"Eessa, kau betul ke ni? Kau nak pergi sendiri? What if something bad happen to you? Aku tak ada dekat sana nak tolong kau!"
"Eh kau ni! Cuba doa yang baik sikit, anak - anak buah ayah aku masih ada dekat kawasan sana. Insha Allah aku okay aje. Lagipun, Ian ada dekat sana. Pretty sure he will take a good care of me"
"Okay kalau macam itu. Dah, aku nak pergi kafe. Apa - apa nanti bagitahu aku tau! Dah, pergi makeup sana. Nanti lambat pula pergi majlis Taufiq"
"Okay, aku gerak dulu, assalammualaikum"
Telefonnya dialihkan dari telinganya, panggilan dimatikan. Berus makeupnya digapai dan riasnya disambung.
Telefon pintarnya dibuka seketika, terpampang figura Hawa yang mengenakan jubah abaya berwarna navy blue dan sepatunya berwarna krim. Lilitan selendang yang begitu kemas menutupi dada. Bagaimana tidak Hawa menjadi wanita idaman Taufiq Adrian jika cara berpakaiannya sahaja menepati ciri - cirinya.
"Adrian, i guess we should go now, we could be late later"
"Sure, but i need to make a call first... Just get into car first, I'll be right back"
"Alright, mate"
Nombor telefon Hawa didail dan panggilannya terus diangkat. Hawa pula menukar panggilannya menjadi panggilan video.
"Hai, Eessayang, assalammualaikum"
"Eh, I-ian! D-dah gerak ke?"
"Ian baru nak keluar rumah... Eessa... Cantik - cantik nak kemana? Tidur hotel pula tu"
"Eessa ada majlis pagi ni. Konvokesyen 'boyfriend' Eessa"
"O-oh... Okaylah, gerak cepat! Nanti lambat"
Terus Taufiq mematikan panggilan. Jantungnya berdetak laju, tangannya dikepal erat menahan amarah. Jikalau Hawa sudah bernikah dengannya, sudah pasti diajar dengan teruk. Berani - berani dia membuat seorang Rian cemburu?
"Fuuh, nasib baik aku cover. Hehe, kesian dia.. senang - senang kena tipu dengan aku?", besar tawa Hawa melihat wajah cemburu Taufiq sebentar tadi. Pakaiannya dikemaskan sebelum digapai beg tangan mewahnya.
Kaki kanannya sudah melangkah masuk ke dalam dewan yang megah itu. Tempat duduknya juga sudah diambil. Hawa masih berada dalam perjalanannya. Memandu dengan laju hanya untuk seorang jejaka bernama Taufiq Adrian.
Tiba di dewan majlis itu, wajahnya ditutup dengan sehelai kain dan dipinkan pada tudungnya. Langkahnya laju memasuki dewan dengan diiringi beberapa anak buah mendiang bapanya.
Hawa mengambil tempat duduk di belakang sekali namun masih boleh untuk melihat figura jejaka itu dengan cukup jelas.
Maka bermulalah majlis konvokesyen di universiti itu. Hawa menanti cukup lama untuk giliran Taufiq menerima skrol sijil konvokesyennya. Sehingga tiba di bidang literature, Taufiq berada di barisan hadapan.
Bergegas Hawa menggapai telefon pintarnya dan merakam momen indah tersebut. Saat Taufiq sudah turun dari pentas, Hawa berlalu ke luar dewan dan menanti Taufiq dari kejauhan. Lokasinya dikongsi kepada nombor Taufiq.
Taufiq yang barusan menerima mesej itu pun keluar menuju ke destinasi yang diberi. Meninggalkan dewan memandangkan sidangnya sudah selesai. Saat tiba di lokasi itu, matanya melilau dengan riak yang agak teruja. Akhirnya bola matnya terhenti pada sosok seorang wanita berhijab yang sedang membuka tutupan kain pada wajahnya. Taufiq melebarkan senyuman saat melihat Hawa merupakan wanita yang sering mengikutinya selama ini.
YOU ARE READING
CINTA SANG PENULIS
RomancePertemuan yang tidak disangka... "He's the owner of Rian's Style and... the best writer also author in Malaysia, Riannatures...", SE Namun, siapa menduga hati yang tertutup keras mampu dibuka semula dengan selembut - lembut sentuhan... "Saya masih b...