She grew up without a father
Got betrayed by her past lover
She was force to be independent from her childhood
And now she succeed in her dream without a single man into her life
Mampukah Tuan Hayder Mikhael memikat hati Aulia Laura untuk dijadikan...
Encik Aaron memiliki sebuah Taman Tema Air terbesar di Malaysia. Oleh itu, Aaron mempunyai banyak kenalan atas urusan perniagaan sementara Puan Amelia adalah seorang penyanyi yang terkenal. Kelahiran puteri mereka, Lya disambut dengan meriah atas penungguan selama 3 tahun.
Lya membesar seperti seorang puteri dengan penuh kasih sayang yang diberikan oleh kedua ibu bapanya. Bagi Lya, Taman Tema papanya itu sudah sebati dalam dirinya kerana ia telah menjadi tempatnya untuk bermain setiap hari.
"Mama, bila Lya boleh turun ke kolam renang lagi? Lya nak main gelongsor warna-warni tu" kata Lya kepada mamanya yang sedang menguruskan urusan kematian Encik Aaron.
"Pergi lah main sayang, tapi kalini mama tak dapat ikut sekali.. nanti mama suruh Uncle Ayden temankan Lya" ucap Amelia kepada puterinya yang manis itu.
Ayden adalah seorang pembantu tetap dan pengawal peribadi kepada 3A's FAMILY yang telah berkhidmat selama 10 tahun. Bagi Lya, Ayden sudah dianggap seperti abangnya sendiri kerana dia membesar dengan Ayden yang sentiasa disisinya.
Berkaca mata seorang ibu, apabila mengetahui bahawa puteri kesayangannya tidak menyedari lagi dunianya yang tidak lagi mempunyai seorang ayah disisi.
"Lya... maafkan mama tak dapat berikan kasih sayang yang cukup pada Lya. Kita dah kehilangan Raja yang mewarnai hidup kita sekeluarga. Tetapi mama janji mama akan sentiasa ada dengan Lya selamanya." Amelia meluahkan isi hatinya dihadapan cermin.
Amelia adalah seorang yang sangat pendiam. Disebabkan itu, dia menyuarakan isi hatinya dalam lagu-lagunya yang menjadi tumpuan ramai.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Amelia dikenali sebagai seorang penyanyi yang mempunyai suara yang sangat lembut dan lunak, akan tetapi disebalik lagu-lagu yang sentiasa menarik perhatian orang ramai.. Amelia adalah seorang insan yang pemalu dan tidak sukakan perhatian.