Fayyad memandang ke arah Suffiya yang sudah pun tidur mungkin kepenatan , apa yang berlaku hari ini sungguh pantas dia jugak tidak menyangka yang dirinya akan menjadi suami orang secepat ini . Tidak mahu menganggu Suffiya tidur Fayyad keluar dari bilik berborak dengan sahabat nya . Kebetulan Daiyan jugak ada membuatkan Fayyad tersengih .
" Abang ipar dah rindu adik ke? " usik Fayyad sambil tersengih kecil. Daiyan menjeling tajam ke arah Fayyad.
" Kepala hotak kau lah! By the way mana Fiya ? " soal Daiyan melihat sendiri mencari kelibat adik nya itu . Takkan tidur ?
" Ada tengah tidur , penat rasa . " jawab Fayyad tanpa berfikir apa - apa . Hayyan dan Aabid pula tersenyum penuh makna .
" Aku rasa kan mana tau nanti dapat Fayyad junior pulak? " kata Aabid sambil tertawa kecil. Fayyad geleng .
" Hoi . Ingat aku gelojoh sangat ke? " bidas Fayyad memandang tajam ke arah sepupu dan sahabat nya itu.
" Nanti lepas kenduri Irfan , aku akan pergi KL . " kata Daiyan buatkan mereka memandang ke arah lelaki itu sambil terjungkit kening. Fayyad senyum dan angguk sahaja .
" Kau nak kerja balik kat KL ? Fuyooo best nya! "
Dayyan menayang wajah teruja , yelah mana tidak nya mereka itu satu geng!" Kau akan kerja balik lah dengan Yad ? " soal Haifa ingin tahu. Daiyan angguk kepala. Ya lagipun sebelum ini atas sebab risaukan Suffiya dia terpaksa berhenti kerja.
" Lagipun sekarang Yad ada untuk jaga Fiya jadi aku rasa tenang lah . " kata Daiyan perlahan saja. Masih kekal dan segar di ingatan teringat akan kejadian Suffiya di pukul dan di kurung luar rumah sewaktu masih kanak-kanak dan dewasa .
Guruh mulai berdentum di langit malam , Fayyad dan yang lain masih berborak sekalian dengan Tan Sri Amzar , Puan Sri Amina , Umair dan Uwais terkadang kedengaran gelak tawa mereka bergurau senda. Namun lain pula bagi Suffiya yang seakan ketakutan bunyi guruh hingga tidak lama itu kedengaran bunyi guruh dan kilat yang menyambung di langit membuat Suffiya ketakutan.
Fayyad dan yang lain mendengar akan suara seperti Suffiya ketakutan terus menuju ke bilik. Siapa paling laju ? Fayyad lah! Risau betul walaupun isteri Express je! Pintu di buka alangkah terkejutnya melihat isterinya ketakutan bunyi guruh dan kilat yang terduduk di antara katil dan almari.
" Hei? Kau okay tak? Aku ada ni . " Fayyad dekati Suffiya perlahan lalu merangkul tubuh kecil itu .
" F...Fayyad t.... takut.... " tersekat nada Suffiya berbicara menyatakan ketakutan nya itu .
" Ye , ye sayang aku ada jangan risau . Tak ada apa yang akan jadi . " pujuk Fayyad lagi dengan lembut namun kedengaran bunyi guruh dan kilat yang kuat mengejutkan Suffiya menyebabkan dia mencengkam kuat lengan Fayyad .
Mereka yang lain hanya jadi penonton biarkan Fayyad memujuk isterinya itu . Daiyan tersenyum kecil melihat adik kesayangan sedang di peluk oleh encik suami .
" Kau pahal senyum? " soal Umair tidak puas hati . Mereka memandang ke arah Daiyan .
" Dulu Fiya takut aku tak boleh peluk dia macam mana Yad buat sebab ayah kunci aku dalam bilik masa tu . " luah Daiyan riak wajah masih lagi tenang sahaja meskipun penuh kesakitan.
Fayyad dan yang lain terdiam sahaja dengar kata kata daripada sahabat mereka mungkin sudah lama Daiyan memendam perasaan itu .
" Eh! Dah la jom buat apa menyemak kat sini . " ujar Mikael menarik sahabat nya itu berlalu pergi ke beranda luar semula .
Anak mata Fayyad hanya memandang kepergian sahabatnya . Tubuh Dara di cempung ke katil semula lalu dia mengunci pintu bilik tidur mereka .
" Jom tidur . " kata Fayyad tenang menarik Suffiya ke dalam pelukannya itu . Mata hitam itu tidak lepas memandang ke arah Suffiya .
YOU ARE READING
senyuman Terakhir [ C ]
Short StoryUmar Fayyad ෆ Dara Suffiya Sebuah kejadian tragis telah mengubah kehidupan dirinya 360° darjah dulu bahagia kini hanya bertemankan derita . Itu yang perlu dia hadap dari usia kanak-kanak hingga dewasa , Dara Suffiya tiada tempat untuk bergantung ma...