2.

1.5K 205 43
                                    

Time Stamp.

Tangan mencapai straw kemudian dibawa ke bibir

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tangan mencapai straw kemudian dibawa ke bibir. Ice Lemon Tea disedut menuruni rengkung. Tindakan spontan sebab tak nak tunjuk yang sekarang ini dia tengah kekok.

Hati dan kepala tengah berperang, menyoal diri sendiri kenapa dia setuju untuk terima ajakan dua lagi manusia yang sekarang duduk bertentangan dia dan Nasya.

'Nuah!' Suara Hadi yang terkejut kembali terngiang. Tak sangka sangat agaknya dengan nama penuh Nathan.

'Layt Intiqab? Nama abang ter-sangatlah vibes Ayat-ayat Cinta.'

'Itulah, nama bukan main beriman tapi buat kerja macam nak binasakan diri sendiri dekat neraka.' Nathan sama melayan dengan gelak yang pecah.

Dhuha menggeleng kecil. Straw dalam gelas dimainkan. Otak masih mencerna kejadian tiba-tiba dia dan Nathan boleh duduk dalam ruang yang sama. Agak-agak, kalau Sophie yang sekarang tengah sibuk di Jepun tu tahu, apa reaksi dia?

"Dhuha, kau apa khabar?"

Dhuha mendongak. Kening diangkat tinggi sambil membalas tatapan Nathan. Mak aih, larut sangat dengan fikiran sendiri sampai kena tegur pun boleh terkejut. Nasib baik tak terbalik dari kerusi.

"Sihat." Dhuha sengih walaupun interusive thougt dia sekarang menyuruh dia simbah diri sendiri dengan Iced Lemon Tea sebab buat perangai awkward tak reti cover.

"Yalah, kalau sakit kita tak jumpa hari ni."

Erk. Dhuha nak join Nathan tergelak tapi tekak dia rasa kering. Perangai tak berubah punlah mamat ni.

"Kau datang uni memang sebab nak bagi talk ke?" Hampir lima saat, Dhuha cuba bertenang dan berusaha untuk mencairkan suasana janggal yang menguar.

Tak kan nak biar Nathan seorang yang tanya soalan? Dah gaya macam orang tak sudi aje dengan Dhuha yang jawab sepatah-sepatah. Walaupun sebenarnya kepala dia berselirat dengan beribu tanda tanya menuntut jawapan.

Terkejut sangat sampai otak dan mulut pun jadi kelu kaku untuk bertanya. Mungkin juga tempoh hampir tiga tahun belakangan ini terusik kembali segala memori yang ada. Satu-persatu. Bertubi-tubi. Sampaikan Dhuha tepu nak membuat apa-apa reaksi.

"Taklah. Aku datang tadi sebab nak jumpa Encik Fakhrul je. Saja datang melawat lepas tu Hadi yang minta aku buat pengisian sikit." Ringkas Nathan bercerita.

Dhuha mengangguk. Encik Fakhrul tu kalau tak silap Dhuha, pensyarah yang jadi supervisor dan kesayangan Nathan zaman belajar dulu.

"Kau menulis lagi?" Melihat anggukan Dhuha, soalan lain pula diaju.

"Masih cuma dah jarang publish buku sebab sibuk buat benda lain." Dhuha menarik nafas panjang sebelum dilepas. Itu namanya alasan skema ikut protokol, alasan sebenar memang Dhuha seorang aje yang tahu.

PALETTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang