Seduction | 41

4.9K 420 36
                                    

         "APA lagi kau nak? Kau nak ugut aku lagi? Kau nak sebarkan apa pula kali ni? Tak cukup lagi kau dah hancurkan hidup aku? Atau kali ni, kau nak bunuh aku pula?" Soal Emylia dengan wajah serius. Walaupun begitu, disebalik dadanya sudah terasa mahu pecah bila lelaki ini muncul dihadapannya secara tiba-tiba.

Lepas berita tentang dirinya tersebar dua hari lalu, dia larikan diri. Tak sangka, lelaki ini tetap dapat jumpa dia. Jujur, berbanding polis dia lebih takutkan Hans. Lelaki yang dia kenal tak sampai dua bulan namun mampu buat dia rasa takut seumur hidup. Amaran-amaran yang Hans pernah berikan pada dia dua bulan lalu kembali bergentayangan di ruang fikiran.

Hans buat tak endah dengan soalan itu. Tanpa bicara, dia melangkah masuk ke dalam bilik hotel yang dihuni Emylia Rose. Sama seperti hari pertama dia melangkah masuk ke dalam rumah wanita itu lebih dua bulan lalu untuk beri amaran pada Emylia. Dia mahu tahu apa yang berada didalam fikiran Emylia, dua bulan wanita akur akan arahannya dan mendiamkan diri namun semalam wanita itu telah lakukan satu masalah yang sangat besar — dia berjumpa dengan Amanda.

Hans labuhkan punggungnya diatas sofa. "Aku dah bagi amaran supaya jangan ganggu Amanda." Mendatar. Langsung tak dapat ditafsirkan apa niat dia memberitahu hal yang Emylia sudah sedia maklum.

Emylia tersenyum sinis. "Kau ingat, aku akan biar je perempuan sial tu bodohkan Daniel? Kalau kau buat aku macam ni sebab kau nak protect Amanda, aku buat semua ni atas alasan yang sama pada Daniel."

Bodoh, sekurang-kurangnya dia bergadai nyawa untuk manusia yang ada pertalian darah dengan dia. Emylia?

Tidak menunggu lama, Hans bangkit dari sofa dan leher Emylia terus dicengkam kuat sebelum ditolak secara kasar ke dinding di belakang wanita itu.

"Argh! Lepas!" Wajah Emylia berkerut. Seluruh tenaga digunakan untuk merungkaikan cengkaman Hans tetapi ianya hanya menguatkan lagi cengkaman lelaki itu.

Lama lelaki itu bersabar, satu per satu perbuatan wanita ini dia cuba pejamkan mata sampailah satu kejadian yang buat dia mahu bunuh Emylia Rose detik itu juga — asid.

Malam tadi, Emylia tambah satu lagi alasan untuk dia bunuh Emylia. Dia bukanlah lelaki yang jahat, tetapi dia juga bukan lelaki baik. Setakat ambil satu nyawa manusia yang menyusahkan dia, itu benda mudah. Hidup Emylia pun bukannya ada makna lagi. Aibnya sudah tersebar satu Malaysia.

"Arh!!!" Air mata Emylia jatuh, dadanya sudah semakin sempit.

"Satu lagi Emylia, buat satu lagi benda bodoh pada Amanda aku akan pastikan kau tak nampak hari esok lagi. Aku tak suka ulang apa yang aku dah warning." Cengkamannya dilepaskan dan tubuh Emylia terus terlorot ke lantai.

Nafasnya ditarik dalam namun dia terbatuk-batuk. air matanya yang mengalir di pipi dikesat menggunakan jemari yang sudah menggigil hebat.

Tiba-tiba, rambutnya dicengkam dan kepalanya didongakkan memandang wajah Hans. "Ingat muka aku sebelum kau fikirkan Amanda, kau lari ke hujung dunia sekali pun aku akan tetapi jumpa kau." Kepala Emylia dilepaskan kasar dan dia berlalu pergi dari situ.

Hans kekal tenang.

"Kalau kau betul nak protect Amanda, kau tak sepatutnya buat dia buat semua benda ni! Kau sendiri tahu Daniel tak ada kaitan dengan kejahatan ayah dia!" Bidas Emylia.

"Itu bukan urusan kau,"

"Kau sama je! Aku tahu, sebenarnya kau yang sebarkan semua footage tu pada media kan? Sebab aku langgar arahan kau! Kau tak layak untuk arahkan aku untuk buat apa-apa!"

"Hey, lebih baik kau bunuh aku je dari kau buat semua ni sial!" Sambung Emylia lagi bila Hans hanya membisu.

Keluar sahaja dari bilik hotel itu, telefon dibuka dan nama seseorang didail.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang