

•••

Encik Rozaimie berborak dengan orang kampung sementara menunggu mereka untuk memasang khemah di halaman rumah Atok Aziz . Puan Suhana , Suffiya dan Daifa pula berada di bahagian dapur sibuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan . Daiyan baru sahaja tiba mengatur langkah ke arah ayahnya namun seseorang datang menegur nya .

" Bro lama tak jumpa. " tegur Fayyad sambil dia tersenyum kecil.

" Yad , bila kau sampai ? Lama jugak lah sejak aku ambil keputusan untuk kerja kampung saja." jawab Daiyan dengan nada menyimpan seribu makna . Fayyad mengerutkan dahi nya .

senyuman Terakhir [ C ] Where stories live. Discover now