① ②

9 1 0
                                    

Jeonghan masuk semula ke kliniknya setelah cuti selama seminggu. Dia melangkah masuk ke ruang biliknya lalu dia memanggil Aeyra.

" Ye doktor Han, ada apa-apa yang perlu saya bantu ke?" - Nurse Aeyra

" Kosongkan ruang bilik tengah ni. Sebab saya ingat nak cari doktor lagi. Lepastu doktor Putri masuk kerja tak harini?" - Jeonghan

" Doktor Putri macam ambil cuti je lagi.. dah nak hampir jam 9pagi." - Nurse Aeyra

Jeonghan menangguk.

" Tak apalah kalau macam tu, nanti buka temuduga untuk doktor baru yang nak apply kerja disini ya." - Jeonghan

"Baik doktor Han." - Nurse Aeyra

—————————————————————

Putri masih lagi bermalas-malasan dikatilnya. Mood dia harini memang taknak bekerja. Buat apa kerja disana kalau dia seorang sahaja yang perlu handle. Padahal dia lupa yang harini Jeonghan dah masuk kerja semula.

Pintu biliknya dibuka dari luar.

"Putri tak kerja ke harini?" - Mummy Putri
" Tak.. malaslah nak kerja. Bukannya ada Jeonghan pun." - Putri

"Oh, Han belum balik dari honeymoon lagi eh?" - Mummy Putri

Putri mengelenggkan kepalanya. Dia terfikir sejenak dengan rancangan Puan Mi Cha.

*Flashback*

" Sampai hati taknak jemput kami ke majlis perkahwinan anak kamu tu.. tahu-tahu dapat info yang dia dah kahwin je." - Mummy Putri

"Bukan sengaja taknak jemput. Memang taknak jemput sebab aku ni tak berkenan dengan isteri Jeonghan tu. Apa yang nak dibanggakannya ? sebab tu malas nak jemput." Puan Mi Cha

"Kenapa tu aunty? Cuba cerita?" - Putri

"Macam ni jela ya aunty ceritakan. Sebenarnya bini Jeonghan tu bukan standard and level Jeonghan. Sebab tu aunty taknak jemput pun ke majlis dia sebab takde benda nak diraikan." -Puan Mi Cha

" Bunyi macam kau tak suka je dengan menantu kau tu." - Mummy Putri

" Eii apa classss panggil dia menantu aku? Memang tak suka dengan perempuan tu. Tah apalah dia gunakan dengan anak laki tu. Sejak dari zaman belajar asyiklah nak berkepit je. Kau tahu bini jeonghan tu keluarga takde, anak tunggal. Lepastu suka sangat menyusahkan hidup kiteorg yang nak kena tanggung dia." - Puan Mi Cha

"Eii tak malunya sampai aunty sekeluarga kena tanggung dia. Dia tak reti nak kerja ke untuk tanggung hidup diri sendiri? Gosh !! tak memasal aunty nak kena bela dia eh." Putri

" Ye, 7 tahun nak tanggung dia! tup tup Jeonghan nak kahwin dengan dia. Eh dia kahwin tu mana dapat restu daripada aunty pun. Bapak dia je memandai pi layankan si Jeonghan tu." - Puan Mi Cha

" Susah jugak hidup asyik nak mengharapkan orang je. Pastu kau tak restu dia ni, bahagia ke mereka?" - Mummy Putri

" Ni rancangan aku sekarang, aku lagi berkenan kalau Putri jadi menantu aku. Cantik orangnya, berpendidikan, ada pekerjaan tetap sekarang pun memang kerja dengan Jeonghan. Jadi Putri, aunty mintak sangat buat Jeonghan dengan bini dia tu bercerai!" - Puan Mi Cha

Fuh permintaan mama jeonghan ni sangat luar biasa sampai sanggup nak hancurkan rumah tangga anaknya itu. Apalah salah si Maeyi tu pada puan Mi Cha ya sampai sanggup nak hancurkan hubungan mereka berdua.

" Bini dia siapa ? Tak pernah Putri nampaklah sebelum ni.." - Putri

" Nama dia Maeyi, nanti aunty send gmbr muka Maeyi tu. Aunty nak kamu hancurkan hubungan dieorg tu. Naik rimas aunty tengok Jeonghan manjang nak berkepit dengan Maeyi. Apa benda tah perempuan tu buat dengan anak aunty." - Puan Mi Cha

*end of flashback*

" Putri memang nak hancurkan rumah tangga Jeonghan ke?" - Mummy Putri

Dia tidak setuju jika Putri nak hancurkan rumah tangga yang baru sahaja dibina. Tiada salah mana-mana pihak cuma dia juga tidak bersetuju jika selamani Maeyi hidupnya ditanggung oleh keluarga itu. Mana tak geramnya jika sejak dari awal kenal Maeyi dah ditanggung sepenuhnya.

Tapi benarkah Maeyi ditanggung sepenuhnya oleh Jeonghan sebelum mereka berkahwin? Risau jatuh fitnah sahaja. Tetapi hati manusia mana pernah rasa berfikirkan positif. Mereka akan judge dan berfikiran negatif dulu baru tahu kebenarannya.

"Dah tu Puan Mi Cha nak, Putri sanggup je. Lagipun Putri memang dah jatuh hati dengan Jeonghan. So tak salahkan?" - Putri

"Putri.. mummy bukan apa. Risau terkena dekat kamu semula nak.. Mummy dengar pada awalnya memanglah tak suka juga hidupnya ditanggung sepenuhnya oleh keluarga mereka tetapi sekarang dah memang tanggungjawab Jeonghan kan untuk menjaga isterinya? Putri tiada hak tau.." - Mummy Putri

"Siapa suruh dia sakitkan hati Putri? Putri dah mula sukakan dia sekali dia kahwin. Ingatkan peluang untuk dapatkan dia tu dah tak ada. Rupanya mama dia memang nak bagi peluang dekat Putri untuk hancurkan rumah tangga dieorg. So why not right??" - Putri

" Ikut kamu, tapi ingat pesan mummy ni.. kifarah kita tak tahu bila akan terjadi. Hati-hati mummy pesan. Jangan nak ikutkan perasaan sgt. Dah bangun gi siap sekarang, dah lambat nak gi kerja." - Mummy Putri

" Nope, not today.. Putri malas nak gi kerja." - Putri

1+1 Love || Jeonghan SVT ver ||Where stories live. Discover now