BAB 1 ❄️

601 81 5
                                    



HARI ni tiada beza dengan hari lain bagi seorang Aisha Aleena. Kerja. Kerja. Kerja. Itu sajalah rutin seorang gadis bernama Aisha yang suka mengutamakan kerjanya dalam segala hal.

Di tempatnya, Aisha sibuk menaip laporan di komputer riba untuk dihantar pada director.

Sandwich yang dibeli pagi tadi masih tidak terusik. Hanya kopi yang disisip sesekali. Jari jemari yang laju menekan keyboard tadi terhenti dan dahinya mula berkerut.

"Arghh stress. Hari-hari macam ni boleh naik darah tinggi aku. Kenapa laa budak-budak ni tak boleh buat kerja dengan betul," gumam Aisha apabila melihat ada beberapa kesalahan dalam laporan itu.

Dia memicit pangkal hidung sebelum membetulkan cermin matanya. Laporan yang ditaip sekejap ditulis sekejap dipadam. Semua serba tak kena.

Tak boleh jadi ni.

Aisha mengambil keputusan untuk take five sebentar. Dia bangun dan berjalan ke lif. Butang tingkat paling atas ditekan. Di tangannya terdapat sandwich dan kopi yang dibeli pagi tadi.

Tiba di rooftop, Aisha terus menuju ke arah bangku yang tersedia. Di situlah biasanya tempat dia mencari ketenangan. Sesuai dengan apa yang dia perlukan sekarang.

Ketenangan.



AISHA mendongak ke langit yang biru. Tenang. Hilang penat matanya bila seharian memandang skrin komputer sahaja.

Sudah lebih tiga tahun dia bekerja di sini dan inilah tempat paling tenang untuknya. Jauh dari manusia.

Aisha mula membuka balutan plastik sandwich yang dia beli pagi tadi. Sebelum dia masukkan ke dalam mulut, dia mengambil bau dahulu. Dahi berkerut.

"Lah macam dah basi je telur ni." Aisha bercakap sendiri dan dia ketepikan sandwich bersama keluhan. Tak ada rezeki.

"Nah.. take mine." Tiba-tiba ada suara di sebelahnya menghulurkan roti.

Aisha menoleh ke belakang. Bila masa ada orang kat sini? Tadi cuma ada dia sahaja. Derapan tapak kaki pun dia tak dengar.

"It's okay. I tak lapar pun," balas Aisha dengan senyum tipis. Entah siapa-siapa lelaki ni, takkan dia nak terima macam tu saja.

"Rezeki tak baik ditolak. No worries I dah makan." Dihulur lagi roti itu kepada Aisha dengan senyuman.

Aisha mengalah dan dia menyambut bila lelaki itu masih berkeras. Perutnya juga sudah berkeroncong. Sememangnya dia belum makan sejak pagi. Ini pula sudah melepasi waktu makan tengahari.

Sambil membuka plastik roti Aisha bersuara.

"Saya Aisha." Aisha perkenalkan namanya. Dia bukanlah seorang yang sombong cuma waktu bekerja dia memang tak bercakap dengan orang.

"Saya Luqman. Panggil Luq je."

Aisha mengangguk. Dia makan tanpa bersuara. Lelaki itu juga mendiamkan diri sehinggalah Aisha meminta diri untuk kembali ke pejabatnya.




SELESAI menyiapkan kerjanya, Aisha melihat jam di pergelangan tangannya.

Dah pukul 6? Patut office dah sunyi. Aisha meregangkan badannya. Selepas itu dia mengemas meja. Dia mahu pulang.

Begitulah kehidupannya. Setiap hari Aisha cuba sibukkan dirinya supaya dia tidak perlu berfikir tentang benda yang tidak penting dalam hidupnya.

Dia selesa dengan kehidupan begini. Dia tiada pasangan mahupun kenalan rapat dan sekaligus membuatkan dia tak perlu menjaga hati siapa-siapa.

HATI AISHA [Slow Update]Where stories live. Discover now