Apa definisi ibu ?
Seorang wanita yg melahirkan kita
Membesarkan kita
Mendidik kita
Jaga pakai makan kita
Seorang anak akan ada ibu.Tapi,
Adakah semua ibu itu sama ?
Apa yg menjadikan ibu itu baik atau tidak ?
Apa ciri-ciri ibu yg baik atau tidak ?Seorang anak tidak boleh memilih ibunya.
Tidak boleh mengubah ibunya.
Kena menerima sebagaimana rupa pun tingkahlaku ibunya.
Kenapa ibu tidak pernah terfikir bahawa anak juga tiada pilihan selain terpaksa menerima ibu ?Ini sekadar luahan hati seorang anak...
Aku anak yg sangat bertuah..
Aku ada ibu yg sgt penyayang
Ibu yg kuat dan rajin bekerja
Ibu yg berusaha demi hidup dia dan aku anaknyaAnak itu pilihan..
Kamu memilih utk memiliki anak..
Dan aku ini anakmu..
Pernahkah kamu terfikir bagaimana perasaanku ?
Kecewanya aku dgn kehidupanku ?
Terseksanya aku dlm meneruskan kehidupan yg kau berikan ini ?Ibu..
Hidup anakmu ini penuh ujian
Kamu menyaksikannya
Kamu memberikannya kepadaku
Tapi aku tidak boleh menyalahkan kamu
Kerana kamu ibuku..Sebagaimana kamu kerap memaafkan aku
Aku juga begitu ibu..
Aku juga sering memafkan ibu
Aku juga sering memberikanmu peluang
Aku juga sering memikirkan tentangmuKenapa ibu tidak pernah melihat bahawa anakmu ini juga berkorban demi ibu..
Hidupku tidak indah..
Dan ibu yg berikan kehidupan ini..
Tapi aku maafkan ibu
Kerana kamu ibuku..Ibu yg aku sayang
Ibu yg aku benci
Hanya kamu ibuku..
