𝚂𝚎𝚗𝚢𝚞𝚖𝚊𝚗 𝚃𝚎𝚛𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛

164 12 0
                                    

Suffiya melangkah keluar daripada hospital dia di temani oleh pembantu peribadi Fayyad dek akibat dua tiga hari lepas dia rasa pelik tambah pula haid nya tidak datang rupanya ada penghuni didalam rahim nya . Tidak sabar untuk beritahu Fayyad tentang berita gembira ini . Maybach milik Fayyad meninggal perkarangan hospital .

Setiba sahaja di rumah kelihatan Fayyad baru sahaja pulang daripada kerja . Suffiya tersenyum gembira memandang encik suami .

" Kau okay tak ? Mak Wan kata kau pergi hospital sebab period kau tak datang . Doktor cakap apa?" soal Fayyad dengan wajahnya sedikit letih pucat lesi seperti tiada tenaga. Yalah di pejabat tadi hampir dua tiga kali ke tandas akibat loya.

" Okay je cuma kan Yad , kita akan peneman lepas ni . " ujar Suffiya dengan ceria sahaja , Fayyad pula masih blur tidak faham maksud isterinya itu!

" Hah? Aku kena madu ke? Cuba cakap bagi aku faham. Tak kan aku kena madu ? " soal Fayyad bertalu-talu cakap langsung tak ada break.

" Yad cakap tak ada break langsung . Bukan lah tapi kena madu tu lebih kurang . " jawab Suffiya sambil ketawa terkekeh-kekeh dengan wajah Fayyad yang masam mencuka .

" Sayang lebih baik cakap betul - betul dengan aku . Siapa madu aku ? " soal Fayyad ingin tahu siapa lah jantan tu? Sini dia nak kedebik cukup - cukup!

" Oh? Ada , dia ada dekat .... "

" Dekat mana!? Sini aku bagi pelajaran dekat dia cukup. Biar dia tahu kau tu isteri aku . " cantas Fayyad dengan wajah tegang membuatkan Khai menahan ketawa dari tadi lagi dia jadi penonton majikannya itu .

" Hish! Dekat sini la Yad! " ujar Suffiya sambil tunjuk ke arah perutnya . Doktor telah sahkan Suffiya hamil 2 bulan . Jadi tidak pelik kalau dua tiga hari ini dia selalu lapar dan Fayyad pula sering pening dan loya .

Fayyad memandang ke arah Suffiya sambil tidak berkelip mata betul ke apa yang dia dengar? Maksudnya dia akan Walid?!

" S..sayang kau ... kau mengandung?! Aku jadi Walid la nanti ?! " soal Fayyad teruja yang jelas tersangat teruja!

" Ye! Dah dua bulan doktor cakap . " Fayyad memandang wajah Suffiya lalu tersenyum dia sungguh rasa bahagia saat ini tanpa di sangka di usia perkahwinan mereka yang kini sudah 3 bulan sekarang mereka bakal di kurniakan cahaya mata

Ya Allah terima kasih berikan aku peluang menjadi seorang ibu .

" Nanti abang nak bagitahu Umi dengan Baba also semua orang! " ujar Fayyad wajah gembira.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah tidak sabar untuk memberitahu semua orang dengan berita gembira ini! Apalah reaksi Daiyan bila tahu adik nya itu bakal jadi ibu nanti ?

Sebuah Audi Rs tiba di halaman rumah agam milik Fayyad . Daiyan melangkah keluar dari keretanya itu melangkah masuk ke dalam rumah salam pun dia tidak beri .

" Fiya! . "panggil Daiyan wajah yang letih kerja itu di biarkan sahaja .

" Eh? Along? Buat apa ? Ish! Salam pun tak bagi . " bebel Suffiya sambil bercekak pinggang, Daiyan tersengih memandang adiknya itu . Fayyad hanya berpeluk tubuh bersandar pada dinding.

" Along excited je . Maafkan saya wahai puan Dara Suffiya. " ujar Daiyan sambil dia mencuit hidung adik nya itu . Suffiya geleng kepala .

" Ye lah , Along dengan Yad sama je! " kata Suffiya geram sambil memandang ke arah suami dan Daiyan .

" Kenapa libatkan aku sayang ? Aku mana nakal macam abang kau . Nak tut tut pun aku bagi salam dulu tau . " balas Fayyad yang main lepas apa sahaja . Suffiya sudah memerah muka Daiyan pura -pura pekak.

senyuman Terakhir [ C ] Where stories live. Discover now