"Hawa Raeessa binti Razlan, aku ceraikan kau dengan talak 1!", hanya dengan sekali lafaz, bahtera perkahwinan mereka akhirnya hanyut di samudera yang dalam dan gelap. Biarpun sujud mencium kaki, keputusan suaminya akan tetap sama.
Beg pakaiannya dicampak keluar, begitu juga dengan dirinya. Dalam keheningan malam, dia terpaksa berjalan seorang diri dengan tubuhnya yang dihiasi bekas luka dan lebam. Terlalu berliku perjalanan hidupnya sepanjang dia berkahwin dengan jejaka itu.
Kini, dia hanya mampu bertahan dengan duit simpanannya sepanjang dia berada di universiti. Setiap bulan, duit bekalan yang dikirim oleh ibu bapanya akan disimpan sebahagiannya untuk perbelanjaan luar.
Langkahnya perlahan, rintik - rintik hujan menemani perjalanan dirinya yang suram itu. Sedang dia melangkah, kakinya berhenti di hadapan sebuah kafe, 'Multi - Cafe?', getus hatinya. Langahnya dibawa masuk ke dalam kafe itu dan terus menuju ke kaunter pembayaran.
"K-kak?", serunya dengan penuh lembut. "Yes, miss?- Eh, Hawa!", tersentak wanita itu. "Sofea?", bergegas Sofea keluar dan mendekati Hawa. Tubuh mungil rakannya yang menggigil itu dipeluk erat. "Kenapa, Hawa? Apa jadi dengan kau?", Hawa melepaskan tangis hebat. Tersedu - sedan dia menjawab soalan Sofea, "Z-zehran ceraikan aku, Sof".
Tangis dan raungan hebat Hawa membuatkan seorang pelanggan lelaki memandang mereka berdua yang berpelukan itu. Sofea membelai lembut kepala Hawa yang bertutupkan tudung jersey berwarna hitam. "Sabar, Hawa. Tak apa, sekurang - kurangnya, kau akan dapat kehidupan yang baik lepas ni. Aku akan sentiasa ada dengan kau", belakang Hawa digosok untuk meredakan tangisnya yang hebat.
"Aku nak minta tolong kau sikit, boleh?"
"Cakaplah, Hawa""Kalau aku nak kerja dekat sini, boleh?", wajahnya yang sembab dipandang lama. Air mata rakannya diseka, "Boleh, Hawa. Nanti aku bagitahu bos aku. Sekarang ini, untuk permulaan, kau tolong aku kemas dulu kafe ni. Nanti kita balik rumah aku, ya?".
Hawa kembali melakar senyuman dan berlalu bersama Sofea untuk mengemas kafe. Pelanggan terakhir itupun turut serta mengemas perkakasnya dan bergerak ke kaunter pembayaran. Hawa yang sedang mengelap meja kaunter mengangkat wajah dan bertentang mata dengan jejaka itu.
"Miss, saya nak bayar", tegur jejaka itu. Hawa memandang wajah tampan lelaki itu lama. Jantungnya laju. Jeda. Kaku. Mereka berdua hanya bertatapan antara satu sama lain tanpa sepatah pun perkataan melintas di bibir.
"Aahh, maaf ya, Encik Taufiq. Kawan saya ni gatal sikit", sindir Sofea di sebelah Hawa. Lengan Sofea dicubit kuat, "Aduh, sakitlah Hawa Raeessa!. Dah lah, pergi masuk kereta sana, kejap lagi aku datang", Sofea menghalau Hawa sambil menggosok lengannya yang dicubit itu.
"Siapa tadi tu, Sofea?", Taufiq mengaju soalan. "Oh, itu kawan saya. Hawa Raeessa... Kenapa, tuan dah jatuh cinta ke?", Sofea membuat wajah nakal. Keningnya dijongket berkali - kali. Taufiq hanya memekakkan telinga dan melakar senyum.
"Alright, ini balance Rm 15. Thank you, Encik Taufiq. Kirim salam dengan Tengku Aariz!", sempat dia memesan kepada Taufiq yang sedang berlalu keluar. Taufiq hanya menganggukkan kepala.
Kelibat Hawa sudah tidak lagi kelihatan. Tidak tahu mengapa, tetapi dia tidak puas menatap wajah Hawa yang ayu sebentar tadi. Seolah - olah, dia mahu memandang Hawa dengan lama lagi. Kunci kereta Porsche miliknya dikeluarkan. Masuk ke dalam kereta, pedal minyak ditekan dan dia menuju ke rumah agamnya.
Dalam perjalanan pulang ke rumah Sofea, Hawa hanya diam mengunci mulut. Tatapannya kosong, telinganya seperti tidak mendengar apa - apa. Sehinggalah lengannya dicuit Sofea, "Kau ni dah kenapa? Diam je".
