Suasana rumah agam Tan Sri Amzar meriah tambahan pula mereka semua berkumpul masing - masing bergelak ketawa , bertukar cerita dan gosip . Fayyad dari tadi meriba Umar Shaqeel , Umayra Sophia sedang tidur. Suffiya sedang sibuk memasak meskipun di halang daripada membantu di dapur oleh Puan Sri Amina namun melihat menantu berkeras mahu juga tolong tidak dapat lah dia menolak .
" Assalamualaikum. " En.Rozaimie memberi salam bersama Puan Suhana .
" Waalaikumussalam. " serentak mereka jawab .
" Ha masuk lah Mie . " ajak Atok Aziz . Dia dan isteri tinggal di sini sejak Suffiya bersalin lagi hingga habis pantang.
" Kami ada beli cucur pisang dan popia tepi jalan tadi . " kata Puan Suhana melihat rumah agam mewah ini dirinya hanya mampu terdiam saja .
" Buat susah - susah je kak , duduklah dulu rehat mesti penat kan ? " ujar Puan Sri Amina pelawa besan nya duduk . Suffiya datang membawa dulang minuman,dia hanya diam menunduk saja .
Mengapa En Rozaimie dan Puan Suhana berada di Kuala Lumpur? Ini semua permintaan Suffiya memaksa Daiyan memujuk kedua ibubapa mereka untuk datang ke sini . En.Rozaimie dan Puan Suhana tiada pilihan selain datang .
Audi Rs milik Daiyan parking di halaman rumah agam itu bersama Mercedes benz milik Dayyan dan Lamborghini Revuelto milik Mikael serta BMW M4 milik Hayyan .
" Bro! Sihat ? " tegur Daiyan yang hanya abaikan sahaja kewujudan kedua ibubapanya itu .
" Sihat je , macam ini lah sejak jadi bapak budak." jawab Fayyad mengundang tawa kepada mereka yang lain.
" Mana peah aku ? " soal Daiyan mencari Umayra Sophia.
" Ada tengah tidur dalam bilik . " jawab Suffiya lalu mengambil Umar Shaqeel daripada Fayyad .
" Halu pak long Yan . " datang sudah bala . Siapa lagi kalau Umair , Uwais berada di luar rumah berborak dengan rakannya yang lain .
" Siapa pak long kau ? Sini aku kedebik muka kau tu . " bidas Daiyan malas dan berura - ura mahu menumbuk muka Umair.
" Kau ni bosan lah! Patut la cik bunga kau tu selalu cari gaduh rupanya cam B#b# perangai . " bidas Umair selamba membuatkan Daiyan jeling ke arah sahabatnya itu .
" Ha gaduh - gaduh . " kata Suffiya sambil dia mengendong Umar Shaqeel. Fayyad ketawa kecil tahu sangat kalau dengar sahaja teguran dari Suffiya pasti mereka akan berhenti bergaduh.
" Mana ada kak long ku yang cantik dan comel . kami sedang menunjukkan kasih sayang. " jawab Umair sambil memeluk tangan sasa Daiyan .
" Menunjukkan kasih sayang kepala hotak kau! Rimas lah peluk-peluk ni. " balas Daiyan penat layan perangai Umair yang kadangkala luar pemikiran .
Mereka hanya ketawa sahaja tak gaduh tak sah! En.Rozaimie dan Puan Suhana yang duduk di sofa tidak jauh daripada mereka hanya diam dan memerhati saja .
" Abang tolong jagakan Shaqeel kejap! Fiya nak tolong Umi. " kata Suffiya memberikan Umar Shaqeel kepada Fayyad semula .
" Boleh sayang . " kata Fayyad sambil tersenyum kecil .
" Ala Fiya , Umi dah pesan suruh berehat kan? Kenapa tak rehat aje ? Degil ye . " lembut saja Puan Sri Amina menegur menantunya itu . Suffiya ketawa tidak bersalah.
" Umi jangan marah nanti cepat tua , biar Fiya tolong nanti dah balik rumah tak boleh dah nak manja dengan Umi . Betul tak Baba ? " Tan sri Amzar ketawa dan angguk sokong menantu sulung nya itu .
" Ye lah sayang , Fiya buat benda ringan je tau? Umi nak masak makanan kesukaan kamu . " pesan Puan Sri Amina sambil mengusap lembut rambut menantunya itu . Dari jauh Puan Suhana melihat bagaimana Suffiya di perlakukan oleh mertuanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/372562504-288-k344558.jpg)
YOU ARE READING
senyuman Terakhir [ C ]
Short StoryUmar Fayyad ෆ Dara Suffiya Sebuah kejadian tragis telah mengubah kehidupan dirinya 360° darjah dulu bahagia kini hanya bertemankan derita . Itu yang perlu dia hadap dari usia kanak-kanak hingga dewasa , Dara Suffiya tiada tempat untuk bergantung ma...