"Nnggh, ah sakit!", Hawa bangun dari rebahnya yang lama sambil memegang kepalanya yang masih lagi berdenyut kuat. Berpinar - pinar lagi pandangannya namun akhirnya pulih setelah duduk menenangkan fikiran.
"Ish, kau ni! Buat terkejut aku je", Sofea memukul sekilas lengan mulus Hawa dengan kuat. Hawa yang lama menahan geram menampar sekilas pipi gebu Sofea sebagai balasan. Memuaskan hati yang penuh dengan amarahnya.
"Kau tampar aku, Hawa?!"
"Kalau kau tak pukul aku tadi, aku tak tampar kau la!"
Mulut Sofea terkumat - kamit seolah menyumpah dalam diam. Hawa memutarkan bola matanya menghiraukan Sofea. Pintu wad VIPnya kedengaran dibuka dengan kasar. Arrayan masuk dengan nafas yang tercungap - cungap, laju tangannya menggapai katil Hawa untuk bertahan.
"Awak okay tak, Rayyan?", melihat Arrayyan yang sedaya upaya membetulkan nafasnya, dia tahu pasti ada seuatu yang mengejutkan bakal disampaikan."T-tuan I-idris, nak kahwinkan Señorita dengan T-tuan S-syafiq!"
Betapa terkejutnya Hawa Raeessa sehingga jantungnya berdetak laju mahu meletus. Air matanya mula menghangatkan bola mata. Tergamaknya seorang abang ipar yang dia terima baik dalam keluarga melakukan pengkhianatan yang akan dia kenang sehingga hembusan nafas terakhir. Jarum yang tertusuk belakang tangan kirinya dicabut dengan sekali tarikan.
"Aku nak jumpa Ian... Rayyan, siapkan pesawat. Kita bertolak sekarang", arah Hawa dengan wajahnya yang menunduk.
Terlopong Arrayyan dan yang lain mendengar arahan daripada Hawa. Hawa yang tertunduk tadi mengangkat wajahnya dengan pipi yang mulai basah. Bergegas Arrayyan keluar mencari anak buahnya yang lain.
Di sisi lain, Tiara masih setia berada di sisi katil abangnya yang masih lena tidak mencelik mata. Jemari abangnya yang panjang disatukan dengan jemarinya. Belakang tangan Taufiq dicium lama beriring tangisnya yang mula melebat.
"Yara minta maaf, abang... Yara tak sepatutnya marahkan abang. I'm sorry, Taufiq", lengannya membalut pinggang ramping Taufiq. Hangat sentuhan darpada Tiara membuatkan Taufiq membuka matanya yang layu.
Taufiq mendengar tangisan adik perempuannya yang sudah terbaring, melepekkan kepala di atas perutnya yang rata dan berketak. Tangannya yang digenggam Tiara, dieratkan lagi genggamannya seolah memujuk dalam diam.
Hati dan kepalanya masing - masing tidak seragam pemikirannya. Hatinya menyuruh untuk memanggil dan membujuk hati Tiara yang berduka. Sedangkan fikirannya hanya menyuruh untuk membiarkan Tiara terus menangis sehingga terlena. Masing - masing seolah tidak membantu tika ini, membuatkan Taufiq hanya diam tidak beriak.
"Lama lagi ke kau nak nangis, Yara?", suara garau itu mengejutkan Tiara yang masih bermanja dengan abangnya. Kepalanya diangkat laju, wajah tampan Taufiq yang sedang merenung ke arahnya tanpa senyuman nan datar itu melegakan hati. Akhirnya, dia kembali mendengar suara abangnya yang sudah hampir seminggu tidak didengari.
"RIAN!", Tiara bangun dari duduknya dan memeluk tengkuk Taufiq. Mujur sahaja Taufiq tidak terjatuh ke bawah katil saat tubuhnya menerima pelukan daripada Tiara.
Sedang dia membalas pelukan daripada Tiara, pintu wadnya kedengaran seolah dibuka dari luar. Seorang jejaka yang tinggi lampai datang bersama dengan seorang wanita yang anggun di sisi, barangkali isterinya menghampiri katilnya.
"Assalammualaikum, Rian"
"Waalaikumussalam, Fateh al - Adneen, Medina. Ada apa - apa berita ke?"
YOU ARE READING
CINTA SANG PENULIS
RomancePertemuan yang tidak disangka... "He's the owner of Rian's Style and... the best writer also author in Malaysia, Riannatures...", SE Namun, siapa menduga hati yang tertutup keras mampu dibuka semula dengan selembut - lembut sentuhan... "Saya masih b...