Majlis pun berakhir dengan tepukan gemuruh kepada Aulia. Sebelum pulang, Aulia keluar bersama Stella untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut... mahu bekerja dalam company yang sama kan? apa salahnya meluangkan sedikit masa bersama kawan baru.
"So...Stella?" panggil Aulia
"Yes babe?" jawab Stella
"Do you know a guy yang duduk dekat atas balcony of the hall tadi?" tanya Aulia
"Ohh you mean that freakin handsome guy that everyone been talkin about but no one know who he is?" cakap Stella
"Yea I guess, do you know him?" tanya Aulia lagi
"Girl, no one knows about him.. no matter how many people talks to him, he would never answer" cakap Stella
"Hmm, bukan apa sebab I've been noticing this guy always pandang-pandang I a couple of time on some places" kata Aulia
"UWWWW SOUNDS LIKE SOMEONE GOT A SECRET ADMIRE..." kata Stella dengan muka yang gatal
"Eishh tak de lah, lagipun dia pendiamkan? orang pendiam mestilah banyak merenung" jawab Aulia
"Ha yelaaa, Ikut mung macam mana" kata Stella
"Ehh dah lewat dah ni, better aku balik dulu See ya at work Stella!!" jerit Aulia sambil melambaikan tangan kepada Stella
"Alrightt babai pretty!" jawab Stella
Aulia pun bergerak balik ke rumah jalan kaki kerana dia ingin merasai langit Perancis di malam hari. Namun, tidak ke Aulia mengetahui disebalik bandar yang indah dan cantik terdapat kisah gelap apabila matahari tidak lagi kelihatan pada bandar tersebut. Tanpa berfikir tentang hantu atau rasa takut, Aulia hanya memikirkan untuk menikmati masa perjalanan baliknya dengan tenang... setakat hantu disini, hantu di Malaysia lagi menakutkannya.
Tiba-tiba, sekumpulan motor datang ke Aulia dan meragut beg tangan dimiliki Aulia. Dengan kemahiran seni pertahankan diri yang pernah dibelajarnya sewaktu kecil, Aulia berjaya menghalang rompakan itu akan tetapi dirinya dikepung oleh seluruh geng motor tersebut. Walaupun Aulia memiliki ilmu mempertahankan diri yang kuat namun lumrah dirinya adalah seorang perempuan yang kekuatannya tidak mampu melawan seorang lelaki, Inikan lagi dirinya dikepung oleh lelaki-lelaki yang menaiki motor itu.
Pada malam itu, Aulia menjerit sekuat hati meminta tolong... sehingga dirinya menyedari bahawa kawasan yang dilaluinya adalah kawasan yang gelap yang sunyi dan sepi. Kedua belah tangannya telah pun dipegang dengan ketat oleh lelaki-lelaki tersebut dan apa yang berjalan difikiran Aulia hanyalah redha dengan apa yang bakal terjadi.
Beberapa saat kemudian, dalam keadaan yang separuh sedar... kehadiran suatu sosok tiba-tiba muncul dihadapannya. Aulia tidak mampu bergerak akibat dadah yang telah diberikan oleh sekumpulan geng motor itu dan hanya dapat menyaksikan pergaduhan fizikal yang dasyat dihadapannya... namun beberapa minit selepas itu, Aulia pun pengsan kerana kepenatan yang melampau.
YOU ARE READING
The A's Princess
Non-FictionShe grew up without a father Got betrayed by her past lover She was force to be independent from her childhood And now she succeed in her dream without a single man into her life Mampukah Tuan Hayder Mikhael memikat hati Aulia Laura untuk dijadikan...