BAB 10

3 0 0
                                    

Langkahnya terasa begitu berat. Matanya tidak henti - henti memanas kerana air mata yang bergenang. Ingin saja dia mengalirkan air matanya, namun melihat wajah Syafiq yang menggerunkan, jantungnya saja seolah hendak meletup. Sampai di pelaminan, Haris melepaskan genggaman tangan Hawa. Sempat dia mengesat air mata jantannya yang mahu menitis.

                  Turun dari pentas, Haris mengambil tempat di sebelah tok kadi. Sebelum ijab kabul dimulakan, tok kadi menghampiri Hawa untuk mengaju soalan.

"Cik Hawa Raeessa binti Razlan, adakah Cik Hawa menerima Tuan Syafiq Mikhael bin Mazlan sebagai suami Cik Hawa?"

Hawa mengalih pandangan melihat Syafiq dan abangnya. Kawannya, Maleeka, merapat dan berbisik di telinganya.

"Taufiq dah sampai"

Tersentak Hawa seketika mendengar kata - kata kawannya. Pantas bibirnya mengucap kata nafi.

                     "T-tak. Saya tak bersetuju Tuan Syafiq menjadi suami saya"

Syafiq yang menahan amarah menghentak meja sebagai tanda protes. Dia bangun dengan kasar dan mencuba untuk mendekati Hawa. Haris sudah tidak senang duduk melihat adiknya bakal diserang, Haris bangun dan menhentikan langkah Syafiq.

                   "Kau ke tepi, Haris! Sebab kau, aku tak dapat kahwin dengan adik kau, tahu tak?!"

Syafiq yang begitu berani tanpa menghiraukan maruahnya, menaikkan tangan dan melempang wajah tampan Haris sehingga darah keluar mengalir dari tepi bibirnya.

                   "Syafiq! Kau dah melampau! Abang aku tak bersalah, kenapa kau berani naik tangan dekat dia?!"

                   "Hawa! Kalau bukan sebab abang kesayangan kau, aku dah boleh kahwin dengan kau!", Syafiq menggenggam kolar baju melayu Haris yang berwarna beige dan menumbuk dengan kuat. Melebam bawah mata Haris.

                 "Syafiq.. tolong Syafiq, jangan macam ni, Fiq. A-aku m-minta maaf"

                Syafiq menghiraukan semua alasan yang diberikan oleh Haris. Tumbukan dan tendangan masih diberikan kepada Haris. Hawa yang tidak tahan melihat abangnya yang diseksa dengan teruk, mengambil risiko menghentikan semuanya. Lengan Syafiq ditarik menjauh dan menarik abangnya.

"Sana, Hawa!"

"Sudahlah, Syafiq! Aku tak nak kahwin dengan kau, aku cuma nakkan Taufiq!"

"Taufiq, Taufiq, Taufiq! Itu je yang kau nak! Eh, Taufiq dah matilah!"

"No, Taufiq belum mati! Aku yang suruh dia selamatkan aku daripada kau... Dia dah sampai sini dah pun"

Syafiq mengepalkan tangannya menahan geram. Tidak mampu menahan, satu tamparan hebat mendarat pada wajah ayu Hawa. Hawa terjatuh tergeletak ke lantai mengeluarkan cecair meeah pekat dari mulutnya.

                 "Syafiq, ini tak ada dalam perjanjian kita!", Idris cuba menghentikan amarah Syafiq. Akan tetapi, Syafiq tidak sedikitpun mengendahkan orang ramai yang sedang melihatnya.

                 Sanggul Hawa ditarik kasar, mendongakkan kepala Hawa. Matanya sudah merah dan sembab dengan air mata yang tak henti mengalir.

                  "Taufiq kau, takkan datang, Hawa Raeessa!"

Baru sahaja tangannya naik untuk menampar pipi Hawa, pintu dewan dibuka seluas - luasnya. Seorang jejaka yang tinggi lampai, hadir lengkap bersama baju melayu berwarna navy blue bersampingkan songket berwarna krim dan bertongkat kayu berukir terpapar di muka pintu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA SANG PENULISWhere stories live. Discover now