Jeonghan tiba dirumah. Berlari dia masuk ke dalam rumah. Dia menjerit-jerit memangil nama isterinya itu.
" Maeyi?? Maeyi sayang???" - Jeonghan
Disegenap ruang dia mencari kelibat isterinya itu. Tetapi tiada. Dia mula berasa risau dan segera menelefon isterinya tetapi tidak berangkat.
" Sayang.. angkat call ni.. mana sayang ni?" - Jeonghan
Sedang dia cuba menelefon nombor isterinya, matanya tertumpu sampul diatas meja. Segera dia membukanya lalu terpampang wajahnya bersama Putri.
"God !! mama !! apa benda ni? Permainan apa lagi ni ma? Takkan sampai sanggup nak hancurkan rumah tangga Han ?" - Jeonghan
Jeonghan merengus kasar. Panggilan tidak berjawab. Dia berasa panik, risau akan isterinya itu dengan kandungan isterinya.
" Please sayang, please angkat. Let me explain everything.. Maeyi, mana ni? i risau ni.. you cakap kat wonu perut sayang sakit. Please angkat." - Jeonghan
Dia mencapai segera kunci keretanya itu. Misi mencari Maeyi perlu disegerakan. Dia risau apa-apa jadi pada Maeyi.
"jap aku kena fikir, macam mana nak cari Maeyi. Dia takde kawan pun. hishh mana nak cari dia ni eh." - Jeonghan
Jeonghan menghidupkan enjin kereta. Malah kepalanya masih ligat mencari idea bagaimana nak cari isterinya itu. Kemudian dia mencapai telefonnya. Dia boleh track telefon isterinya melalui telefon bimbitnya.
"Aigoo, macam mana aku boleh lupa eh? Kan boleh track dia dari phone.." - Jeonghan
Dia membuka aplikasi tracking device iaitu device isterinya. Terbeliak matanya apabila melihat lokasi isterinya.
"Jauhnya sayang pergi.. kenapa jauh sangat ni sayang? Merajuk dengan i ke? Tunggu i sayang, i sampai je i akan explain everything. Trust me sayang." - Jeonghan
Jeonghan terus memandu ke lokasi isterinya itu. Agak jauh perjalanan itu mengambil kira 2 jam setengah untuk sampai.
——————————————————-
YOU ARE READING
1+1 Love || Jeonghan SVT ver ||
Hayran KurguJeonghan seorang doktor yang berkerjaya. Dia berjaya membuka sebuah klinik sendiri ditengah bandar. Maeyi pula seorang gadis yang masih mencari suatu pekerjaan yang sesuai dengannya. Oleh itu, hidupnya masih belum stabil dari segi kewangan dalam hi...