Maeyi berlari masuk ke dalam rumah. Hatinya pedih sangat apabila diingatkan apa mama Jeonghan katakan. Sanggup mama Jeonghan cakap yang dirinya mandul.
" Sayang..!!!" - Jeonghan
Jeonghan kejar Maeyi lantas menarik lengan Maeyi dan memeluk wanita itu.
" Sayang calm.. please jgn dengarkan sangat apa yang mama cakapkan tadi. It's not true kan.." - Jeonghan
" kalau betul macam mana ? You still nak stay dengan i? Go la kahwin je dengan pilihan mama you tu! i mmg tiada peluang untuk duduk didalam hati mama you. Memang takkan pernah ada. yang ada hanya perasaan benci je terhadap i. Sejak kita kenal mmg tak pernah pun mama you cakap bebaik dengan i.." - Maeyi
Maeyi berasa pening tetapi dia cuba menstabilkan badannya yang mula pitam.
"Sayang kenapa tiba-tiba you cakap macam ni? No laa mama sayang you. Cuma mama nak masa je." - Jeonghan
"Masa ? cukup 7 tahun lebih kita kenal dan dah kahwin pun mama tetap tak suka i.. Mama cakap i mandul, you tahu tak kita ni baru je 5 bulan kahwin!!! baru je lim-" Maeyi
Gelap terus pandangan Maeyi. Jatuh terduduk dibuatnya kerana pengsan, nasib baik Jeonghan sempat memapah Maeyi. Jeonghan menepuk lembut pipi isterinya.
"Sayang.. heii! kenapa ni? sayang???" - Jeonghan
Segera Jeonghan mengangkat isterinya dan meletakkannya diatas sofa.
"Pengsan?" - Jeonghan
Jeonghan meletakkan tangannya didahi Maeyi, tak panas tetapi sedikit basah kerana berpeluh. Dia mencapai kain dan mangkuk berisi air lalu meletakkannya diatas dahi Maeyi.
Nasib baik didalam rumahnya ada beberapa alat untuk diguna pakai jika berlakunya kecemasan. Jeonghan mula memeriksa tekanan darah isterinya, normal. Kemudian Jeonghan memakaikan pulse oxymeter pada jari telunjuk Maeyi, bacaan juga turut normal.
Maeyi mula menunjukkan tandanya yang dia dah pun sedar melalui mengerakkan jari-jemarinya.
"Sayang sedar dah..?" - Jeonghan
"hmm.." - Maeyi
"Sayang okay tak ni?" - Jeonghan
Maeyi mengangguk. Tiba-tiba tekaknya berasa loya. Lantas dia berlari anak ke tandas untuk membuang segala isi perutnya. Jeonghan turut mengikutnya dan mengusap lembut belakang isterinya.
" Perut sayang kosong ni, tak makan lagikan? Japgi i order makan. Minum air suam dulu.." - Jeonghan
Maeyi akur sahaja. Habis segala isi perutnya dikeluarkan, lalu dia mencuci mukanya. Tiba-tiba je boleh berasa pitam, dan sekarang muntah pula. Mungkin sebab tak makan daripada pagi kerana mereka merancang untuk makan tengahari dirumah mama dan papa tetapi akhirnya pulang dengan perut kosong kedua-duanya.
Jeonghan bantu dan memapah Maeyi duduk semula disofa. Lantas terus dia memesan makanan secara diatas talian. Laju je jarinya scroll, dan dia memesan bubur ayam untuk Maeyi.
"dah sayang taknak marah sangat.. jgn ikutkan perasaan. Halangan apa sekalipun takkan dapat memisahkan kita tau. I janji i takkan tinggalkan you tak kisahlah mama nak cakap apa sekalipun, i yakin you mampu bagi i anak."
Tiba-tiba Maeyi menangis. Jeonghan terus memeluk erat isterinya itu.
" takpe nangis je.. nangis sampai sayang lega." - Jeonghan
Jeonghan mengurut perlahan belakang Maeyi. Dia risau Maeyi pengsan semula. Hairan kalau Maeyi muntah, tapi mungkin sebab tak makan memang logik je muntah tu kerana perut dah masuk angin. Kalau pitam tu, pelik..
YOU ARE READING
1+1 Love || Jeonghan SVT ver ||
FanficJeonghan seorang doktor yang berkerjaya. Dia berjaya membuka sebuah klinik sendiri ditengah bandar. Maeyi pula seorang gadis yang masih mencari suatu pekerjaan yang sesuai dengannya. Oleh itu, hidupnya masih belum stabil dari segi kewangan dalam hi...