BAB 2

1.2K 85 6
                                    

SETIBANYA di sebuah kafe yang dijanjikan, Sofea terus melangkah masuk dan mencari susuk tubuh Farah. Farah mengangkat tangan, melambai. Sofea yang melihat lambaian itu tersenyum seraya melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Farah.

"Kau lambat!" dengus Farah.

"Seminit je pun. Tu pun nak berkira." Sofea melihat jam di pergelangan tangan.

"Kau oder apa?" tanya Sofea, ingin tahu.

"Macam biasa. Stik, bolognese, macaroni cheese meatballs dengan dessert."

Sofea terlopong. "Kau oder banyak sangat kenapa? Siapa nak habiskan nanti?"

Farah mengangkat jari telunjuknya dan ditunjuk kepada Sofea sebelum tertawa kecil.

"Kau tu kena makan banyak sikit. Aku tengok kau dah makin kurus sekarang. Orang lain kerja juga, tapi tak adalah sibuk macam kau. Macam kompeni tu kau sorang je yang kerja," perli Farah.

Bukannya dia tidak tahu terkadang sahabatnya itu tidak makan tengah hari kerana terlalu sibuk dan hanya pulang ke rumah apabila matahari sudah melabuhkan tirai.

"Kau ni, sejak bila ganti ibu aku? Pantang nampak muka aku, mesti ada je nak dibebelkan," sindir Sofea.

Belum sempat Farah membuka mulut, pelayan menghantar makanan dan disusun satu per satu di atas meja, lalu beredar.

Sofea teringatkan sesuatu. Dia menyelongkar tas tangan dan meletakkan sekeping kad di atas meja.

Farah yang melihat kad berwarna hitam itu mengerutkan dahi dan menghantar pandangan penuh tanda tanya kepada Sofea.

"Tu klien baru aku," jawab Sofea pendek.

"Okey. Lepas tu?" Farah mengangkat kening sebelah.

"Klien aku kali ni pelik sikit. Cuba teka kompeni dia tu pasal apa?" Sofea berteka-teki.

Farah mengerutkan dahi.

"Yang pasti bukan agensi yang cari orang hilang, kan?" Farah memutar-mutar spageti dengan garpu.

"RH stands for Rich Husband."

Jawapan selamba Sofea menyebabkan Farah tersedak. Dia terus menyisip air yang berada di hadapannya.

"Agensi jodoh?" tanya Farah sambil ketawa.

Sofea turut tertawa. Dia meneruskan suapan sebelum membuka mulut sekali lagi.

"Lebih kurang, tapi yang ni lain sikit sebab dia yang tolong kita. Dia boleh carikan calon suami yang kita idamkan, lepas tu dia akan buat orang tu sukakan kita dan tadaaa... kahwin!" Sofea bercerita dengan bersungguh-sungguh.

Farah menghamburkan tawa sekali lagi. Perbuatannya itu menyebabkan beberapa orang yang berada di sekitar memandang mereka.

"Kompeni apa yang merepek sangat ni? Lepas tu, kenapa kau bagi tahu aku? Aku dah ada suami, okey!" bisik Farah perlahan, tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka yang dirasakan aneh.

"Saja! Projek yang aku terima sekarang ni, dia orang nak buka satu lagi cawangan. Mesti ramai yang guna khidmat kompeni ni, kan?" tutur Sofea.

"Bunyi macam scam je. Kita bayar dia untuk tolong kita mengurat orang kaya yang kita nak jadikan suami?" Farah seperti tidak percaya.

"Ya. Bukan semua orang boleh. Orang biasa macam kita takkan pernah ada dalam senarai dia orang," terang Sofea lagi.

"Kau tak nak cuba?" Farah bergurau.

"Kau rasa, patut tak aku cuba?" seloroh Sofea sebelum tangan Farah melekat di lengannya.

"Eiii, kau ni, sakitlah! Aku tak gila lagi. Lagipun, fi dia mahal." Sofea menjeling Farah.

[Terbit & Revamp] Misi Memikat Anak Raja / Terlanjur MilikmuWhere stories live. Discover now