"Lya....
Lya....
Lya...."
"Papa ingin melihat puteri papa berjaya sehingga di akhir hayat papa.. maafkan papa lya, nampaknya disini sahaja perjalanan Lya menjalankan hidup tanpa seorang bapa"
"Ingat pesan papa.. carilah lelaki yang faham kamu dan layan kamu seperti apa yang papa berikan kepada kamu"
"Lelaki boleh menjadi insan yang kejam namun sebahagiannya boleh menjadi seorang yang penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Papa tidak ingin kamu berakhir dengan penderitaan.. apa yang papa minta hanyalah mencari lelaki yang layani kamu seperti papa berikan"
"Dengan itu, kamu dapat menghabiskan sisa hidup kamu dengan kebahagiaan seperti papa dan mama... jaga lah permaisuri hidup kamu lya, papa hanya dapat memberikan kata-kata nasihat kepada kamu untuk dijadikan panduan hidup setelah papa tidak lagi berpijak dimuka bumi ini"
Dengan itu tepat 31 Julai berakhirlah Riwayat Seorang Bapa yang menghembuskan nafas terakhir dengan menyebut nama puteri kesayangannya itu.
Puterinya yang dipanggil Lya hanyalah 9 tahun pada hari pemergian rajanya namun tidak mempunyai peluang untuk melihat bapanya yang sedang terbaring nazak di wad ICU.
Amelia iaitu mama lya, memberikan rakaman suara tersebut kepada Lya dengan niat ingin menenangkan puterinya tetapi malangnya Lya terlalu kecil untuk memahami kandungan suratan papanya itu.
3 jam kemudian,
Berakhirlah majlis pengebumian Seorang Insan yang disayangi ramai.
Aaron iaitu Papa kepada Lya adalah seorang lelaki yang bekerjaya dalam bidang perniagaan. Oleh kerana sifatnya yang penyayang, rumah Lya sentiasa dipenuhi tetamu yang ingin menjenguk keadaan keluarganya selepas kehilangan insan kesayangannya itu.
Keluarga Aaron dikenali sebagai 3A's Family kerana mempunyai satu abjad yang sama pada permulaan nama mereka.
YOU ARE READING
The A's Princess
Non-FictionShe grew up without a father Got betrayed by her past lover She was force to be independent from her childhood And now she succeed in her dream without a single man into her life Mampukah Tuan Hayder Mikhael memikat hati Aulia Laura untuk dijadikan...