Bab 23

1.3K 52 9
                                    

Maaf kalau korang rasa mcm story Khalish byk skip tau ...ada masa author edit dan buat full ..lagipun untuk story Izz dan Khalish akan tetap di wattpad kecuali Aariz akan ada di ebook upcoming soon..author takda rasa nak jadikan trio ni fizikal book...so biarlah diorang kat sini je...


           Kini setelah bulan berganti bulan , kandungan Kayla sudah hampir menginjak usia 8 bulan . Mereka berdua baru sahaja habis check up pengembangan anak mereka . By the way , it's a boy ! Orang pertama paling teruja semestinya , Khalish.

           Sewaktu kandungan Kayla berusia 6 bulan dan dimana mereka baru sahaja dapat tahu tentang jenis kelamin anak mereka , Khalish terus ingin mengajak Kayla berbelanja barangan bayi .

            Tetapi , Kayla taknak . Dia kata terlalu awal . Khalish hanya menurut walaupun sedikit sedih. Jadi harini , mereka sedang menuju ke shopping mall . Doktor kata Kayla dah dalam menunggu masa untuk bersalin , jadi mereka putuskan untuk pergi berbelanja barangan bayi selepas habis appoiment harini.

           "Sayang boleh ke berjalan ?" soal Khalish sambil menolong Kayla keluar dari kereta . Perutnya sangat besar dan bulat! pergerakan isterinya turut terbatas .

            "Kalau tak boleh , kenapa? abang nak dukung Kayla ?" teka dia mengusik suaminya. Tapak tangan Kayla setia mengusap perutnya , mungkin rasa sedikit gatal . Doktor kata rasa itu disebabkan kulit perut nya tertarik bila anak dalam kandungan semakin membesar .

              "Takda lah ."

              "Habis tu? kenapa tanya ?" heran Kayla . Kalau takda niat nak tolong , kenapa tanya . Pelik je suaminya ni .

               "Saja , sebab kalau Kayla tak boleh nak jalan ...abang nak ambil troli mall je , tolak sayang masuk . Hehehehe ." sakat Khalish sambil menuntun Kayla ke dalam .

               Isterinya di sebelah dipandang sekilas sebelum dia tersenyum sendiri . Kayla yang perasan akan hal itu , berkerut heran. Dah kenapa suami dia ni ?

             "Abang kenapa? ada awek cantik lalu ke sampai tersengih sorang-sorang ?" mata Kayla menyipit tajam . Khalish semakin tak mampu menahan senyuman dia . Akhirnya dia tertawa .

             "Bukan cuma...abang tengok sayang ni, jalan macam penguin . Apa susah sangat ke nak jalan dengan perut tu ?" tawa Khalish . Kayla membulat matanya. Khalish ketawakan dirinya ? seriuslah ?

             Pak!

             "W-woo hahaha agresif , mama penguin jadi agresif main pukul-pukul!" usik Khalish sambil menghalang tangan Kayla yang ingin mencubit perutnya pula.

              "Abang! eyyy! kalau tak disebabkan abang , takda nya Kayla jalan macam ni ! semua salah abang tau!" bebel Kayla masih meronta tangan ingin mencubit perut suaminya.

            Khalish hanya tertawa . Dah lah pendek ! ada hati nak cubit dia . Tak sampai tangannya pun !

            Tiba-tiba...

            "Sorry miss , can i help you ? is this man messing with you ?"

           Spontan terhenti pergaduhan mereka berdua di pertengahan mall . Guard yang berada di hadapan mereka dipandang lama.

          "Uih ...helok..."

           Tersentak Khalish dengan pujian Kayla meluru pada guard lelaki itu . Pantas , tangan dia menarik pinggang Kayla merapat pada tubuhnya.

Mia Moglie  (in editing new storyline)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang