BAB 9

0 0 0
                                    

Hawa merampas lembut fail yang dihulurkan oleh Taufiq. Taufiq menarik nafas panjang dan melepaskan dengan penuh sayu. Bagaimana dirinya boleh terjatuh ke dalam dakapan musuh terketatnya? Mengapa Hawa perlu berlakon seperti ini? Adakah cinta Hawa kepadanya selama ini sama seperti apa yang dia rasakan?

            "Eessa minta maaf, Ian-", tidak sempat dia menoktah bicara, Taufiq pantas memotong.

            "But why, Eessa?! Kenapa awak kena buat saya macam ni? Dalam fail ini, awak syak saya bunuh papa awak, then why awak masih ada dekat sini?!", Taufiq mengambil fail tersebut dan menghempas kasar ke atas katilnya. Membuatkan Hawa tersentak kerana tindakannya yang penuh amarah dan mengejut.

            "I-ian, please jangan macam ni...", rintih Hawa. Tangannya memegang lembut lengan kekar Taufiq.

            "Kenapa perlu awak cintakan saya kalau awak syak saya bunuh papa awak?! Pergi, Eessa!", lengannya ditarik kasar melepaskan dari genggaman tangan lembut Hawa. Hatinya sungguh terguris dengan kebenaran Hawa. Mengapa dia perlu diperlaku sebegini?

            "Saya tak syak awak, Ian! Please, Ian! Itu semua zaman silam Eessa! Saya nak bahagia dengan awak! Saya datang ni bukannya nak bergaduh dengan awak, saya nak awak kembali pada saya. Kahwin dengan saya. Kalau awak tak balik pada saya, Syafiq akan kahwin dengan saya. Tolonglah, Ian! Saya cintakan awak!"

            "Kenapa saya kena percayakan awak kalau awak sendiri tak percayakan bakal suami awak?"

Jantungnya hampir luruh saat Taufiq sanggup menitikan ayat itu di bibir. Dia tidak pernah menyangka bahawa Taufiq ialah pembunuh bapanya. Tampak seperti seseorang sudah berlaku kejam terhadap fail kumpulan gelapnya. Berkali - kali dia melihat dan membelek setiap muka surat dan kandungan kertas - kertas di dalam fail itu. Sudah dihafal. Dia tahu semua ini ialah sebuah pengkhianatan.

Hawa bangkit dari duduknya dan perlahan meninggalkan Taufiq. Tiara dan yang lain terpinga - pinga melihat Hawa yang keluar dengan penuh kehampaan di wajah. Tahulah mereka bahawa Taufiq sudah mengguris hati tisu wanita itu.

Fateh, Luis dan Arrayyan bergegas masuk ke dalam wad untuk berbincang dengan Taufiq. Manakala Medina dan Tiara menarik Hawa dengan penuh lembut untuk didudukkan di kerusi dan membujuk hati wanita yang lara itu.

             "Rian, what did you do to Hawa?", Luis membuka soalan. Fateh duduk di sebelah Taufiq menayang riak wajah bersalahnya.

             "Tuan Adrian, Yan percayakan tuan melebihi Yan percayakan Senorita. Tapi, Yan tak tahu yang tuan sanggup buat Senorita macam tu! Let me tell you someting, Tuan Adrian", Arrayyan mengeluarkan sekeping surat dari kocek jaketnya.

              Surat itu dihulur kepada Taufiq yang masih lagi memasang wajah dinginnya. Penuh keterpaksaan, Taufiq mengambil surat itu lalu membukanya. Tulisan itu turut menakutkan dirinya, dapat dibayangkan ketakutan Hawa saat membaca kandungan surat tersebut.

"Hello, Hawa Raeessa binti Razlan... Or, should i call you, Mujer Poderoso?"

Pembukaan surat itu sahaja sudah cukup menggerunkan hati pembaca.

"Long story short, saya cuma minta Cik Hawa, kahwin dengan saya. Jikalau Cik Hawa nak selamat, kahwinlah dengan saya. Atau, saya akan bongkarkan semua rahsia gelap Cik Hawa, kepada kekasih yang paling Cik Hawa cintai, Taufiq Adrian or the leader of Rey Oscuro"

Terhenti bacaan Taufiq. Tidak mampu dia membacanya lagi, terlalu banyak luka yang sudah terlakar di hati. Kini, dia sedar apa yang Hawa fikirkan sedari tadi. Isi fail ini, mungkin sudah digodam dan dipalsukan isi kandungannya oleh Syafiq.