Hawa melepas hela nafas panjang, "Aku okay je". Tergeleng kepala Sofea, Hawa Raeessa masih sahaja sama seperti dulu. Susah mahu meluahkan masalah, "Eh, Hawa!". Sofea memanggil Hawa dengan penuh riang, "Kau dah kenapa, nyah?", Hawa bertanya jengkel.
"Kau kenal tak siapa customer lelaki yang kau dan dia berpandangan tadi?", Hawa memandang bumbung kereta. "Tak... Lagipun, kenapa aku nak kenal mamat tu?"
"Eh, mamat bukan sebarang mamat kau tahu? He is Taufiq Adrian bin Dato' Qalesy Idris. The owner of Rian's Style and... the best writer also author in Malaysia, Riannatures... Ha, kau memang suka tipikal penulis jalanan, kan?"
Jantung Hawa kembali berdegup laju. Tangannya dibawa ke dada. Sudah lama dia tidak rasa seperti itu. "Then, kenapa kalau dia tipikal aku pun? Aku tak kisah pun lah pasal mamat tu", sedaya upaya dia cuba untuk membuang perasaan itu. Sofea memandang Hawa sekilas,
"Hawa, kau tak boleh terus kasar macam ini. Nanti, kalau mama dengan papa tanya pasal perkahwinan kau, takkan lah kau nak 100 percent salahkan Zehran? Mana tahu disebabkan oleh ego kau yang tinggi, Zehran kecil hati dan ceraikan kau? Yes, aku faham, penat nak uruskan pelajaran dan perkahwinan dalam satu masa. But, at least kurangkan ego supaya perkahwinan kau tahan lebih lama"
Panjang lebar Sofea memberi nasihat, "Aku sedar, Sofea. But, little did you know, Zehran was cheating on me all this time. Aku cuba untuk maafkan dia, tapi mungkin sabar aku terlalu tipis untuk ujian kali ini", Sofea terdiam. Serba salah menyelubung hati mendengar pengakuan Hawa.
Mungkin dia sudah terlalu cepat dalam memberi pandangan. Penjelasan penuh daripada Hawa langsung tak didengarinya. Perjalanan mereka kembali suram. Hawa menyandarkan kepala sambil memandang pemandangan luar.
"By the way, Encik Taufiq tu, quite handsome lah juga, kan?"
Tunggu sebentar.... Sofea tak salah dengar, kan? Hawa benar - benar menyebut nama Taufiq, kan? Dengan pujian yang sudah lama dia tidak berikan kepada seorang lelaki. Sofea melepas tawa hebat, lengan Hawa dipukul - pukul.
"Ha tu lah kau... Masa aku cakap pasal Encik Taufiq, mulut kau tu bukan main lagi kan? Kata tak sukalah, tak kisah lah. Sekarang, sibuk nak cakap yang Encik Taufiq tu handsome.. Apa cerita ni, Hawa Raeessa? Dah jatuh cinta ke dengan Taufiq Adrian?", Hawa memandang Sofea dengan penuh jengkel.
"Betul la tu, kan? Selalu pesen kau ni, kalau dah suka orang, aku sebut nama dia pun tak boleh. Marah. Kalau kau tak suka, kau tak bagi reaksi. Tapi, sekarang ni aku sebut nama Taufiq Adrian, kau marah... Maksudnya, kau dah suka dia lah, kan?", Hawa kembali memandang luar. Sofea pula terkekek sendiri.
"Kalau suka, cakap je la, Hawa. Taufiq tu bukannya ada girlfriend pun. Single. Dia nak kahwin terus, no couple. Masa interview hari tu, semua ciri - ciri isteri idaman dia, mengena dengan kau. Taufiq tu pun kan, nampak agak sukalah juga dengan kau tadi", Hawa kembali menoleh.
Keningnya dikerut, hatinya tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. "Betul... Aku nampak dia cari - cari kau dekat luar kafe tadi... Tapi kan, bagi aku walaupun Taufiq tu handsome, kawan dia lagi handsome"
"Kawan dia yang F1 racer tu ke?", Hawa meneka. Tampak Sofea mengangguk laju, betul lah tu.
"Tengku Aariz Akasyah is the most handsome man i have ever met in my life..."
"Itu kau, aku tetap dengan Taufiq Adrian"
YOU ARE READING
CINTA SANG PENULIS
RomancePertemuan yang tidak disangka... "He's the owner of Rian's Style and... the best writer also author in Malaysia, Riannatures...", SE Namun, siapa menduga hati yang tertutup keras mampu dibuka semula dengan selembut - lembut sentuhan... "Saya masih b...