Berharap

3 0 0
                                    

Malam ni rasa sakit tu macam lebih sikit..
Aku tahu hubungan ni dh berakhir.
Aku tahu dia dah bukan milik aku.
Aku tahu yg aku bukan tujuan hidup dia.

Tapi dalam hati ni...
Ada sekelumat harapan...
Yang dia akan kembali...

Sekadar mainan emosi je.. haha
Aku sedar aku siapa,
Cuma kita manusia kan,
Kita berharap.

Walau selepas semua malam dengan air mata,
Sakit yang tak terperi,
Aku tetap bodoh ye !
Sebab masih berharap.

Ya Allah, aku sakit...
Kumohon sembuhkanlah luka yg tak kelihatan ini.
Bantu aku bangkit dan melepaskan sesuatu yg bukan milik ku.
Sesungguhnya semua di dunia ini adalah pinjaman dari-Mu.
Terima kasih atas kebaikan yg Kau telah berikan Ya Allah.
Terima kasih atas kebahagian yg Kau pinjamkan kepadaku.

Ampunkan aku Ya Allah...
kerana terlupa bahawa aku cuma hamba..
kerana terlalu mencintai manusia...
kerana terlalu duniawi...
Aku lalai dan jauh dari-Mu
Dan kini aku terluka..
Aku menangis..
Tolong sembuhkan aku Ya Allah...
Aku tak kuat...

Indahkan.Where stories live. Discover now