                  "Suka untuk saya ingatkan, fail ini lama kami simpan. Kami kehilangan fail ini sebanyak dua kali. Yang pertama, oleh seseorang yang masih kami jejaki. Seorang lagi adalah disebabkan oleh Mejar Fateh al - Adneen. Akan tetapi, kami faham mengapa Mejar Fateh mencuri fail ini. Cuma, kami tidak menyangka, isi kandungan fail ini telah diubah oleh seseorang... Jadi, Senorita syak Tuan Syafiq lah yang mengubah kandungan fail ini. Kami minta maaf, Tuan Adrian. Dan, lagi satu, minggu depan, Tuan Syafiq bakal berkahwin dengan Senorita. Kami berharap tuan dapat selamatkan Senorita daripada Tuan Syafiq. Segala kontrak dan hitam putih antara Tuan Syafiq dan penganjur majlis ada pada Luis. Kami minta diri dulu, Tuan Adrian"

Arrayyan memberi tunduk hormat sebelum berlalu pergi. Taufiq yang masih terkedu mula meneteskan air mata. Hatinya terasa sungguh berat tatkala dia tersedar kesilapannya. Dengan mata yang sayup, dia mengalihkan pandangannya ke wajah Fateh dan Luis. Matanya kini menyimpan seribu satu amarah. Api yang kian membara menaikkan semangatnya untuk mendapatkan semula penghuni hatinya.

                "Luis! You know what you should do right now!", jarum yang mencucuk belakang tangannya dicabut. Begitu juga balutan di kepalanya. Langkahnya laju mencuba untuk mengejar Hawa, namun saat pintunya terbuka, kelibat Hawa dan Arrayyan sudahpun sirna dari pandangan.

                 "Fateh, siapkan flight! Luis, bawa semua dokumen berkenaan pernikahan Syafiq dan Eessa! Medina, sediakan baju dan dulang - dulang hantaran! Jumpa di airport!"

Usai memberi arahan, Taufiq mengambil perkakasnya dan bersama mereka yang lain meninggalkan hospital.

Seminggu berlalu, hari yang digeruninya telahpun tiba. Hawa mengenakan kebarung labuh berwarna navy blue bersama lilitan tudung bawal berwarna navy blue yang labuh menutup dada. Wajahnya dirias dengan cukup tipis namun memadai untuk menutup segala kekurangan. Seketika, mindanya berlari mengingati kata - kata yang pernah diucapkan oleh Taufiq.

                  "Kalau Eessa rasa yang Eessa tak cantik, Eessa kena ingat yang Ian akan sentiasa pandang Eessa walau teruk macam mana pun muka Eessa. Sebab Eessa sentiasa cantik di mata Ian, walaupun tak pakai makeup"

Helaian tisu segera digapai untuk mengelap kering air mata yang bakal mengalir di pipi. Dia harus menyembunyikan tangis dan sedihnya agar tidak disyaki oleh Syafiq. Setelah semua aksesori selesai diletakkan pada badan, Hawa bangun dengan perlahan dan berjalan menuju ke hadapan pintu kayu bilik bersiapnya.

Dek kerana derapan kasut tumit tinggi sudah bergema, pengawal yang menjaga keberadaan Hawa di hadapan pintu memulas tombol. Terpampang dengan indah sosok wanita yang ideal tubuhnya, menyerlah indah dengan batu permata pada bajunya yang bersinar kerana cahaya yang memancar. Bunga tangan yang digubah oleh kakaknya digenggam erat.

Abangnya yang bakal mengiringinya ke pelaminan, melangkah mendekati adik perempuannya yang menatap kosong jubin lantai dewan pernikahannya. Dagu Hawa diangkat, dahinya berkerut melihat wajah adik perempuannya yang tampak begitu pasrah dengan keadaan semasa.

"Wawa, adik abang... Abang minta maaf atas semua kejadian yang menimpa keluarga kita. Abang tak sangka, Idris sanggup buat Wawa macam ni. Abang sayang Wawa, dan abang tak pernah rela kahwinkan Wawa dengan Syafiq. Abang... Hanya akan nikahkan Wawa, kalau suami Wawa ialah Taufiq Adrian. Terima kasih sebab berkorban demi keluarga kita, Wawa"

                    Kata - kata Haris yang penuh sayu itu membuatkan tatapan kosong Hawa melayu. Haris merapatkan dahinya dengan dahi mulus Hawa. Haris mencantumkan jemarinya dengan kepunyaan Hawa dan memulakan langkah mereka menuju ke pelaminan.

CINTA SANG PENULISWhere stories live. Discover now