Tak tahu nak hurai macam mana..
Perasaan sedih yang berpanjangan
Rasa berat yang takde tenaga nak angkat jari pun tak larat
Rasa sesak untuk bernafas
Dan air mata mengalir berterusan..Aku tak tahu dah berapa lama aku dalam fasa ni
Sakitnya...
Sedihnya..
Penatnya...Wahai hati yang terluka,
Berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk sembuh ?
Nak meratapi sampai bila ?
Orang dah tanak jadi kita perlu melepaskan dia pergi..
Kita tak boleh terus merayu macam ni..
Dia dah tak mahu kan...Wahai hati yang bersedih,
Memang susah untuk melepaskan
Memang susah untuk terbiasa dengan kesunyian
Sakitnya perjalanan ini tapi apakan daya
Aku sudah berusaha sehabisku
Dia memang sudah tak mahu memperbaiki lagi
Walau apa pun kata dariku..
Tiada yang pasti dari pihaknya..Aku sudah sedar
Aku cuma manusia biasa
Tiada apa milik aku di sini
Aku miskin dan hina
Ya Allah..
Sembuhkanlah hatiku yang sedang menangis ini
Aku sakit..Aku merana disebabkan keputusanku sendiri
Salah aku kerana meletakkan manusia di dalam hati
Tempat yang sepatutnya di isi dengan Cinta Allah
Tempat yang sepatutnya hanya untuk ayat-ayat Al-quran
Buta nya aku...Memang tiada cinta yang lebih layak selain mencintai-Mu
Hati manusia yang berbolak-balik
Hati manusia rapuh dan lemah
Sangat cepat terluka
Sesungguhnya Kau lah pemegang hati manusiaYa Allah...
Hati ini sedang menangis
Masih mencari dia yang sudah tak mahu
Masih berpegang pada janji lama dari si dia
Masih berharap dia kembali tapi dalam versi yang lebih baik..
Masih mahukan kebahagiaan yang dijanjikan duluYa Allah...
Sesungguhnya Kau Tuhan yang Maha Penyayang
Yang mampu melakukan perkara mustahil menjadi realiti
Kau lembutkanlah hati dia
Kau sembuhkanlah hati dia
Aku sayang dia
Tapi aku tahu Kau lebih menyayangi dia kan
Aku berdoa dengan kerendahan hati
Ini saja permintaan ku kali ini
Wahai Tuhan kami yang Maha Penyayang..
Terima kasih atas kenangan indah ini..