* Pada hari kejadian perkahwinan Maeyi & Jeonghan *
"aku terima nikahnya Maeyi Adrea Binti Abdullah dengan emas kahwinnya berjumlah RM2000 tunai." - Jeonghan
Sekali lafaz dan akhirnya Jeonghan dan Maeyi sah menjadi suami isteri. Jeonghan menyarung cincin dijari manis Maeyi, dan kemudian Maeyi pula menyarungkan cincin pada jari Jeonghan.
Majlis yang dijalankan terlampau mudah untuk mereka berdua. Tiada jemputan yang terlalu ramai, hanya 200 orang tetamu sahaja yang menghadiri ke majlis perkahwinan itu.
" Tahniah Han dan Maeyi, ingat pesan papa.. jaga Maeyi ni baik-baik. pikul tanggungjawab ni, jangan abaikan. Dan Maeyi, kalau anak papa ni ada lukakan hati Maeyi, terus bagitahu papa ya. Nanti tahulah papa nak kerjakan anak laki papa ni."
Jeonghan tergelak, mana mungkin dia nak lukakan hati si isterinya itu.
"Mama.. thank you benarkan Maeyi jagakan Jeonghan. Maeyi janji akan jaga Jeonghan sepenuh hati Maeyi." - Maeyi
Malah Puan Mi Cha tak endahkan pun si Maeyi. Dia tak suka dengan perkahwinan anaknya itu. Baginya Maeyi tu sangat low class dalam hidupnya.
Lembut saja Jeonghan menarik lengan Maeyi, dia tidak mahu Maeyi berasa terancam mahupun rasa tidak selesa dengan mamanya itu. Dia tahu mamanya masih tidak merestui hubungannya bersama Maeyi.
" Sayang.. jom kita layan tetamu?" - Jeonghan
Maeyi mengangguk dan akur sahaja apa yang dipinta oleh Jeonghan.
Jeonghan setia menggenggam erat tangannya bersama Maeyi sambil berjalan ke arah meja-meja tetamu yang hadir.
Puan Mi Cha yang perhatikan mereka berdua penuh dengan rasa marah dan bengang terhadap Maeyi. Tak patut si Maeyi tu berkahwin dengan anak lelakinya itu. Dia perlukan perancangan yang baru supaya Jeonghan sanggup ceraikan Maeyi.
Dia juga tidak mahu keturunan datangnya daripada Maeyi. Oleh itu, dia amat perlukan Putri untuk hancurkan rumah tangga itu.
————————————————————
Putri yang baru sahaja ketahui bahawa Jeonghan sudahpun bernikah pada harini.
" WHAT?!?! Mummy seriously ? Jeonghan dah kahwin? dengan siapa ?! lol ! so now aunty Mi Cha tu sebenarnya nak apa ? memula mummy cakap Putri kerja situ nak tarik perhatian Jeonghan, now suddenly she said yang Jeonghan tu dah kahwin?!" - Putri
Tak sangka dia Jeonghan dah kahwin, tapi tak dijemput????
" Mummy pun tak tahu pulak Jeonghan tu dah berkahwin." - Mummy Putri
"But then now ?? buat apa Putri kerja kat klinik Jeonghan kalau dia dah kahwin? Buang masa jela kerja situ. Ingat Putri ni nak sangat kerja situ ke ???" - Putri
" Tak patut si Cha buat dekat anak mummy ni. Haritu dia jugak beria suruh kamu kerja situ atas alasannya Jeonghan perlukan pekerjalah dan alang-alang katanya boleh layan si Jeonghan tu memandangkan dia single, tapi rupanya ? Single apa tu ! kamu baru je mula bekerja kat situ." - Mummy Putri
Putri mengeluh. Bukan rezekinya nak dapat suami hensem seperti Jeonghan.
——————————————————————
Setelah majlis sudahpun selesai, ramai tetamu mula beransur pulang. Jeonghan dan Maeyi juga segera mahu pulang kerumah. Jeonghan telahpun merancang untuk berbulan madu dengan isterinya diluar kota itu. Dia mengambil cuti selama seminggu dan berharap Putri boleh teruskan beroperasi di kliniknya itu." Sayang, kita ni straight terus gi bercuti tau." - Jeonghan
" Seriously? Bukan ke you kena buka klinik jugak? Nanti apa pula mereka katakan." - Maeyi
"Laa sayang kenapa nak fikir dieorg pulak? Putri kan ada, lepastu nurse pun ada." - Jeonghan
Boleh eh tinggalkan klinik macam tu. Betul-betul Jeonghan percayakan Putri ketika dia mengambil cuti selama seminggu ini.
" Okay kalau you cakap macam tu.." - Maeyi
" I know how to handle, takyah fikirkan sangat. Today kan hari kita? Just kita je.." - Jeonghan
Jeonghan mengenggam erat tangan Maeyi sambil memandu keretanya menuju ke destinasi yang dirancang olehnya.
YOU ARE READING
1+1 Love || Jeonghan SVT ver ||
Hayran KurguJeonghan seorang doktor yang berkerjaya. Dia berjaya membuka sebuah klinik sendiri ditengah bandar. Maeyi pula seorang gadis yang masih mencari suatu pekerjaan yang sesuai dengannya. Oleh itu, hidupnya masih belum stabil dari segi kewangan dalam hi...