Terungkap rasa mahu menyerah
Tapi hati masih mahu berusaha
Kerana masih ada rasa sayang
Masih lagi mahu bersama
Walaupun sakitnya tidak terperi...Sudah aku lepaskan semua
Ku serahkan segalanya kepada yg Esa
Sakit yg berat ini ku mohon diangkat kembali
Tapi rasa sayang ini tetap kunjung dan pergi..Duhai hati...
Kenapa masih merindu ?
Kenapa masih menanti ?
Dia kan sudah kau lepas pergi..
Janganlah toleh kembali
Kini masanya utk kau kutip segala serpihan hati
Hati yg berkecai dihancurkan si dia..Duhai hati...
Berapa kali sudah ku bilang
Jangan fikir tentangnya
Jangan terus menantikan dia
Jangan kembali kepadanya
Degilnya kau wahai hati yg patah..
Masih menaruh harapan yg sia-siaHati ku yg lemah...
Ku mohon kuatkanlah diri ini
Utk aku teruskan kehidupan
Utk aku lupakan kesakitan
Usah ditagih lagi pada yg tiada hati
Jika dia mahu dia pasti kembali
Jawapannya sudah jelas kan
Dia tidak kembali...Apa lagi yg mahu kau pertahankan ?
Tiada sayang lagi antara aku dan dia
Yg tinggal hanya kenangan indah..
Cukuplah menangis..
Lihatlah rupamu di cermin
Sudah tak serupa orang
Kasihanilah dirimu
Berjuanglah demi dirimu
Lupakan yg sakit-sakit
Cipta kenangan baru
Berubah demi masa depanmu
Banyak lagi peluang yg terbentang
Kaut selagi boleh
Dan teruskan melangkah kedepan
Kerana yg pergi tetap akan pergiTuhan yg Esa
Kali ini ku mohon
Sembuhkanlah hatiku
Supaya aku mampu tersenyum lagi..
