BAB 3 ❄️

275 44 5
                                    



TIBA di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Eizham bertukar nombor telefon dengan sepupunya Luqman. Selama ini dia tak pernah ada nombor telefon sepupunya yang ini, bercakap pun bila bertemu muka sahaja. Tetapi disebabkan dia ada misi, dia perlukan Luqman.

"Nanti aku roger kau," ujar Luqman seraya menekan butang save pada telefonnya.

"Alright. Aku kena pergi dah ni." Eizham menepuk bahu sepupunya itu sebelum dia pandang Aisha. Dia menghampiri Aisha dan dengan suara perlahan dia bertanya. "Sha.. Eiz nak nombor Sha boleh?"

Ketika itu yang lain sedang sibuk mengambil bagasi masing-masing.

Aisha terus memalingkan wajah ke arah lain. Tak mungkin dia akan bagi nombornya malah dia berharap mereka tidak akan bertemu lagi selepas ini.

Eizham mengeluh. Setekad ini Aisha membencinya. Tidak mengapalah, buat masa sekarang dia tak mahu memaksa. "Eiz pergi dulu. Assalamualaikum."

Entah kenapa suara Eizham yang berubah itu membuat hati Aisha tersentak. Aisha membalas salam Eizham perlahan sebelum dia juga menolak bagasinya.

"Okey jom guys. Van dah sampai."

Aisha dan yang lain terus mengikut langkah Luqman ke luar. Suhu sejuk menerpa diri mereka yang masih belum memakai jaket tebal.

"Sejuknya!" Jerit Aira teruja. Tak habis-habis dia merakam suasana lapangan terbang ini. Maklumlah dia pertama kali ke luar negara. Negara Korea pula tu! Bolehlah dia upload story banyak-banyak nanti.

Aisha cuma senyum melihat gelagat Aira. Dia tak teruja mungkin kerana dia sudah pernah sampai ke sini ataupun mungkin kerana Eizham tadi moodnya sudah ke laut. Yang dia tahu, dia mahu segarkan badan sahaja sekarang.

Mereka menaiki van yang sudah disediakan oleh syarikat dan di bawa ke tengah-tengah bandar Myeondong. Mereka akan menginap hotel di sana untuk sepuluh hari.




"KAK Sha, kenapa Kak Sha layan Encik Eizham tu acuh tak acuh?" Soal Aira ketika dia sedang menyusun barang-barang di bilik hotel.

Aisha terdiam sebentar dengan soalan itu. "Nampak sangat ke?"

"Aira nampaklah. Encik Eizham tu macam nak bercakap dengan Kak Sha, tapi Kak Sha tak layan dia. Kesian pulak Aira tengok." Aira muncungkan mulutnya.

Kalaulah dia tiada teman lelaki, memang dia boleh jatuh hati pada Eizham tu. Sudahlah tinggi, bahu lebar, senyum manis.. memang taste Aira sangat.

"Mengarutlah Aira. Dahlah, Kak Sha nak rehat." Aisha terus menarik selimut menutup badannya. Lega bila badannya boleh berbaring setelah beberapa jam mereka duduk tegak dalam kapal terbang tadi.

Lagipun Aisha tidak mahu mengulas lagi pasal itu. Aira ni boleh tahan banyak soalannya. Bila Aisha menutup mata, ingatannya terus kembali kepada kejadian tadi di mana wajah Eizham berubah ketika meminta nombor telefonnya.

Ahhh! Lelaki memang pandai berlakon sedih.






PAGI itu mereka berlima berkumpul di ibu pejabat. Ada penterjemah juga yang akan membantu mereka. Tidak semua orang Korea boleh berbahasa Inggeris jadi mereka lebih suka ada penterjemah.

Mereka dibawa ke kafe dan diberikan sarapan pagi terlebih dahulu. Makanan halal ditempah khas untuk mereka semua.

Sedang mereka menjamu selera ada seseorang mendekati mereka.

Hampir tersedak Aisha bila melihat lelaki semalam di situ. Kenapa terlalu banyak kebetulan ni? Dengan pantas Aisha mencapai gelas yang berisi air kosong itu. Dia mahu melegakan tekaknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HATI AISHA [Slow Update]Where stories live. Discover now